Program Bina Insan II: Hari Kedua
7.30 pagi - Slot Pertama bertajuk Wawasan Kedah Sejahtera, Nikmat untuk Semua dibentangkan oleh Tuan Haji Mat Noh bin Ahmad, Pegawai Daerah Sik.

9.30 pagi – Slot Kedua oleh Dato’ Syeikh Uzir Baharom, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah bertajuk Pemantapan Ilmu ke Arah Sahsiah Diri yang Cemerlang sampai koi 11.30 pagi.

["'Bercambah' tu apadia? Habaq la 'banyak'!"
- Dato' Syeikh Uzir]

[Jo selaku pengerusi slot]

Pastu majlis berhenti rehat untuk makan tengah hari. Tak yah dok habaq la pasai menu tu, memang menu yang sama gak.

1.15 tengah hari – Slot Ketiga oleh Dato’ Haji Khazali Haji Din a.k.a. Dato’ Ti Long, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bertajuk Menjana Kecemerlangan!: Imaginasi vs. Realiti. Slot ni tamat koi 2.45 petang.

[Datuk Bandar MBAS]

["Benda yang saya bagitau ni jangan tuleh,
tapi ingat dalam kepala" - Dato' Ti Long]


3.00 petang – Slot Keempat bertajuk Ketrampilan Diri dan Profesionalisme oleh Dato’ Andika Raja Dato’ Wira Haji Mohd Zin bin Osman, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Kedah. Slot tamat 4.30 petang.

[Dato' Andika Raja]

["Ada yang kita tanya bila keja nanti sapa
nak bayaq gaji, pun tak tau nak jawab..." - Dato' Andika]


[Pengerusi slot]

Pas semayang, semua pakat berkumpul untuk berbengkel.

[Perbincangan bengkel]

7.15 malam – Dinner time, waktu tu baru rasa menu baru sket. Ada daging masak lada hitam. Buleh la tukaq selera sket. Di samping tu, ada sup cendawan.

[Boring]

[Berselera la sket menu malam ni]

8.30 malam – Pembentangan bengkel sampai koi 11.00 malam.

[Sesi pembentangan]

[Mendengar pembentangan dari belakang]

[Persiapan terakhir]

11.00 malam - Dato' Ti Long bagi ulasan mengenai kedua-dua bengkel hari ni ngan semalam.

["Buat pa nak buat Mahatma Ghandi jadi idola?
Bukan segak pun!" - Dato' Ti Long]


11.28 malam - Ulasan oleh Tuan Haji Bukhari Abdullah.

[Ulasan oleh GM INSPIN]

11.37 malam - Ulasan oleh Tuan Haji Mohd Zohdi Haji Saad.

[Ulasan oleh GM YINK]

11.45 malam - Upacara penyampaian sijil penyertaan oleh Dato' Ti Long kepada semua peserta.

[Sijil penyertaan kepada SU KKDS]

[Sijil penyertaan kepada YDP KKDS]

[Sijil penyertaan kepada YDP MPKJ]

Ada peserta yang tak dapat sijil pasai ada berlaku pertukaran peserta di saat-saat akhir, pasni INSPIN buat sijil lain kat depa. Yang mana tak dapat sijil, pakat tuleh nama atas kertas kat meja urusetia.

["Tuleh nama ngan nombor kad pengenalan
bagi betui" - Tuan Haji Harun]


12.00 tengah malam - Sebahagian ahli rombongan bergambaq ngan peserta.

[Peserta laki-laki]

[Peserta pompuan]

[Budak Maahad]

[Dengan Pengurus 4 Seasons Resort]

12.30 tengah malam - Balik ke bilik, tidoq!
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters