Ifthor kat umah Bang Ya
Excited tul. Haha.

Koi 4.45 petang, Irsyad mai ambik aku kat umah, pastu singgah kat Alor Setar Mall jap kat Tandop. Saja tengok-tengok baju, kot ada yang berkenan. Kat sini ada Adibah Noor dok cabut cabutan bertuah, pemenang utama dapat hadiah baucer konsumsi RM50,000, tak tau la menang kat sapa.

Tepat jam 5.45 petang, kami terus bertolak ke Mentaloon, nak pi bukak posa ramai-ramai kat umah Bang Ya, dijangka 40 orang akan ada kat sana satgi, ramai tu, semua geng Mesir la tu, kira cam reunion la, pelbagai generasi ada satgi ni.

Jalan jam petang ni, hujan lak tu. Sampai dekat Masjid Alor Merah pun dah koi 6.30 petang. Nak kena tunggu 2-3 orang kat situ sebab depa tak tau umah Bang Ya kat mana. Tak lama pastu bertolak ke umah Bang Ya, sampai sana koi 6.50 petang. Waktu tu dah ada geng yang dah sampai.

Tak lama pastu Dr. Abdul Aziz Hanafi sampai dengan Tok Ayah (Us. Shukri). Selang tak lama pastu hadirin mencecah 30 orang. Kira pi kira mai semua ada dekat 35 orang. Asalnya tu ada 42 orang yang confirm leh mai, tapi terpaksa tarik diri saat akhir. Antara yang tak boleh hadir tu Bang Azizi, Bang Mi, Bang Ad, Ustaz Aziz ngan Ustaz Wahid. Masing-masing ada masalah seniri yang terpaksa untuk tak leh pi. (Betui dak ayat aku ni?)

[Wah, bercahaya betul si jurugambar tu]

[Tok Ayah ngan Dr. Aziz]

Bukak posa minum ayaq ngan makan buah kurma, pastu ada murtabak ngan agar-agar sket. Pastu semayang Maghrib dulu, Dr. Aziz jadi imam. Pastu baru melantak nasik.

[Sapa la jurugambar ni ha?]

[Dok ngumpat sapa oi?]

[Tunggu waktu nak azan]

Pergh! Menu memang mantap. Nasi tomato, ayam masak merah, daging masak hitam, acar, dalca. Sedap la, Bang Ya tempah kat sapa ni ha? Sedap sangat ni. Tapi nak makan banyak pun seriau gak, takut satgi keluaq habih. Huhu.

[Kenangan dengan tuan rumah]

[Dok dengaq ceghita bakal pengantin]

[Seronok 'kepala gedehoq' kita...]

[Emm, pakat khusyuk makan]

[Tuan rumah pun nak kena makan gak]

Apa yang pasti, memang best la bukak posa arini, leh jumpak kawan ramai, tak larat nak gelak. Huhu. Bukan senang nak leh kumpul abang-abang ngan adik-adik ramai-ramai camni ni. Bang Ya cadang nak kumpul lagi sekali pas raya ni.

Koi 8.15 malam, Bang Bed ketuai bacaan doa selamat.

[Aamin]

Mula jam 8.30 malam, pakat ada yang beralah dah. Ada yang kena jadi imam terawih satgi pun ada, ada yang nak pi ke lain lagi, masing-masing punya agenda la. Aku balik last sekali, dengan Muslim, Bang Wan ngan Bang Man Hajar. Aku tumpang depa balik umah, kesian kat Esyad pulak nak kena pi antaq kat Jalan Kuala Kedah nu, kawan dah la dok kat Jabi. Waktu aku balik tu jam dah koi 8.45 malam.

Sebelum aku dihantaq ke rumah, kami singgah kat umah Muslim dulu, nak jumpak Bang Mizi, baru sampai dari Tenom, Sabah. Tak dak perubahan, hehe, macam tu gak dari dulu. Yang bezanya cuma ada baby, nama Nuha. Depa jamu cucuq udang, sedap! Pastu Bang Wan ngan Bang Man antaq aku balik umah.

Nak gitau kat sini, memang baloi la Bang Ya buat bukak posa arini, leh jumpak balik geng-geng yang payah nak jumpak. Nak kata rezeki tu, dalam masa yang sama, catering yang Bang Ya tempah makan tu pulak nak buat kenduri, alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak! Tapi ada orang kata makanan ni Ittihad yang masak. Hehe. Tak pasai-pasai ja buleh nama!

Cik Li ngan Hadi Awang baru sampai Kedah pagi tadi. Depa tak leh ikut serta majlis ni sebab masing-masing nak balik bukak posa ngan famili kat umah. Tak pa, lain kali kita kumpul lagi camni. Tetamu VIP malam ni Dr. Abdul Aziz Hanafi dengan Haji Kamal.

Kat sini aku senaraikan hadirin yang hadir pada majlis bukak posa tadi. Yang hadir (di kalangan junior) tu aku, Muslim, Irsyad, Farahi, Suhaimi, Hadi Chef, Mat Kwang, Mat Shahfarey, Jamen, Kie, Faiz Johan, Fadzil Lazim, Rasydan, Rushdi, Zulhazwan, Zubair, Tok Harun, Faizal ngan Mad Othman.

Geng senior pulak disertai Bang Bed, Bang Bad Hisham, Bang Sopi, Ustaz Aidil, Tok Ayah, Bang Wan Rabean, Bang Man Hajar, Bang Osman, Ustaz Kamal dan Us. On.

Nak terima kasih banyak-banyak la kat Farahi, jurugambar arini. Dia la dok susah payah ambik gambaq-gambaq ni sampai basah kuyup baju... Sian. TQ!

[Ramai lagi yang tak masuk ni] Kredit: Farahi
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters