Aku, Farahi Fadhil, Fahmi Yahya ngan Fakrol bertolak pi Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) koi 6.00 malam, pas Maghrib. Majlis Ramah Mesra Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Annuar Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah Darul Aman dan Yang Amat Berbahagia Dato' Hajjah Nor Suzana binti Abdullah, Toh Puan Bendahara Kedah Darul Aman bersama rakyat negeri Kedah Darul Aman dijadualkan bermula koi 7.00 malam. Kami sampai kat DMAK koi 6.40 malam.
[Backdrop]
Tetamu VIP dan YTM Tunku Bendahara serta YABhg. Toh Puan Bendahara tiba di DMAK sekitar koi 7.10 malam. Majlis mengambil tempat koi 7.15 malam dengan dipengerusikan oleh Ustaz Harun Mat Zain, Warden DMAK. Hadirin yang ada dalam dewan malam ni dianggarkan mencecah 350 orang.
[Tetamu VVIP]
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran, kemudian ucapan aluan oleh Syeikh Yusoff Haji Ahmad a.k.a. Abah. YTM Tunku Bendahara berkenan mencemar duli menyampaikan titah ucapan jam 7.35 malam.
Majlis tamat koi 7.50 malam. Encik Saiful Annuar Mohamad, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) mengiringi YTM Tunku Bendahara, YABhg. Toh Puan Bendahara dan tetamu VVIP ke majlis santapan di kafe DMAK. Tetamu VVIP dihidangkan dengan makanan Arab antaranya kabab, kuftah dan merpati sumbat (hamam masywi).
Sesudah selesai majlis santapan, YTM Tunku Bendahara dan YABhg. Toh Puan Bendahara berkenan mencemar duli bagi menandatangani buku pelawat DMAK seterusnya bergambar kenangan bersama kakitangan KBMK dan pimpinan persatuan serta pelajar.
[YTM Tunku Bendahara, YABhg. Toh Puan Bendahara,
YM Tunku Harunnarasheed Putra dan
Pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah
serta Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah]
YM Tunku Harunnarasheed Putra dan
Pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah
serta Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah]
[YTM Tunku Bendahara, YABhg. Toh Puan Bendahara,
YM Tunku Harunnarasheed Putra dan
barisan pimpinan MKKK dan pelajar]
YM Tunku Harunnarasheed Putra dan
barisan pimpinan MKKK dan pelajar]
Koi 8.30 malam, YTM Tunku Bendahara dan YABhg. Toh Puan Bendahara berangkat pulang meninggalkan majlis.
Kesian kat kawan-kawan pasai makanan yang kami tempah sampai lambat, tak tau la masalah apa. Lama gak depa dok tunggu dalam dewan tu tera makanan nak sampai.
Aku, Farahi, Fadhil, Fahmi Yahya ngan Fakrol pecut pi epot dekat koi 9.00 malam, nak pi antaq Fahmi balik Malaysia.
Kredit gambar: PaParaHi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment