Koi 9.00 pagi, aku ngan Nik turun sarapan pagi kat rumah Abah. Pagi ni pi sambut keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Dato' Seri Tunku Annuar Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan Yang Amat Berbahagia, Dato' Hajjah Nor Suzana binti Abdullah, Toh Puan Bendahara Kedah serta ahli rombongan di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.
Waktu aku, Abah, Mama ngan Nik keluaq rumah tu, ada Arab sebelah dok angkut pindah barang pakai kren, gaya tu kira mudah gila la, tak gaduh penat-penat angkut, cuma penat wak keluaq duit ja la kot. Waktu tu koi 9.40 pagi.
Waktu aku, Abah, Mama ngan Nik keluaq rumah tu, ada Arab sebelah dok angkut pindah barang pakai kren, gaya tu kira mudah gila la, tak gaduh penat-penat angkut, cuma penat wak keluaq duit ja la kot. Waktu tu koi 9.40 pagi.
[Pindah barang cara baru]
Kami sampai kat epot koi dekat koi 10.00 pagi. Kalau ikut apa yang terpapar kat skrin epot tu, flight YTM Tunku Bendahara akan mendarat koi 10.46 pagi, kira awal lagi la ni.
Koi 10.45 pagi, pimpinan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) iaitu Us. Nazrul, Us. Zahran, Bakaq, Shohib ngan 3 orang HEWI pun sampai.
YTM Tunku Bendahara, YABhg. Toh Puan Bendahara selamat mendarat koi 10.46 pagi. Lama gak tera nak urus beg semua tu, koi 11.45 pagi baru semua ahli rombongan keluar dari Balai Ketibaan. Tetamu VVIP dibawa ke Hotel Sofitel di Zamalek dengan bas Royal Way Tours.
Aku, Abah, Mama ngan Nik pecut pi ke hotel dulu, takut satgi terlepas Jumaat! Sampai kat Hotel Sofitel koi 12.20 tengah hari, nasib baik kat Hotel Sofitel tu ada masjid, alhamdulillah. Kami punya la dok tunggu tetamu VVIP kat ruang lobi hotel, rupa-rupanya depa dah sampai melalui pintu belakang. Puan Marduwati Dato' Abdullah, Pembantu Peribadi YABhg. Toh Puan Bendahara mai keloi kami kat lobi, jemput makan tengah hari sekali kat kafe hotel.
Lepas habis makan, jalan-jalan kat luaq kafe, lawa pemandangan dia, tepi Sungai Nil, tenang ja. Ada Arab dok main lagu Arab kat luaq tu, lagu Maghribi kot, pasai kafe ni kafe Maghribi.
Sambil-sambil tu, Abah dok buat last check berkaitan protokol dan majlis dengan Puan Marduwati dan Encik Sabri. Koi 2.30 petang, kami ke Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK), Abah nak pi jumpak Ustaz Harun, Warden DMAK. Pastu aku balik asrama ngan Nik, tinggal Abah kat DMAK ngan Mama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment