Perbincangan bersama Tuan Haji Nordin
Koi 8.50 pagi, aku keluaq pi Wisma Darul Aman, walaupun hujan, tapi pakai baju hujan la. Koi 9.30 pagi japgi ada perbincangan dengan Tuan Haji Md. Nordin Yahya, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Kanan (Sumber Manusia), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman kat Pejabat Bahagian Sumber Manusia kat Blok B.

[Signboard pejabat Tuan Haji]

Aku sampai kat sana koi 9.20 pagi, hujan tak berenti lagi tu. Sampai ja, aku ke pejabat Abg. Nadzman dulu, dok kat situ dalam 10 minit, kat situ ada Ustaz Aidil dengan Hadi Awang. Koi 9.35 pagi, kami 3 orang masuk ke pejabat Tuan Haji Nordin dan bermulalah perbincangan.

[Asyik-asyik gambaq pejabat. Haha]

Perbincangan pagi ni berkisar mengenai cadangan menganjurkan sebuah seminar pada bulan Disember ni. Kami bentangkan kertas cadangan kat Tuan Haji Nordin dan banyak benda la yang dikomentar dan dibincangkan bersama. Banyak pindaan nak kena buat sebelum kertas cadangan ni dibawa kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman untuk tindakan susulan. Secara ringkasnya, seminar ni akan dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman dengan kerjasama Al-Muttaqin Network. Pembantu peribadi Tuan Haji Nordin jamu kami teh o panas.

[Tuan Haji dok perati kertas cadangan]

Perbincangan tamat jam 11.15 pagi. Pastu kami dijamu sedikit jamuan ringan yang ditempah dari kantin wisma. Sambil-sambil tu Haji Nordin dok bagi nasihat dan tazkirah kat kami, terpegun aku mendengarnya. Memang masuk ke dalam hati segala apa yang disebut tu. Memang tabik la kat Tuan Haji. Terima kasih banyak-banyak. Kami beralah koi 12.10 tengah hari.

[Tuan Haji sedang menyampaikan pesanan]

Pastu aku singgah kat kedai Sony kat Taman Sultan Badlishah, beli DVD-RW kat Abah.

Koi 8.20 malam, aku ke umah Muslim, pi ambik aku punya USB Flash Drive yang dia pinjam aritu. Koi 8.50 malam, aku sampai balik umah. Tu ja. Hehe.
1 Response
  1. Furudz Says:

    Seminar berkaitan Syiah. Oo nak join? Ahlan wasahlan! Nanti aku post entry pasai detail info dia, sbb benda ni masih di peringkat cadangan. Seminar ni insyaAllah akan buat kat Hotel SP Inn, 17/12 ni


Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters