Monday, December 28, 2009

Ali Sharqawi

Koi 1.50 petang, Mahmud (bekas dreba Manyalawi) mai ajak kami keluaq makan kat Abbasiah. Tak semena-mena ja dia mai ajak, memang rezeki tui. Ajak pi kedarah seafood lak tu. Dok tagak-tagak nak pi kedak, kesian kat dia, rai pi la. Aku, Che Li, Fadhil ngan Lee pun naik bersiap. Pastu kami 4 orang ikut Mahmud naik keta Kia Ceranto dia. Lebih kurang koi 2.50 petang, kami sampai kat Restoran Ali Sharqawi kat Abbasiah.

Sesampai tu, Mahmud terus order, kami ikut ja apa yang dia order. Dia order sotong goreng 2 pinggan, udang goreng 5 pinggan, pastu ada hati ngan otak kerbau, eeee.

[Che Li, aku dan makan lagi...]

[Mahmud dan Fadhil... tak dak dalam gambaq... Lee]

[Hati lembu ngan otak kerbau]

[Udang goreng tepung]

[Sotong goreng tepung]

Sambil-sambil dok makan tu Mahmud dok cerita pasai syarikat dia. Dia dah lama dah berenti jadi dreba Manyalawi, setahun lebih dah katanya, la ni bukak syarikat seniri, syarikat pelancongan, moga syarikat dia cepat maju insyaAllah. Koi 3.20 petang, Mahmud antaq kami balik asrama. Syukran jazilan la sebab sudi belanja kami secara tak semena-mena. Jazakallahu kheir ya Mahmud!

[Ali Sharqawi]

[Jazakallahu kheir ya Mahmud]

No comments:

Post a Comment