Koi 9.30 pagi, rombongan JKR sampai kat Asrama Darul Aman 3, Haiyu Sabiek. Pagi ni depa ada rundingan harga dengan Mr. Manyalawi kat Bilik Mesyuarat koi 10.30 pagi.
[Rundingan sedang berjalan]
Bang Ya ngan En. Zaini mai ziarah kami kat tingkat 2, depa dua tak sertai rundingan tu. Lama gak tera nak tunggu nego tu nak abih, perut pun dah lapaq dah ni.
Rundingan ni tamat koi 2.40 petang, ada jamuan tengah hari sket kat kediaman pegawai kat tingkat 1, tempah kat kafe. Ada sambal talapia (bulti), ayam masak kicap ngan sayuq rebuih.
Koi 4.00 petang, aku iring depa pi Medan Opera a.k.a downtown. Tuan Ir. Rosland nak cari kain cotton untuk buat baju kat famili dia.
Cari punya cari kat Medan Opera tu, tak jumpak, pastu kami pi cari kat kedai berhampiran Khan Khalili. Ada satu kedai tu nama Auf, kat situ banyak kain cotton, borong kat situ la.
Pastu bawak depa beli barang kat Khan Khalili. Ada yang beli jubah, ada yang beli minyak wangi untuk buat hadiah. Sementara dok tunggu tu, aku ngan Lee pi semayang Maghrib kat Al-Ghuri Complex, dekat-dekat situ gak.
Koi 7.45 malam, rombongan JKR bertolak balik ke hotel. Aku, Farahi ngan Lee singgah makan kat kedai nasi mandi kat Abbas, lapaq sangat dah ni.
Kredit gambar: PaParaHi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment