Pakat-pakat menyate
Hehe, posting ni lama dah aku post, tapi sekadar boh gambaq saja, tak dan nak ceghita panjang. Ni baru nak taip sket cerita dia....

Tak dak apa pun sebenaqnya, kami pakat-pakai kumpui duit dalam 25 orang untuk buat sate ayam, saja-saja ketagih nak makan, dalam pada tu nak hadiah kat Syeikh Ashraf sama, Syeikh tingin nak makan sate Malaysia. Start koi 12.30 tengah hari tu, proses buat sate pun mula la. Kerja pertama ialah kupaih bawang ngan potong ayam. Beli ayam dada ja senang, tak gaduh dok perosah tulang dah, beli 15kg. Ada gu yang dok mesin kacang, ada gak yang dok potong cabai untuk buat kuah kacang. Ada gak yang dok perosah buat kuah laksa.

[Kesian, dok kupaih bawang 2 orang]

[Dah ramai dah]

[Sedia untuk diperap]

[Potong kena cara]

[Habuan beli ayaq minum]

Lepas habih potong ayam tu, mula la proses mengadun isi ayam tu ngan madu, gula, garam, kunyit, jintan dan bahan-bahan lain. Rahsia oo resepi ni, tak leh habaq semua. Haha! Satgi ada chef marah!

[Dah disalut madu]

[Guey pelan-pelan, satgi hancuq]

[Perabih buang la madu tu]

[Mana buleh makan lagi Lee oi]

Dah selesai guey semua tu, apa lagi, pakat cucuk la sorang sket. Bukan payah sangat pun, pakat-pakat buat ramai-ramai, sat ja selesai. Dok ada 900 cucuk lebih. Aritu dok kira dah, tapi mai hari ni lupa pulak bilangan dia. Haha!

[Pakat-pakat cucuk la, dok ada banyak lagi]

[Cucuk elok-elok, satgi kena jari]

[Berapa ratus dah ni]

Proses membakaq dimulakan oleh Mad Shahfarey ngan Hadi Chef, pakai dapuq karan, cepat sket, asap pun tak banyak. Pastu giliaq-giliaq la bakaq, ganti-ganti.

[Proses membakar bermula]

[Meghelit]

[Tukang bakaq shif pertama]

Selain buat sate ayam tu, ada menu sampingan lagi iaitu laksa 'Mesir'. Yang heran tu, laksa pun ada 2 kaler pulak. Hehe, tengok seniri kat bawah tu.

[Hiris cabai ngan timun]

[Laksa Mesir 2 kaler... heran dak?]

[Geng belakang tu dok jentik carrom]

[3 belahan cabai dah cukup untuk mewarnai semangkuk laksa]

[Bara kaler ungu Ittihad]

Bila dah selesai semua, pakat bersila la kat ruang tamu tingkat 2 tu. Penuh! 25 orang pakat makan sate yang dihidang dalam talam. Memang meriah. Pastu pakat kenyang, makan tak tera mana pun.

[Aamin]

[25 orang penuh ruang tamu]

[Pakat kenyang dah]

Fahmi ngan Habib wakpi antaq sate untuk Syeikh Ashraf di Muqottom. Tu je la 'projek' hari ni, pakat-pakat makan la, saja ja buat untuk hilangkan rindu kat sate!
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters