Selamat tinggal Malaysia!
Hari ni hari terakhir aku kat Malaysia, malam ni dah nak check-in balik ke Kaherah, Mesir. Lepas Subuh, aku ngan Abah keluaq pi market, sebelum kami keluaq pi tu, Mak Lang Norjan mai rumah, singgah jap ja.

Koi 10.30 pagi, Cikgu Hashim ngan Mak Cik Nab mai ziarah, terharu betul aku. Terima kasih atas kunjungan dan doa.

[Cikgu Hashim]

[Tunggangan aku sepanjang 4 bulan setengah]

[I'll miss u]

[2 kargo, 2 carry]

Sebelum aku bertolak ke Shahab Perdana, tak lupa untuk bergambaq ngan Mama dan Abah. Selepas salam dan pohon restu, aku meninggalkan Mama dan Abah tepat koi 10.45 pagi. Sayu dan sebaknya hati hanya Tuhan yang tahu. Isk isk... Aku simpan kenangan ni sampai bila-bila. Terima kasih Mama dan Abah. Adik pergi dulu.

[Bersama Abah dan Mama]

[Jumpa lagi semua]

[Bonda tercinta]

[Kak Lynn]

["Adik pi sat ja"]

["Mintak maaf banyak-banyak atas salah silap adik"]

[Terima kasih banyak-banyak]

[Kucupan selamat tinggal]

[Sayunya...]

[Lambaian terakhir... isk isk]

Kak Lynn ngan Abang Jamal antaq aku ke Shahab Perdana, sampai di Shahab koi 11.00 pagi. Bas tak sampai lagi. Ustaz Osman sampai tak lama pas kami sampai dengan membawa sikit barang kiriman. Hasbullah ngan Ashraf pun sudi antaq aku gak kat Shahab. Terima kasih.

[Mesej seseorang]

[Ngan Ustaz Osman]

[Terima kasih sebab sudi mengantaq]

Koi 11.15 pagi, Pak Cik Safari, Mak Cik Masitah ngan Kak Tini pun mai gak nak antaq aku. Terharu tul la. Susah-susah ja datang. Syukran jazila!

[Pak Cik Safari ngan Mak Cik Masitah pun ada]

Sampai ja bas koi 11.25 pagi, terus angkat beg ngan kotak masuk dalam perut bas. Bas ni bertolak ke Kuala Lumpur koi 11.35 pagi. Terima kasih dan jumpa lagi semua! Isk isk...

[100kg pun buleh bawak]

[Terima kasih!]

Dekat koi 2.00 petang, bas ni berenti setengah jam kat Hentian Bukit Gantang. Lepas semayang, aku makan nasi ayam, lapaq tui, pagi tadi makan laksa ja. Hehe. Pastu teruskan perjalanan dan tiba di Hentian Duta sekitar koi 6.30 petang. Pak Tam (abang Mama) ngan Mak Tam dan Bang Chik Amar pun sampai waktu tu gak, kira tak sempat nak tunggu pun la.

[MaraLiner ke Kuala Lumpur]

Pastu kami ke rumah tok menakan (mak Mak Tam) kat Kampung Pasir Baru, Petaling Jaya untuk solat Maghrib, kat luar dah hujan. Sementara dok tunggu waktu Isya', aku dihidangkan dengan teh o panas ngan kek buah. Sambil makan sambil sembang ngan nenek, ramah orangnya, seronok sembang.

["Nenek sekarang ni dah 86 tahun"]

Koi 8.45 malam, Pak Tam ngan Mak Tam bawak aku ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Asal tadi sebenarnya nak singgah sat di rumah Pak Tam kat Bandar Kinrara, Puchong, tapi bila dah jalan jam, apa kerja pun tak jadi, terpaksa terus ke KLIA ja, nanti tak sempat pulak. Singgah makan nasi goreng kampung ngan tom yam campur kat gerai tepi jalan koi 9.00 malam. Jarak perjalanan dari sini ke KLIA dok ada sejam gak ni, jauh lagi rupanya.

[Mak Tam, Bang Chik Amar ngan Pak Tam]

Kami berempat sampai di KLIA koi 10.45 malam. Pastu terus pi timbang barang kat Kaunter H, kaunter untuk penerbangan EgyptAir. Staf yang bertugas tu gitau kat aku katanya tiket aku ni leh bawak muatan 30kg ja, kalau lebih kena bayaq RM93.00 sekilo! Huh! Barang aku ni dah la 41.3kg, camna nak buat ni. Nasib baik aku ada visa pelajar. Alhamdulillah aku diberi pelepasan untuk bawak 40kg walaupun visa pelajar tu dah mati dekat setahun dah. Yang lebih 1.3kg tu kira halal la. Alhamdulillah selamat duit, kalau tidak kena bayaq RM1,050! Mana nak cari duit banyak tu waktu ni. Memang rezeki betui.

Staf tu bagi seat 34A kat aku, dok tepi sayap. Gate C34 akan dibuka koi 1.00 pagi japgi, leh la jalan-jalan kot ni dulu.

[Check-in EgyptAir di Kaunter H]

["Encik cuma boleh bawa 30kg ja" (alamak!)]

[Jumpa nanti di Cairo]

[Atas urat]

[Boarding pass]

Koi 11.00 malam, aku pun berpisah ngan Pak Tam dan Mak Tam, kesian kat depa sebab kena susah payah sampai malam-malam camni. Terima kasih banyak-banyak atas pertolongan dan bantuan yang diberikan. Jumpa lagi nanti.

[Terima kasih atas bantuan]

Malam ni aku akan terbang balik ke Cairo sekali ngan Ustaz On ngan Ustaz Azizi a.k.a. Tok Chik. Depa baru sampai dari Aloq Setaq ngan flight Malaysian Airlines (MAS).

Dekat koi 11.30 malam, Kak Zuraida sampai ngan famili. Kak Zu ni kerja kat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), kenai ngan aku waktu mai kursus kat Mesir tahun lepas. Sorang lagi kak angkat aku. Sebelum ni memang dok cadang nak pi ziarah Kak Zu di rumah, tapi tak dak rezeki. Last sekali, Kak Zu yang mai jumpak di KLIA. Ustaz Aziz ngan isteri pun ada mai KLIA gak. Terima kasih Kak Zu ngan Ustaz Aziz sebab sudi antaq kat sini.

[Kak Zu, Kamaliah, suami, Iskandar dan Ehsan]

[Ceria tui budak-budak ni walaupun dah dekat koi 12 malam]

[Ustaz Aziz dan isteri pun ada gak]

Kak Zu ngan Ustaz Aziz balik dekat koi 12.00 tengah malam. Posting ni aku sambung dalam tajuk lain, sebab dah masuk hari lain dah ni. Haha!
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters