Jumpak Prof. Dr. Abdul Aziz Hanafi
Pagi ni aku ada temujanji nak pi jumpak Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi, Dekan Fakulti Syariah Kolej Universiti INSANIAH (KUIN). Tujuan dia untuk menyampaikan kiriman amanah daripada Us. Fauwaz Dato' Fadzil Noor berkenaan dokumen untuk apply Master kat KUIN.

[Signboard bilik Dekan Fakulti Syariah, KUIN]

Lepas tu call Irsyad, junior aku la. Dulu besa ngaji kat Mesir sat, pastu sambung ngaji kat KUIN la ni. Jumpak dia pun pasal nak sampaikan hajat dan amanah orang gak. Sapa ha? Haha. Tak yah tau la. Dia belanja makan kat Simpang Kuala. Dah ada gambaq dia, aku boh pi la, satgi kot berasa hati pulak. Haha!

[Dah jadi duta pulak ka?]
Bangunan Wan Mat Saman
Pagi ni terima mesej dari Syeikh Ismi Anuar, Pendaftar Sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah, dia jemput pi jumpak dia koi 10 pagi kat Bangunan Wan Mat Saman, bangunan berhampiran Pekan Rabu yang merupakan pejabat Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Hujan renyai-renyai arini.

Kat situ aku jumpak Dato' Khairudin Zain, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Perbincangan sekitar urusan penghantaran pelajar-pelajar baru ke Mesir untuk tahun ni. Depa nak aku in charge bab ni untuk contact ngan geng kat Mesir. Dimaklumkan tu sekitar 100 orang pelajar baru akan pi Mesir ngan Jordan tahun ni. Tapi Mesir dah berkurang dah sebab ramai yang akan ke Jordan. Pastu depa ajak pi tengok taklimat untuk pelajar baru, nak buat kat Pendang 2 Ogos ni, depa suruh ajak la kawan-kawan pi, pi kenai budak-budak tu, nanti senang sket.

Lupa nak tengok jam pulak time keluaq pejabat tu koi brapa. Lajak pi City Point sat, pi rasa nasi goreng cili padi kat situ. Tu ja catatan untuk hari ni.
Jumpak Bang Ya
Arini tak dak agenda apa pun, sekadar pi jumpak Bang Ya (mantan Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir), sembang-sembang. Arini hujan lebat gak. Aku bertolak pi umah Ustaz Aidil dulu, pi ngan Muslim, kami park motor kat situ, pastu naik keta pi ambik Bang Ya kat Jalan Dato' Kumbar.

Bang Ya ajak pi makan tengah hari kat restoran Deejay kat Jalan Teluk Wanjah, pi 'bersila' tang tu la kami pun, jumpak Bang Zul Hasan gak kat sana, dia tlong bayaq, murah hati betui, terima kasih.

Jumpak Bang Ya tak lama sangat. Tak sangka buleh jumpak kat Malaysia, hehe. Bang Ya nak atur perjumpaan geng balik cuti ngan YB SUK ngan YB SFO, tapi tak tau lagi la bila. Dia memang rapat ngan geng-geng pentadbiran ni.

Lepas makan tu, nak kena pi hantaq Bang Ya balik, pasai dia nak pi ambik Hana' (anak Bang Ya) kat SRI Alor Setar (sekolah aku dulu). Kat situ jumpak Us. Lah Nasir, ingat dia kat kami. Lepas ambik Hana', kami pi umah Bang Ya, antaq Hana', pastu terus pi ke Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) sebab Bang Ya ada meeting konvo kat sana. Pastu kami pun bersurai la. Esok nak pi ngadap Dato' Pengarah JHEAIK ngan Pendaftar pulak kat Majlis Agama. That's all! ~Salam
Ngadap GM Yayasan Islam
Arini ada dua agenda, satu nak pi ngadap Tuan Haji Zohdi, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) dan satu lagi nak pi tidoq kat Ayaq Hitam, Jerlun.

Tapi sebelum tu aku pi Tesco Mergong dulu, nak beli barang sikit, pi naik keta Abg. Firdaus sekali ngan Abah, Kak Lynn ngan Nazrin kecik. Hehe. Kat situ pi beli perkakaih nak buat bihun sup, arini depa nak masak kat aku. Kat Tesco tu jumpak ngan Pak Chik Harun (pak menakan), dia pun pi shopping gak ngan mak chik.

[Nazrin tertido atas troli kat Tesco (macam buat-buat ja...)]

Koi 11 pagi bertolak pi YINK kat Jalan Teluk Wanjah, pi ngadap depa sat, sampaikan berita dan khabar dari Mesir. Sambil-sambil tu pi edaq buah tangan kat depa. Jumpak Bang Zul Hasan, Kak Zah, Kak Suria, Kak Wan, Kak Eenaz dan last sekali ngadap Haji Zohdi kat ofis dia. Dia pun tergejut tiba-tiba ja muncul, balik ni memang tak gitau dia pun, kita ni sapa la nak gitau kat dia. Hehe.

Jumpak dia pun sekadar menyampaikan salam dari Syeikh Yusoff (Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir), kami panggil abah kat sana. Haji Zohdi kata nak atuq program untuk geng yang balik cuti ni, tapi tak tau lagi la bila, katanya nak buat kat challet kat Sik. Dia pun nak cadang nak pi Mesir hujung tahun ni, sambil-sambil nak buat umrah, buleh transit kat Cairo. Tak dak perbincangan apa pun, sekadar bertanya khabar ja.

Aku balik rumah dulu, petang-petang sket baru nak bertolak pi Ayaq Hitam naik motor. Kak Lynn dah pi sana awal lagi dah. Ayaq Hitam ni umah Abg. Jamal, umah abang ipaq aku, kami rapat gak ngan famili belah sana. Trip nak ke Ayaq Hitam ni akan lalu kot Jalan Kangar, akan jumpak Simpang 4 Kuang, Sungai Baru, pastu Alor Janggus dan tak lama pastu jumpa la Ayaq Hitam.

Saja pi tidoq sana ja, pagi esok nak balik dah, ada agenda lain pulak esok ni, nak jumpa x-Boss kat Mesir, Ustaz Zakaria, kami panggil Bang Ya. Kami memang kamceng gila ngan dia. Saja nak bersua muka, kot-kot ada program apa yang nak buleh atuq. Tu ja la untuk arini. ~Salam
Padang Lanjut, rumah Ngah ngan besday abah
Dah 5 hari aku sampai Malaysia ni. Nak kena start berjalan dah ni baru puas, dok rumah takut boring. Hari ni aku ikut Kak Lynn (kak aku no. 2) ngan Abg. Jamal (abang ipaq aku) pi Padang Lanjut kat Kola Nerang sana nu, pi umah Abg. Shat (abang ipaq kak aku), pi kutip buah kat dusun. Wahhh!

Kak Lynn ngan Abg. Firdaus (abang aku, no. 3) sampai balik Kedah dari Perak hari Jumaat, 24 Julai 2009. Depa dok kat Ipoh, Perak. Eeee sama gak terharu, besa la pasai aku ni rapat ngan depa, lama tak jumpak, tetiba dapat peluang ni. Syukur alhamdulillah. Best leh dukung anak menakan bongsu, Nazrin, baru umur 10 bulan, dia beranak time nak raya puasa tahun lepas, dia pun tak kenai pun sapa dok dukung dia tu.

[Nazrin Jamal Abd. Raish, anak menakan nombor 9]

Nak pi Kola Nerang ni besa la kan, trip dia tu kena lalu kot Langgaq, Jabi (huh? - ada sorang ja paham saipa aku tuleh camni...), Pokok Sena pastu baru jumpak Kola Nerang. Tak ingat dah sampai sana koi berapa, kot lerah koi 11 pagi kot.

Banyaknya buah!! Macam-macam buah ada, buah dokong, langsat, moktan (rambutan), manggih (manggis la), durian, chempedak dan lain-lain. Kalau nak makan kena rajin ja la, kena kait seniri, punya banyak smpai tuan rumah tengok saja ja buah tu kat pokok. Hehe. Tengok jantung pisang pun jadi terliur dah, sedapnya ulam jantung pisang! (Perak sangat ka aku ni?)

[Buah dokong]

[Nampak dok moktan banyak-banyak tu?]

[Ni pokok buah dokong, pi ragaih naik kait ja]

[Buah yang tak dak kat Mesir, buah manggis]

Pelahap durian dulu (walaupun aku ni jarang makan durian, tapi main ngan 5 tahun tak makan ni, kedarah gak la!), pastu buah-buah lain. Pastu letih kait buah, makan tengah hari, lauk-lauk kampung yang best! Ikan masak lemak, sambal keli, sotong masak kicap, sambal sotong kering tu menu dia.

Lepas ni nak pi rumah Ngah pulak kat Kampung Teluk, Bukit Pinang. Rumah Ngah ni kiranya rumah tumpuan la tiap kali raya, famili semua pakat reunite kat situ. Tapi yang sedihnya, kepulangan aku kali ni dah tak sempat nak jumpak ngan Ngah Kecik (mak ngah), sebab Ngah Kecik dah meninggal dunia tahun lepas, nasib baik masih berpeluang untuk jumpak Ngah Besar (pak ngah). Isk isk sedihnya tapi apakan daya, manusia mana yang tak akan jumpak dengan 'ajal'. Al-Fatihah. Ngah Besar pun tak berapa sehat la ni, lumpuh, dah lama dah, sebelum aku pi Mesir lagi.

Aku ngan Kak Lynn pi rumah Ngah dari Kola Nerang. Abah, Mama, Abg. Firdaus ngan Kak Siti (kak ipaq) pi dari Teluk Chengai, pi jumpak kat umah Ngah la. Kak Chik Taherah (sepupu aku) jamu mee hailam, sedap tui, dia memang pakar bab mee hailam ni.

Hehe, 25 Julai ni sebenaqnya besday abah yang ke-69! Hepi besday buat abah! Kali ni leh ucap secara face-to-face, alangkah bangganya anak beranak semua buleh kumpul waktu ni. Moga Allah s.w.t. berkati hidup abah! Aamin.

That's all for today! ~Salam
Duhai ayahanda dan bonda!
Pagi ni siap awal-awal, lepas subuh ja dah kena keluaq dah. Pak Tam nak kena antaq Bang Chik Amar, sepupu aku pi tadika. Koi 6 pagi dah keluaq dah. Besa la orang KL ni, pagi-pagi buta kena keluaq pi keja dah, kalau tidak jam.

Lepas antaq kat tadika, singgah makan nasi lemak kat warung. Rasa cam pengalaman baru ja, haha padahal makan kat warung ja pun, besa la kat Cairo tak dak warung-warung tepi jalan dok jual nasi lemak camni. Lepas sarapan tu, kami lajak pi umah Abg. Shukri, sepupu aku gak, baru pindah rumah. Rumah dia kot lerah Lembah Pantai, kat situ aku jumpak Mak Ndak ngan Pak Ndak aku, lama dah tak jumpak depa, depa mai KL sat ja, satgi ni nak balik Parit balik kat Perak nu.

Tak buleh dok lama kat situ, sebab takut tak dan nak sampai kat Hentian Puduraya pasai aku booking tiket MaraLiner koi 10.00 pagi. Tiket ni Pak Tam tolong belikan sebelum aku smpai KL lagi. Terima kasih Pak Tam!

[Tiket MaraLiner KL-Alor Setar]

Sampai kat Puduraya lebih kurang koi 9.30 pagi. Dan la nak beli surat habaq habuan baca ataih bas. Bas ni memang menepati waktu betui, tepat jam 10.00 pagi terus jalan. Bas yang aku naik ni bukan bas nak pi Aloq Setaq, bas ni akan pi kat Hentian Duta, kat situ aku naik bas lain, bas ni baru betui.

Perjalanan ni ambik masa sekitar 6 jam untuk sampai kat Shahab Perdana, Mergong. Dok dalam bas ni tak leh nak lena pun, pasai teruja sama kot. Haha besa lama dah tak nampak bendang. Bas MaraLiner ni best, kerusi dia luas, luas dan selesa dari naik EgyptAir lagi, heran tui.

Dok atas bas tu asyik online ja la. Tapi tension tui! Malam tadi baru top-up RM30.00 ja, mai pagi ni habih kredit semua pasai pakai GPRS ngan GPS! Huhu mahai tui GPRS kat Malaysia ni, tak sangka dia nak kedarah abih kredit tu. Kalau kat Mesir nu, GPRS dia sehari LE1.00 ja (lebih kurang RM0.70 ja!), ingatkan kat Malaysia ni lagi murah. Tak patut tui Celcom ni. Hehe.

Aku sampai kat Shahab tepat jam 4.00 petang, sempoi tul MaraLiner ni, menepati waktu. Smpai kat Shahab, aku tunggu lebih kurang setengah jam, sebab ayah aku baru nak keluaq dari rumah ngan Cikgu Hashim, kawan baik ayah.

Nampak-nampak ayah ja, terus pi terpa cium tangan ngan peluk! Isk isk lama dah tak jumpak. Terharu dapat peluang camni. Terima kasih Cikgu sebab tolong mai sambut. Aku teruih angkat beg ngan kotak masuk dalam keta dan terus bertolak balik Jalan Kuala Kedah.

Tengok kiri kanan, tak dak perubahan pun Aloq Setaq ni, cuma tambah bangunan-bangunan baru ja, contohnya cam Tesco Mergong, dulu masa aku pi tak dak lagi. Tapi yang best sket tu, billboard kat Aloq Setaq ni semuanya sopan, gambaq-gambaq pompuan pun pakat pakai tudung belaka, hatta kepada gambaq Adibah Noor ngan DJ Fara Fauzana pun pakai tudung gak. Hehe. Penangan pemerintahan baru, nampak manis la sikit kan? Tulisan pun banyak tuleh jawi (walaupun ada yang ejaan tak betui).

Aku sampai kat rumah lebih kurang koi 5.00 petang. Bukak ja kunci rumah, terus nampak wajah sayu mak aku yang mengandungkan aku dulu, isk isk. Sedihnya. Aku pun peluk la erat-erat, lama tul, mak aku tak terkata apa, lidah jadi kelu. Aku tau dia gembira. Mama, adik dah balik! (Tapi sat ja la).

Time ni private time la, waktu-waktu terharu ni tak leh cerita banyak-banyak, satgi tak best. Rumah aku pun cam biasa, sikit perubahan pun tak dak, semua sama cam dulu. Perjalanan hari ni terhenti takat ni, aku pun dah selamat sampai dah, dah bukan musafir lagi dah. Terima kasih buat semua yang mendoakan perjalanan aku. Terima kasih banyak-banyak! ~Salam
Bermula sebuah 'penerbangan'
Lebih kurang koi 1 pagi, aku bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Ni kira first time la nak balik Malaysia sejak sampai kat bumi Anbiya' ni dekat-dekat 5 tahun lepaih. Aku tak sewa tramco (van) pun nak balik ni, memadai ngan sewa Toyota Avanza ja yang Kerajaan Kedah punya. Selalu budak-budak Kedah kat Mesir kalau nak balik Malaysia, depa selalu sewa Avanza ni pi airport. Sewa dia LE40.00 ja (sama ngan lebih kurang RM30.00) untuk satu trip.

Malam ni ramai gak mai ziarah di umah, ada gak la buat jamuan sket-sket, jamu mee sup tulang. Hehe lama dah tak makan, sejak-sejak Hijau Kuning Cafe tutup Jun lepaih. Sapa yang mai, makan la sorang sikit. Saja buat kenuri kesyukuran, simple ja. Time dok makan mee sup tu, ada gak geng yang dok jentik carrom kat ruang tamu tingkat 2 Asrama Darul Aman ni.

Rasa sedih pulak nak balik, ya la dah lama dok hidup ngan kawan-kawan kat tingkat 2 tu, rasa sayu pulak nak tinggai depa. Tapi tak pa, sat ja, bulan 10 nanti aku balik sana balik la.

Aku naik keta Avanza sekali ngan Abah (Syeikh Yusoff Pegawai Kedah), Fahmi (driver), Cik Li, Fadhil. Selain keta kami naik ni, ada lagi 2 keta kawan-kawan sewa, depa pun ikut pi airport gak. Tak sangka pulak ramai yang pi antaq.

[Time tiba kat airport]

Sampai kat Terminal 3 airport antarabangsa Kaherah lebih kurang koi 1.30 pagi. Ramai gak kat airport pagi-pagi ni. Pelajar-pelajar Medic pun ramai balik malam ni. Tapi budak Kedah ada 2 orang ja, aku ngan sorang lagi siswi. Kami naik flight EgyptAir MS968, dijangka bertolak jam 4.50 pagi. Check-in bukak koi 2.00 pagi.

[Dengan kawan baik aku, Fahmi]

Tak tunggu lama sangat pun, elok-elok check-in bukak ja, terus terpa pi dulu. Kesian kat kawan-kawan depa nak balik, pakat ngantuk dah.

[Bergambar ramai-ramai sebelum check-in]

Lepas salam-salam ngan peluk tu, aku ucap terima kasih kat depa la sebab sudi antaq mai. Yang aku tak sangka nak mai antaq pun mai gak... Hehe. Kat sini pun sekali lagi nak ucap terima kasih kat hangpa semua yang sudi antaq aku iaitu Abah, Fahmi, Che Li, Hadi, Ashraf, Fadhil, Hasbullah, Fahmi Yahya, Lee, Wahab, Bakaq YDP, Nik, Shahir, Habib, Aizad, Izzan, Ku, Hafifi, Yamin. Terima kasih semua.

Elok-elok aku lepas check-in ja depa teruih balik, tak dan aku nak lambai-lambai. Start dari saat ni aku dah sorang-sorang la. Timbang beg ngan kotak dok ada dalam 40.5 kg, elok-elok ja, kalu tidak kena tambah bayaq la, nasib baik. Pastu dapat boarding pass lebih kurang koi 2.15 pagi, pastu selesai la urusan. Pastu aku call ayah aku, Pak Tam ngan Kak Lynn kat Malaysia (pakai kad sim Celcom U Pax) habaq kata semua selamat, barang-barang pun lepaih belaka.

[Boarding pass]

Tera dok nak tunggu pintu flight nak bukak, dan la pi buat semayang sunat musafir kat surau, doa mudah-mudahan selamat semuanya.

[Tak torah dok dah la tu, dok ambik gambaq seniri]

Boring gak nak tunggu ni, nak sembang pun tak dan kawan dah. Sambil-sambil tu pi buat urusan imigresen la, huhu kena bayaq denda LE150.00 (sama dengan RM100.00) sebab visa tamat tempoh. Tak tamat lagu mana, renew pasport baru siap ja, tak sempat nak pi renew visa. Kena wak keluaq duit sikit la.

[Pintu pagar G2]

Koi 3.45 pagi, terus pi tunggu kat gate nombor G2. Dok tengok orang lain pakat pakai topeng muka, penangan H1N1 la ni. Ada sorang laki arab ni dok kalut nak pinjam pakai handphone, nak habaq kat famili dia kata nak terbang dah, kredit dia abih. Bagi pakai je la, alang-alang nak perabih kredit yang dok ada tu. Tepat koi 4.20 pagi baru buleh masuk kapai. Flight ni terbang koi 4.50 pagi.

[Dua hidangan EgyptAir MS968 CAI-KUL]

Bila masuk kapai, cari tempat duduk ja la, pastu tak dak ceghita apa dah la. Flight ni transit kat Mumbai sejam, geng-geng India pakat turun la time tu. Dipendekkan ceghita, aku selamat sampai kat KLIA koi 10.15 malam (waktu Malaysia). Pak Tam aku pi sambut pastu singgah makan kat kedai mamak kat Bandar Kinrara, Puchong. Kedai tu bukak 24 jam. Kedarah nasi tom yam ja ngan ayaq Horlicks panas, sedap la, rasa tak macam dok masak selalu kat Cairo. Malam ni aku bermalam kat umah Pak Tam sat sementara nak bertolak balik Alor Setar pagi esok. Bila sampai umah Pak Tam, tak buleh nak tidoq, mata tak lelap, mungkin dok teringat kat Mesir kot. Hehe.

Ni ja la catatan 'ringkas' sepanjang hari ni. Nanti la karang lain pulak. Salam!
Mulanya di sini!
Selalu orang kalau nak taaruf, orang pakat sebut "salam perkenalan", "salam taaruf" dan macam-macam lagi. Aku mula teruih je la. Haha.

[Gambar bersejarah bagi aku]

AKU

Nama aku Mohd Fairuz bin Mohammad, dilahirkan hari Isnin, 11 Mac 1985 M bersamaan 19 Jamadil Akhir 1405 H, koi 11.15 malam di Hospital Besar Alor Setar (HBAS). Aku anak bongsu dari 4 orang adik beradik.

[Lena la lena]

[Ngan Abg. Firdaus]

[TV kat belakang tu la]

[Lorr, ngaji kat mana yang baca muqoddam pakai seluaq pendek ni?]

[Baru pindah rumah]

[Haha bulat]

[Pas persembahan nasyid kat SRI ABIM]

[Ha gayut la gayut]

[Depan Hospital Pulau Pinang, tunggu Mama operate]

Ni aku letak sikit gambaq-gambaq kat Mesir.

[Depan pintu Al-Azhar]

[Besaqnya firaun!]

[Dah macam shooting video klip pulak]

[Camni la raya kat Mesir, tak meriah sangat
(Nak meriah apa dah gambaq pun sorang-sorang?)]


[Atas batu pun jadi gheja. Ni kat Wadi Arbain, kat Sinai]

[Antara geng AJKT sesi 2006/2007]

[Dengan Mantan Menteri Besar Kedah Darul Aman,
YB Dato' Seri Mahdzir Khalid]

[Kat epot Alexandria]

[Kursus Kepimpinan: Sesi pembentangan]

[Kursus Kepimpinan: Team-mate Kubang Pasu]

[Macam tak sesuai ja posing kat sini...?]

[Belakang tu piramid. Huhu...]

KELUARGA

Ayah aku Mohammad bin Othman, aku panggil Abah dilahirkan pada 25 Julai 1940. Mak pulak nama Rashidah binti Haji Shamsuddin, aku panggil Mama, lahir pada 07 November 1951. Mama ngan Abah dinikahkan pada hari Sabtu, 11 November 1972.

Abah anak sulung dari 3 adik beradik, asal dari Kg. Natoi, Hosba, Jitra, sepupu aku panggil Pak Long. Abah dulu pernah bertugas sebagai tentera, kemudian berkhidmat sebagai polis bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sampai tahun 1995.

[Abah waktu muda-muda dulu]

[Polis bantuan TNB]

[Epot Kepala Batas 16/10/2004: Dengan Abah]

Mama pulak anak keenam dari tujuh adik beradik, berasal dari Kampung Naga, Kepala Batas, sepupu aku panggil mak teh. Mama pernah bertugas sebagai jururawat pergigian dan bersara atas faktor kesihatan pada tahun 1999. Mama didapati mengidap penyakit ketumbuhan dalam otak dan selamat dibedah di Hospital Pulau Pinang pada 07 Julai 1999, dah 10 tahun dah. Alhamdulillah sekarang ni dah beransur sembuh. Moga Mama leh sembuh dan sehat cam dulu-dulu. Aamin.

[Jalan-jalan kat Aloq Setaq]

[Kunjungan salah seorang Pengurus Besar TNB]

[Epot Kepala Batas 16/10/2004: Dengan Mama]

Kak sulung aku nama Siti Fatimah (27/08/1973), panggilan manjanya Kak Atie, dok di Kampung Juluk, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan Darul Naim.

[Epot Kepala Batas 16/10/2004: Dengan Kak Atie]

Kak nombor dua pulak nama Haslinda (05/07/1974), aku panggil Kak Lynn, la ni dok di Taman Kinta Jaya, Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. Kahwin pada 26 Mac 1994. Kak aku dua-dua orang surirumah. Abg. Jamal keja dalam Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, polis hutan la kira.

[Restu bonda]

[Kenduri kat Ayaq Hitam]

[Pasangan bahagia]

[Haha, bersiap nak jalan-jalan]

[Kat mana ntah ni]

[Kak Lynn ngan Abg. Jamal dengan mertua masing-masing]

[Epot Kepala Batas 16/10/2004: Dengan Kak Lynn]

Nombor tiga abang aku, Firdaus (26/12/1979), umah dekat ngan umah Kak Lynn ja dan last sekali aku la. Abg. Firdaus la ni keja kat TNB Ipoh, Perak.

[Kak Lynn ngan Abg. Firdaus]

[Dah jadi kumpulan rap Nico pulak dah]

[Epot Kepala Batas 16/10/2004:
Dengan Kak Atie, Kak Lynn ngan Abg. Firdaus]

Kak Atie ni dulu Abah ngan Mama 'hadiah' kat tok su (tok menakan aku), kiranya tok su la bela dari kecik sampai la ni. Dah lama kami terpisah, sekitar 6-7 tahun lepas ja baru dapat berhubung balik. Kiranya aku membesaq dengan Kak Lynn ngan Abg. Firdaus ja la, tapi alhamdulillah akhirnya kami berempat ditemukan kembali pada tahun 2004, beberapa hari sebelum aku berangkat ke Kaherah, Mesir. Tu la first time Kak Atie balik Kedah.

[Famili Kak Atie di Kedah]

Ipar-ipar aku pulak ada 3 orang, suami Kak Atie nama Mohd Sakri, orang Kelantan. Suami Kak Lynn pulak Jamal Abdul Raish Haji Ismail, orang Ayaq Hitam, Jerlun dan isteri Abg. Firdaus nama Siti Hajar Mohd Saad, orang Hutan Kampung.

[Bang Mat Sakri berbaju merah]

[Abg. Jamal]

[Kak CT, muda 2 tahun dari aku]

Anak menakan aku ada 9 orang semua, laki 5 orang, pompuan 4 orang. (Ramai dak?) Merenyut! Anak-anak Kak Atie nama Nurhanis (24/08/1993), Nurain (01/02/1995), Nurnadia (02/02/1998), Nursabrina (26/06/2002) dan Muhammad Zulhazimi (07/10/2006). Anak-anak Kak Lynn pulak nama Shathir (16/11/1995), Syafiq (23/01/1998), Wuzir (19/06/2003) dan Nazrin (29/09/2008). Hehe susah gak nak ingat semua ni.

[4 si comel kat depan tu anak-anak Kak Atie]

[4 anak teruna ni pulak anak-anak Kak Lynn
(sekali dengan yang Abah kilek tu)]

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Sikit info pasai pendidikan aku. Aku start pra-sekolah tahun 1990 kat TASKI ABIM Taman Berjaya, dekat dengan Taman Sultan Badlishah (TSB). Tahun 1992, aku masuk Sekolah Rendah Islam (SRI) ABIM, Jalan Dato' Kumbar (la ni dikenali dengan nama SRI Alor Setar), sampai tahun 1997. Pastu temuduga nak masuk sekolah menengah kat Raudhatul Ulum, Langgar (la ni Maktab Mahmud Langgar) dengan Maktab Mahmud Alor Setar (MMAS). Dapat dua-dua, tapi pilih MMAS la, dekat sikit dengan umah.

[Rakan sekelas kat TASKI ABIM]

Hehe, lupa pulak nak habaq... umah aku kat Taman Desa Chengai Indah, Jalan Kuala Kedah, betui-betui depan Jabatan Pertanian. Dah lama dah dok sini, ihh rasanya dekat 23 tahun dah. Sebelum tu kami dok kat Bukit Pinang, rumah lama tu pun dok ada lagi. Waktu kecik-kecik dulu, almarhumah Tok Liah jadi pengasuh aku. Dulu ada bela kora (aku bagi nama kokka) ngan tupai. Haha!

[Kami dengan Tok Liah]

Aku sekolah kat MMAS dari tahun 1998 sampai 2003, ambik PMR, SMRA, SPM, STAM, Syahadah Nihaiyyah kat situ. Best gila sekolah ni, cikgu-cikgu pun sporting. Hehe.

Lepas ambik SPM, aku pernah apply Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan Insaniah. Kat UIAM tu dapat tawaran kos Bahasa Inggeris (ihh3, ada ka patut), kat Insaniah dapat kos IT. Tapi tolak semua, semangat nak ambik STAM la katakan. Lepas STAM pun aku apply Insaniah gak, tapi last sekali tekad buat keputusan untuk ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Sebelum ke Mesir, aku sertai Kursus Bahasa Arab kat Pusat Bahasa Arab (PBA) Nilampuri, Kota Bharu, Kelantan dalam 3 bulan. Bertolak pi Mesir 16 Oktober 2004, sampai sana sehari kemudian. Batch Maahad ni yang laki ada dalam 16 orang kot yang ke Mesir, tak ingat dah.

La ni aku berada di tahun 3, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Jabatan Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar As-Shariff, Kampus Kaherah, Republik Arab Mesir.

Sesampai aku kat Mesir, aku ditempatkan sementara di sebuah rumah sewa kat Haiyu Sabiek, tak lama pastu aku pindah masuk Asrama Darul Aman 2, Haiyu Asyir. Kira dok situ dari tahun 2004 sampai Jun 2008, pastu aku pindah ke Asrama Darul Aman 3, Haiyu Sabiek sampai la ni.

Tinggi aku sekitar 178 cm, berat xx kg (tak yah habaq la kot). Aku ni kenai komputer dari sekolah rendah lagi, la ni dok minat gak la bab-bab design ni. Muslim la otai aku (mesti dia ghenyih sorang-sorang). Haha.

KAWAN-KAWAN

Pasai kawan-kawan aku pulak. Aku kenai Muslim dari tahun 2000, masa kat form 3. Dari form 1 tu aku baik ngan Zulkhairi, kira kawan pertama aku kat Maahad dulu la, kira tiap-tiap tahun kami dok sebelah la dalam kelas, sampai form 6. Tahun 2003, aku kawan baik dengan Fahmi, sampai la ni la, pernah orang kata kami kembaq, pi mana pun sekali. Bila mai kat Mesir, kenai lagi ramai kawan la, nak sebut kat sini pun macam ramai sangat pulak. Tahun 2007, aku join El-Ittihad Groups, satu kumpulan yang boleh dikatakan popular di Mesir, kegiatan utama dia apa lagi, masak la. Orang kuat Ittihad ni Che Li dengan Hadi. Tahun 2008, kami pernah ambik kontrak kafeteria kat Asrama Darul Aman, Kaherah (Rumah Kedah Baru) kat Haiyu Sabiek. Kami pegang setahun ja, pasai semua pakat ada komitmen lain, nak balik Malaysia la, nak ngaji la apa la.

[Sinai]

[Raya pertama]

PERSATUAN DAN PENGALAMAN KERJA

Kenai habih dak gi? Sat nak pikiaq, apa lagi ha? Sedikit pasal aktiviti persatuan dan kerja-kerja sambilan. Kat sekolah dulu pernah jadi Setiausaha Persatuan Tingkatan Enam (PERTINAM), Setiausaha Kelab Komputer, Setiausaha Badan Bahasa Inggeris dan beberapa badan lain (tak ingat dah). Kat Mesir ni pulak, pernah jadi AJK Kelab Komputer Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) pada tahun 2005, pastu Naib Setiausaha Agung MKKK dari September 2005 sampai 21 September 2006, pastu dilantik setahun lagi sebagai Setiausaha Agung sampai 03 September 2007. Pernah jadi Pemeriksa Kira-kira MKKK bagi sesi 2007/2008.

[Gabungan AJKT lama dan baru nyanyi
lagu MKKK.
Isk isk sedih]

[Slot ramah mesra bersama Bang Ya dan AJKT]

Start 01 April 2007, aku bekerja sambilan sebagai Pembantu Tadbir Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir (PKPK) sampai la ni. Banyak pengalaman kerja yang aku dapat kat sini. PKPK pun dah bertukar orang, PKPK yang pertama dulu Ustaz Zakaria Othman, glamour dengan panggilan Bang Ya dan PKPK sekarang ni, Syeikh Yusoff Haji Ahmad, kami panggil Abah.

Selain dari pengalaman kerja di Pejabat PKPK, aku pernah gak berkhidmat kat Pejabat Serantau Lembaga Minyak Sawit Malaysia atau Malaysian Palm Oil Board (MPOB) di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), start dari Februari 2009 sampai Julai 2009, kejap ja, tapi banyak pengalaman la yang aku dapat timba dari sini. Berenti keja tu pun pasai nak balik cuti kat Malaysia, kalau tak, still keja kat situ lagi. Boss aku nama En. Johari Minal, Regional Manager (RM) atau Pengarah Serantau MPOB Kaherah merangkap Atase Sains di KBMK.

Start 01/01/2010, nama Pejabat PKPK dah ditukaq nama. Kalau dulu nama Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir, la ni dah tukaq jadi Pejabat Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah.

Tu je la serba sedikit pasai diri aku ni. Kalu ada benda apa yang nak tau, leh komen kat bawah tu, nanti aku tambah dalam profil ni bila dah teringat. Haha. TQ!

* Posting ni diupdate pada 06/02/2010, koi 10.00 malam (Mesir)

* Tarikh 19/07/2009 ni besday Fahmi, kawan baik aku. Selamat hari jadi yang ke-24!
Labels: 0 comments | edit post
  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters