Aktiviti terakhir
Hari ni aku bersiap beg, timbang-timbang dok ada kat 40kg lebih, camna nih? Tak pa, bawak ja.

Abang Firdaus ngan Kak CT balik ke Ipoh naik bas koi 3.00 petang. Terima kasih sebab sudi balik semata-mata nak jumpak adik.

[Abah ngan Abang Firdaus]

Tengah hari aku pi Sentosa, nak pi cari barang orang pesan. Pastu koi 5.50 petang, aku pi jumpak Bang Bad Hanif kat Din Laksa Teluk Kechai pasai nak pi ambik barang dia nak kirim kat kawan di Mesir. Lah Rashid sampai tak lama pastu ngan anak menakan dia, dia belanja kami makan laksa ngan sate 80 cucuk. Lah pun nak kirim barang gak. Aku balik rumah koi 7 lebih. Kenyang tui!

Koi 8.30 malam, Irsyad mai ambik aku di rumah, dia nak belanja makan (walaupun aku dah kenyang gila dah ni). Kami pi Restoran Rakok Seafood kat Jalan Kola Kedah, dekat ja ngan rumah aku, lebih kurang 2km camtu ja, tak pernah mai pun restroran ni, saja nak test.

Order? Pergh banyak gila, tak padan dengan nak makan dua orang. Sotong bakaq, kerang bakaq, tom yam seafood, teloq bungkuih, kailan goreng, ayaq carrot susu ngan fresh orange. Koi 9.30 malam, Irsyad antaq aku balik rumah. Terima kasih sebab belanja makan! Tercapai gak hajat nak makan sotong ngan kerang bakaq.

["Bang order bang" - Irsyad]

[Rakok Seafood, Jalan Kola Kedah]

[Sotong bakaq]

[Kerang bakaq]

[Melantak buat kali terakhir]

[Irsyad and the Viva]

Setelah 4 bulan, 2 minggu dan 3 hari atau 140 hari aku pulang bercuti di Malaysia, aku akan balik ke Kaherah, Mesir esok (Isnin). Bas aku ke Kuala Lumpur akan bertolak dari Shahab Perdana koi 11.30 pagi. Flight aku pulak akan check-in di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) lebih kurang koi 11.30 malam dan akan berlepas koi 1.30 pagi (Selasa). Dijangka tiba pada 8 Disember 2009 di Terminal 3, Cairo International Airport koi 5.30 pagi waktu Mesir (11.30 pagi waktu Malaysia). Doakan aku!
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters