Ramah Mesra bersama Pegawai Khas YAB MB
Malam ni kat Dewan At-Tasamuh wal Ikha' ada Majlis Ramah Mesra bersama Y.Bhg. Ustaz Hasan Razak, Pegawai Khas (Perhubungan Awam dan Politik) kepada YAB Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman. Ustaz Hasan transit di Mesir 2 hari, sebelum menunaikan umrah di Mekkah. Kesempatan ini diambil oleh Pejabat Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah ngan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah untuk menganjurkan majlis ramah mesra ni.

Majlis mula koi 8.30 malam dengan ucapan aluan Syeikh Yusoff a.k.a. Abah.

[Ucapan aluan oleh Abah]

[Para hadirin]

Koi 8.50 malam, ucaptama oleh Y.Bhg. Ustaz Hasan Razak. Sebelum tu pengerusi majlis bagi sikit pengenalan mengenai Ustaz Hasan. Ada sama dalam majlis ini ialah Y.Bhg. Ustaz Abu Kasim Abdullah, Pengerusi Tetap Parti Islam Semalaysia (PAS) Pusat dan beberapa orang ahli rombongan.

["Tak dak sekolah yang ajaq budak-budak
jadi MB" - YBhg. Ustaz Hasan]

["MB gelaq saya Malaikat Zabaniah"
- YBhg. Ustaz Hasan]


Best tengok gaya Ustaz Hasan cerita pasai hal ehwal semasa negeri Kedah. Kat sini aku tuleh sket apa yang dan aku 'tangkap' malam tu:
  1. Kat Kedah ada 1.5 juta masyarakat Melayu daripada 1.9 juta rakyat Kedah.
  2. Sorang wakil rakyat akan dapat elaun sebanyak RM6,000.
  3. Peruntukan untuk setiap wakil rakyat pulak sebanyak RM500,000.
  4. Usul undi tidak percaya pada November 2008 yang tak jadi, pasai ada 3 wakil rakyat BN yang tak masuk sidang tu.
  5. Sebelum ni anak syarikat kerajaan tak pernah sumbang kepada kerajaan negeri, tapi kali ni dah berjaya sumbang RM30 juta kat kerajaan.
  6. 2,340 hektar balak ditebang sejak tahun 2005 hingga 2007 dengan perolehan sebanyak RM10.9 juta sahaja. Tetapi pada 2009, kuantiti balak yang sama ditebang dapat menghasilkan perolehan sebanyak RM40 juta. Duit pi mana? Satu pokok balak meranti merah atau sarang burung boleh mencecah harga RM2,800 hingga RM3,000. Dengan kata lain, pengurusan balak la ni 205% lebih baik daripada dulu.
  7. Di Kuala Ketil, Baling, diperuntukkan 830 hektar tanah sebagai kampus baru Kolej Universiti Insaniah (KUIN), siap ada tasik buatan lagi seluas 1.2 km. Jarak kampus baru tu dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang hanya sekitar 30 minit.
  8. Polisi perumahan kalau dulu 30% melayu, 70% bukan melayu, la ni dah disama ratakan jadi 50-50. Kalau di Kelantan, polisi perumahan depa 70% melayu, 30% bukan melayu. Harga rumah la ni tak buleh lebih RM150 ribu.
  9. Jumlah kutipan zakat untuk tahun 2008 sebanyak RM82 juta.
  10. Kedah satu-satunya negeri di Malaysia yang mana YAB Menteri Besar bertindak selaku Pengerusi Keselamatan, maksudnya semua polis bawah YAB MB.
  11. Tabung Tengku Mahmud ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 22 Ogos 2008, ada insan pemurah sumbang sebanyak RM5 juta.
  12. Diluluskan peruntukan rumah 100 pintu percuma untuk mangsa banjir di Dulang, Yan.
  13. Keberanian Kerajaan Negeri merobohkan rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya, orang bukan Melayu pun ramai yang sokong. Mantan MB Kedah, Tan Sri Osman Aroff merupakan orang pertama yang pi ucap tahniah kat YAB Dato' Seri Ustaz Azizan. Waktu Mesyuarat Majlis Raja-raja, MB-MB negeri lain pakat mai peluk YAB MB Kedah, ucap tahniah atas keberanian YAB Dato' Seri Ustaz Azizan. (Hehe)
  14. KDYMM Tuanku Sultan perkenan menganugerahkan darjah Setia Diraja Kedah (SDK) kat sami Siam. Masyarakat Siam buat kenuri panggil 6,000 orang.
  15. Kerajaan Negeri Kedah dalam proses meluluskan projek pasir untuk 2 tahun yang mampu bawak perolehan sebanyak RM6 billion.
  16. Kemarin (07/03/2010) rasmi projek keli skala besaq untuk jana ekonomi di Sik, dengan anggaran perolehan sebanyak 150 tan sebulan. Pasni Kedah akan eksport ikan keli sambai tumis ke luar negara, antaranya Mesir. (Arab Mesir suka sambai tumis) Hehe.
  17. Buah pelam salak ngan rambutan dalam tin akan dieksport ke Belanda. Nenas kita pun digred nombor 1 di Belanda. Kedah bakal jadi Belanda Malaysia pasni, insyaAllah.
  18. Amerika nak melabur RM17 billion, nak bela ikan patin kat Tasik Pedu.
  19. Mesir pulak nak bela ikan talapia di Kedah, walaupun talapia di Mesir lebih sedap nak banding ngan Malaysia. Depa nak ambik kulit ikan talapia untuk buat alat mekap pompuan.
  20. Tawaran sebagai Pegawai Tadbir Negeri (KCS) untuk graduan universiti Timur Tengah.
  21. Setiap Sabtu, jam 9 pagi ada pengajian agama di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar di Seri Mentaloon. Ramai hadirin terdiri daripada isteri KCS.
  22. YAB MB akan turun ke Mesir selepas sidang DUN, insyaAllah.
Majlis ni tamat koi 10.30 malam.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters