Dah 2 tahun
Hari ni ulang tahun kedua Majlis Perasmian Asrama Darul Aman 3 yang telah disempurnakan oleh YAB (Dato' Seri) Ustaz Azizan Abd. Razak, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman. Majlis ni buat kat dalam taman kecik depan asrama ni. Meriah la time tu, ramai orang. Rumah pun baru siap ja time tu, cantek sungguh, geng rombongan kerajaan negeri pun mai ramai. Ni lawatan kerja pertama ke luar negara lepas dekat 3 bulan Ustaz Azizan jadi MB Kedah.

[Mantan Pegawai, Bang Ya dengan YAB MB
kat Hotel Sofitel]

[Draf sampel untuk batu perasmian]

[Arab dok pasang batu perasmian]

[Batu asas perasmian]

[Banting pelancaran buku ilmiah]

[Lokasi majlis perasmian]

[Siap ada belon lagi]

Berasa macam baru sat ja majlis tu, rupanya asrama ni dah berusia 2 tahun. Cepat tui masa berlalu. Dalam ucapan perasmian tu Ustaz Azizan kata dia macam orang isi ayaq dalam botoi la, orang lain isi ayaq bagi penuh botoi, dia mai katup botoi tu, pasai rumah ni beli zaman BN perintah Kedah dulu, Tok Det yang beli, Ustaz Azizan yang buleh nama. Dalam majlis perasmian tu jugak dilancarkan 3 buah buku ilmiah dan Al-Muttaqin TV.

[Pelancaran Al-Muttaqin]

[Peruntukan tahunan untuk aktiviti persatuan]

[Ramai kan?]

[Ucapan perasmian]

[YAB MB melancarkan buku ilmiah]

[YB SFO (sekarang YB SUK) tengah dok
tandatangan buku tamu]

[Jamuan VVIP di tingkat 1]

[Serve YABhg. Isteri MB,
Isteri TYT Duta dan Mak Lah]

[Merelit merelap]

Terima kasih la untuk semua pihak yang prihatin ngan kami pelajar-pelajar di Mesir ni. Dah 2 tahun dah kerajaan negeri ada 3 bijik rumah kat Mesir.

[Rupa bangunan ketika dibeli]

[Kerja-kerja ubahsuai]

[Nak siap dah]

[Beberapa bulan sebelum dirasmikan]

[Asrama Darul Aman sekarang]

Menanti kehadiran YAB Menteri Besar dalam tempoh terdekat ni. Hehe. Apa-apa pun, periksa bagi habih dulu!
Peksa Al-Quran (Takhalluf Tahun 2)
1.30 petang - Arini peksa Al-Quran yang tahun 2 punya, peksa takhalluf (peksa untuk subjek tahun 2). Peksa kat qa'ah (dewan) nomot 12, tingkat 2, Kuliah Syariah.

[Paper peksa Al-Quran, takhalluf tahun 2]

Ada 4 soklan semua, semua dari Surah Al-Baqoroh.

[Soklan peksa untuk pelajar bukan berbangsa Arab]
  1. Soklan pertama: Ayat 106 sampai ayat 111.
  2. Soklan kedua: Ayat 178 sampai ayat 184.
  3. Soklan ketiga: Ayat 219 sampai ayat 222.
  4. Soklan terakhir: Ayat 249 sampai ayat 251.
Syafawi Takhalluf Quran Tahun 2
1.30 tengah hari - Hari ni aku peksa syafawi takhalluf (ujian lisan untuk subjek tahun 2) subjek Al-Quran. Silibus hafazan Quran ni 2 juzuk ja, juzuk 1 ngan juzuk 2. Tempat peksa kat Mudarraj 7, Tingkat 4, Kuliah Syariah.

Kat dalam lajnah aku ni tak dak orang pun, sampai-sampai terus buleh masuk, yang orang lajnah lain nak kena beratuq panjang pasai ramai.

Aku ditanya ngan 3 soklan, 2 soklan dari juzuk 2, 1 soklan lagi juzuk 1. Soklan pertama surah Al-Baqoroh, ayat 124. Soklan kedua surah Al-Baqoroh, ayat 158. Soklan ketiga pulak Surah Al-Baqoroh, ayat 233.

Tak la susah sangat soklan ni, alhamdulillah.

2.10 petang - Dah sampai rumah. Lapaq!
Peksa peksa
Jadual peksa keluaq dah ni! Semester ni aku ada peksa untuk 3 subjek... Usul Feqh, Feqh Muqaran (Feqh Perbandingan Mazhab) ngan Al-Quran (Tahun 2). Jadual peksa cam kat bawah ni...
  • 22/05/2010, 1.30 petang - Syafawi (Ujian Lisan) Takhalluf Al-Quran Tahun 2
  • 27/05/2010, 1.30 petang - Tahriri (Ujian Bertulis) Takhalluf Al-Quran Tahun 2
  • 05/06/2010, 1.30 petang - Tahriri Usul Feqh Tahun 3
  • 12/06/2010, 1.30 petang - Tahriri Feqh Muqaran Tahun 3
  • ?? - Syafawi Tahun 3
[Nombor giliran aku 13722]

Peksa yang tahun 2 punya subjek tu wat kat bangunan Kuliah Syariah, yang subjek tahun 3 pulak buat kat Kuliah Usuluddin. Peksa syafawi yang tahun 3 tak tau tarikh lagi bila, jadual tak keluaq lagi, tapi pas peksa bertulis la.

[Notis kat papan tanda kuliah Syariah]

Selamat menduduki peperiksaan untuk kawan-kawan, pakat buat yang terbaik la no!
Asrama DA2 nak siap dah

















Epot lagi


  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters