Rombongan JKR Kedah: Hari Terakhir
10.30 pagi - Aku ngan Lee iring geng JKR Kedah dan Bang Ya ke kedai karpet terkemuka di Mesir, Oriental Weavers atau Nasagun Shariyyun. Kedai ni banyak cawangan kat Kaherah ni, yang kami pi ni cawangan Awal Abbas. Kami sampai kat sini koi 10.46 pagi. Puan Nawadzir ja yang beli karpet.

[Kedai karpet terkemuka di Mesir]

["Semua cantik-cantik" - Pn. Nawadzir]

[Memang berkualiti tinggi]

11.50 pagi - Kami sampai kat City Stars, tempat membeli belah terbesar di benua Afrika. Lama gak dok kat sini, pusing rata tempat, lenguh kaki dah.

[City Stars]

3.00 petang - Makan tengah hari di Restoran Al-Borg, restoran makanan laut dekat rumah Kedah lama kat Haiyu Sabiek. Mr. Manyalawi yang belanja makan arini, punya la banyak dia order, sampai tak larat nak makan. Dia makan slamber ja, perut Arab sama kot.

[Restoran El-Borg]

[Tunggu order sampai]

[Salamon berpayung...]

[Banyak tui Manyalawi ni order]

[Tak tau la apa nama makanan dalam talam tu]

4.45 petang - Kami semua sampai kat pejabat Mr. Manyalawi kat Tagammu' Khamis, New Cairo. Kawasan sini memang kawasan elit, bangunan pun cantik-cantik, rendah-rendah ja. Saja Mr. Manyalawi ajak mai tengok pejabat dia, kemaih gak la.

[Bangunan pejabat Manyalawi]

Tadi ni dah jamu seafood kenyang dah, mai kat pejabat dia, dia jamu lagi, kuih banyak jenih gak, tapi tak peraya nak makan dah, kenyang sangat-sangat dah ni. (tapi rasa gak la 2-3 bijik).

[Kuih-kuih Arab, sedap]

[Manyalawi dok tunjuk proposal]

[Muhandis Yasir ngan Bang Ya]

["I am the second person to buy
this computer in Malaysia" - Mr. Manyalawi]


5.25 petang - Kami bertolak balik ke Asrama Darul Aman 3, walaupun jarak perjalanan hanya kot lerah 20km ja, tapi main ngan jalan jem ni, kami terperangkap sejam! Malam ni final Piala Afrika 2010 antara Mesir dengan Ghana, semua pakat nak balik rumah nak tengok bola, tu yang jem gila-gila ni. Kawasan ni tak pernah-pernah jem sampai tera-tera ni. Apa nak buat, kena terima la. Pas Maghrib japgi dah la ada kenuri tahlil sket kat asrama tu, Bang Ya ngan Puan Nawadzir yang anjur, tapi rasanya dah tak dan nak sampai dah ni.

[Matahari pun dok jatuh dah, kami tak sampai rumah lagi]

[Kesian kat puak ni tak leh tengok final bola]

6.30 malam - Sampai di Asrama Darul Aman 3. Naik semayang Maghrib dulu. Makanan yang ditempah pun dah sampai kat lobi asrama tu.

7.30 malam - Majlis tahlil kat Asrama Darul Aman 3 selesai. Jamuan untuk VIP dibuat kat tingkat 1. Antara yang hadir malam ni Pak Tam Shaari, Ustaz Sulaiman JPMK dan En. Yahya Pegawai Wilayah. Ramai jemputan yang tak leh mai malam ni, pasai ada keja kat tempat lain.

["Izaka Ustaz Sulaiman" - Bang Ya]

[Antara jemputan yang hadir]

[Siswi pun tak lepas peluang berkunjung]

Aku dok tolong Lee pack barang kat Puan Nawadzir kat tingkat 11, ada siswi 4-5 orang dok sembang ngan Puan. Mesir menang 1-0 ngan Ghana, muncul juara Piala Afrika untuk kali ketiga berturut-turut, mabruk! Hingaq tui suasana malam ni, rakyat Mesir riuh dok ketuk gendang la, dok cucuh bunga api la, punya seronok. Aku dan la naik sutuh untuk rakam sat suasana yang riuh rendah tu.

[Saat Mesir dinobat Juara Piala Afrika]

8.45 malam - Waktu ni, ramai gak yang mai tolong pack barang kat tingkat 11.

[Kawan-kawan dok tolong bungkuih barang]

9.05 malam - Rombongan JKR bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Exco MKKK pun ada yang pi antaq gak, naik Avanza. Tengah-tengah jalan ni pun ramai rakyat Mesir dok sambut kemenangan pasukan bola sepak depa, yang fanatik dan agresif pun ada, sampai bakaq tayaq keta. Dahsyat tui... Takut pulak tengok depa ni.

9.36 malam - Kami sampai di epot. Ammu Isom (penjaga asrama) pun mai gak ngan anak laki dia, Ahmad.

[Cairo Airport]

[Ammu Isom pun ikut pi epot gak]

[MAS pun turut serta]

10.00 malam - Ir. Rosland, Pengarah JKR Kedah; Puan Nawadzir Timbalan SFO; En. Fauzi JKR dan Bang Ya check-in. Flight EgyptAir yang depa naik akan berlepas koi 12.15 tengah malam japgi. Terima kasih dan semoga selamat tiba di Malaysia.

Aku ngan Lee balik naik Avanza, sekali ngan Exco.
Epot lagi
Koi 10.00 pagi, aku, Nik, Che Li ngan Lee sampai kat Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. ngan Avanza. Pagi ni Nik balik Malaysia, flight Singapore Airlines (SIA). Selain kami, ada satu keta lagi mai antaq Nik. Aku tak leh dok lama kat epot ni, satgi rombongan JKR sampai kat asrama kot lerah koi 10.30 pagi, takut tak dan.

Selamat jalan dan moga selamat tiba di tanah air.

[Jumpa lagi bulan 5 nanti]

[Selamat jalan, kim salam kat kawan-kawan semua]

Pastu aku drive Avanza balik ke asrama.
Rombongan JKR Kedah: Hari Ke-4
8.10 pagi - Aku, Farahi ngan Lee sampai kat Sofitel. Cuaca pagi ni agak berkabus. Bang Ya panggil naik bilik dulu, sembang-sembang sat. Koi 8.40 pagi, kami semua bertolak ke Piramid di Giza. Sampai kat situ koi 9.10 pagi, terus pi beli tiket. Tiket dewasa harga LE60.00 (RM40.00) dan student harga LE30.00 (RM20.00) sorang. Mahai tui, mai nak tengok bongkah batu ja pun. Hish...

[Kenangan di Piramid]

[Angin kuat ni, pasiaq masuk mata]

[Sebijik piramid seberat sekitar 500 juta tan]

[Tinggi oo]

[Piramid Firaun Khufu (Cheops)]

[Sebijik bongkah ni berat 2 tan]

[Ribut pasir]

[2 kali candid]

9.38 pagi - Kami tiba di panorama, tempat paling strategik untuk ambik gambaq ketiga-tiga bijik piramid, buleh nampak semua la dalam sekeping gambaq.

[Chephren, Khufu dan Menkaure]

[Panorama]

["Kita balik beli di Khan Khalili ja, murah" - Bang Ya]

[Dengan Ammu Muhammad, dreba tramco]

9.55 pagi - Kami berada di depan patung Sphinx, dalam Bahasa Arab depa panggil menatang ni Aboul Houl.

[Lambang keangkuhan Firaun]

[Sphinx]

[Ramai-ramai]

[Huhu, pedih mata]

[Unta sebagai pengangkutan]

10.10 pagi - Bertolak ke Masjid Amru bin Al-As, sampai kat situ koi 10.40 pagi. Masjid ni merupakan masjid pertama didirikan di benua Afrika, dibina pada tahun 21 Hijriah dan terletak di kawasan Fustat. Kami dok kat sini sampai koi 10.50 pagi.

[Gerbang Masjid Amru Al-As]

[Dalam Masjid Amru Al-As]

11.03 pagi - Tiba di Masjid Al-Imam As-Syafie r.a. Kami dok kat sini dalam 10 minit.

[Maqam Al-Imam As-Syafie r.a.]

11.30 pagi - Sampai di Khan Khalilil a.k.a. El-Hussain. Kat sini cam biasa la, tempat cari barang-barang atau souvenir untuk bawak balik. Lama gak dok cari barang kot ni, sampai koi 1.50 petang.

[Farrag ngan adik dia, Mahmud]

2.15 petang - Kami sampai kat Ya Halla, restoran makanan negara teluk. Order nasi kabsah (tersilap order sebenaqnya). Sementara dok tunggu nasi tu, aku, Farahi ngan Lee semayang Zohor kat belakang kedai dia tu, punya la sejuk cuaca.

[Makan tengah hari di Ya Halla]

["Kari dia sedap" - Puan Nawadzir]

[Kabsah daging]

3.50 petang - Tiba di Asfour Crystal kat Shoubra. Pelancong yang mai berjalan kot Mesir ni mesti akan singgah kat Asfour ni, produk dia lawa-lawa, dan yang penting... murah dan berpatutan! (aku tak beli apa pun)

[Unik benda ni]

[Cincin sapa la besaq ni]

[Lampu dinding]

[Penat...]

[Model baru]

[Mai la pilih seniri]

[Kuntuman hijau kuning]

[Ada ka orang beli ni]

[Gemerlapan]

[Tut tut]

Kami dok kat Asfour ni sampai koi 5.15 petang, pastu balik ke Sofitel. Semayang apa semua, pastu keluaq pi Asfour sekali lagi, kali ni tak pi semua, cuma aku, Farahi, Bang Ya ngan Puan Nawadzir ja yang pi, Lee rehat kat bilik Bang Ya.

Pastu balik ke hotel dan terus balik ke asrama.

Hari ni ada perlawanan menentukan tempat ketiga dan keempat Kejohanan Bola Sepak Piala Afrika 2010 antara Algeria ngan Nigeria.

Kredit gambar: PaParaHi
  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters