Koi 7.00 pagi, aku, Farahi ngan Lee dah terpacak kat Hotel Sofitel, pagi ni iring rombongan JKR ke Tanta dan Iskandariah. Singgah lepak-lepak dulu kat bilik 503, bilik Bang Ya. Pastu turun berkumpul kat lobi koi 7.54 pagi.
[Eksyen ja ni, tak reti main pun...]
Koi 8.15 pagi, van kami bertolak dari hotel ke Tanta untuk hantaq Puan Hayati ngan suami, En. Zaini, depa nak transit 3 hari kat rumah anak, Muhammad Faris. Kami lalu kot jalan kampung (zira'ie), koi 9.45 pagi sampai kat Tanta. Kat situ Firdaus Ayam (?) dah tunggu kami, Bang Ya ada bawak barang kiriman dari mak dia.
Koi 10.00 pagi, kami meneruskan perjalanan ke Iskandariah, ikut jalan kampung gak. Sampai di Iskandariah koi 11.50 pagi.
Park van dalam El-Montaza koi 12.00 tengah hari. Kami semayang Jumaat dalam masjid dekat ngan Hotel Helnan Palestine.
[Hotel Helnan Palestine tepi pantai]
Pas selesai semayang Jumaat, ambik angin kot dalam El-Montaza tu la, sambil-sambil tangkap gambaq buat kenangan. Aku ni jarang mai Alex ni, dok saja-saja pakai tak mai dah.
[Kenangan di El-Montazah]
Koi 1.20 petang, kami pi ke Istana Raja Farouk pulak, dia ni pemerintah Mesir suatu ketika dahulu, sebelum ditumbangkan, punya la zalim dia ni. Raja Farouk ni perintah Mesir sejak umuq dia 16 tahun sampai umuq berapa tahun ntah, 40 kot, mati umuq 41.
Ustaz Akli call pastu. Tak lama pastu kami ambik Ustaz Akli kat pintu masuk El-Montaza, pastu terus ke Fish Market, restoran kat Alex. Waktu kami sampai tu, punya la ramai orang yang dok tunggu order. Tak jadi la makan kat situ, satgi lambat pulak. Kami singgah makan kat restoran Kadoura.
Pas makan, kami pun bertolak balik ke Kaherah la.
[Perpustakaan Iskandariah, perpustakaan terbesar di dunia]
[Perati elok-elok, bangunan tu sekeping ja]
[Perati elok-elok, bangunan tu sekeping ja]
Sampai di Sofitel dekat koi 6.30 malam, singgah semayang kat bilik Bang Ya dulu. Pastu aku, Farahi ngan Lee bertolak pi Hospital Ain Shams, ziarah Abdullah Yahya a.k.a. Lah Reba kat situ, dia kena tahan di wad malam ni sebab darah tinggi dan muntah berdarah. Sama-sama kita pakat doa kat Lah Reba, moga cepat sembuh. Aamin.
Kami ambik Afifi wak balik, dia ni nak peksa esok. Sebelum sampai rumah tu, singgah makan malam kat Restoran Nil, lebih kurang 10 minit dari asrama. Pastu balik la.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment