Trip to Damascus: CAI-DAM MS721
10.30 pagi – Aku, Abah dan delegasi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman berkumpul kat luaq Asrama Darul Aman 3, satgi nak bertolak ke epot untuk berlepas ke Damascus, Syria. Flight kami koi 1.35 tengah hari, flight EgyptAir MS721. Sebelum tu tadi naik menyorok kat Rumah Tamu, ada bihun goreng.

[Kawan lama: 'Datuk Bandar Kaherah'
ngan Datuk Bandar Alor Setar]


10.40 pagi - Tramco Ammu Muhammad bergerak ke epot, sampai di epot lepas 20 minit. Selain tramco ni, ada lagi 2 bijik Toyota Avanza yang ikut ke epot sekali.

[Boarding board]

Lepas bergambaq, kami 10 orang bergerak ke counter check-in, barang-barang semua lepas.

11.30 pagi - “Kotak bahan kursus ada kat mana?”, tanya Tuan Haji Harun. Huish kotak tu tak dak ka? Tinggai dalam ofis ka tadi? Teruih aku call Farahi yang masih dok tunggu kat luaq epot untuk tolong balik ambik sat. Kesian kat dia, kena bergegas balik ambik.

11.40 pagi - Kami 9 orang timbang barang dulu, tinggai Abah sorang ja tak timbang lagi, nak tunggu kotak tadi tu. Bagasi aku dan Abah ditimbang sekali, dok ada 24.5 kg. Boarding pass aku dah dapat. Dapat seat nomot 38B, masuk kot pintu G6. Geng rombongan yang lain semua dah masuk dalam, dah siap cop pasport dah. Aku, Abah ngan Tuan Haji Harun dok tunggu kotak bahan kursus tadi sampai.

[Berat beg aku ngan Abah]

[Boarding pass]

[Kaunter check-in]

12.20 tengah hari – Alhamdulillah, kotak tu selamat Syaazli wak mai, teruih dia letak kat pelantaq scan tu. Terima kasih Lee, Farahi. Aku pun apa lagi, teruih celapak ambik kotak tu, lari pi timbang kat kaunter check-in, kalau lambat sket lagi pakai Abah tak leh pi la Syria nanti. Alhamdulillah, kotak seberat 13.9 kg tu buleh gak wak pi Syria.

[Berat kotak yang hampir ditinggalkan]

[Baru check-in]

Kami bertiga bergerak ke pintu G6, sampai kat situ koi 12.32 tengah hari. Dok rehat sat kat kerusi depan gate tu, tak lama pastu Abang Zamri ngan Dato’ Ti Long sampai.

[Epot Cairo]

[Kenangan 20 Julai 2009]

[Pintu G6]

[Dato' Ti Long yang versatile]

1.10 tengah hari – Kami dah masuk kapai. Ramai gak penumpang tengah hari ni, tapi ada gak kerusi kosong. Pas jumpak seat 38B, ambik la gambaq sket-sket, habuan buat kenangan. Bukan senang orang nak bagi peluang berjalan free ni (tapi bukan berjalan saja, nak kena buat keja kat Syria pulak ni). Terima kasih kat Tuan Haji Zohdi, GM Yayasan Islam Negeri Kedah yang bagi kelulusan untuk aku pi sana sekali.

[Pesawat EgyptAir]

[Dewan menunggu]

[Dekat dah]

[Kapten kapai]

[38B]

[Dok seat belakang gak]

[Punggah barang]

[Kesian...]

[Rendah]

2.00 petang – Kapai MS721 ni selamat berlepas menuju ke Damascus, Syria. 10 minit pastu, pramugara dia mai serve makan. Ada 2 keping daging, karipap 3 segi, 2 potongan ayam, 2 daun anggur berinti nasi ngan sebijik buah zaitun. Selain tu, ada gak sepotong kek coklat sebagai pencuci mulut.

Hehe, Dato’ Ti Long saja pekena Abah, dia kata daging ni daging babi, Abah ketaq la pasai dah makan dah tadi. Hehe, EgyptAir mana sedia makanan yang tak halal! Semua halal aih.

[Bergegaq]

[Kota Kaherah]

[Isi je la kad ni]

[Menu EgyptAir]

[Gayat aih]

[Menyeget]

3.15 petang – Kapai ni selamat mendarat kat bumi Damascus, Syria. Satu jam suku ja dia terbang.

[Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik]

[1st time]

3.30 petang – Beratur kat counter khusus untuk pasport asing untuk cop visa. Lama gak tera nak buleh cop tu. Tengah-tengah dok beratuq tu terserempak dengan sorang warganegara Malaysia, Mr. Shubram, arkitek Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang dah bertugas 2 tahun kat Damascus ni. Dia mai wat keja-keja pengubahsuaian epot, segala tile semua mai dari Malaysia katanya. Mr. Shubram la yang tolong bayaq sewa troli kat kami, semua pakat tak tukaq duit lagi.

[Cop pasport]

["Eh cantek!" - Dato' Syeikh Uzir]

[Muka boring]

[Mr. Shubram, Kontraktor KLIA]

4.04 petang – Kami disambut oleh travel agent, wakil Razihan Holidays kat sini, nama Mr. Yaasir. Dok tak lama pastu, kami disambut oleh Zahir a.k.a. Jo, Penasihat Keluarga Kedah di Syria (KKDS); Azfar, YDP KKDS; dan Faiz, Setiausaha Agung KKDS. Depa mai naik bas.

[3 orang kuat KKDS]

[Mr. Yaasir]

4.10 petang – Aku ngan Abang Zam pi tukaq duit Dollar kat kaunter bank dalam epot tu. USD200 dapat SYP9,130 (Pound Syria, ataupun depa panggil Lira). 9,130 Lira tu kira sama ngan RM1,130 la lebih kurang. Nak senang kira lagi, 100 Lira dok ada sama ngan RM8.00 duit kita. (Pening dak?) Senang ja. Ni cara Dato’ Syeikh Uzir kira.

4.25 petang – Coaster kami bertolak menuju ke hotel. Jalan raya dia cantek, bersih, tak macam Cairo, sesak, kotoq. Sejuk la mata tengok Damascus ni. Orang dia pun cakap lembut-lembut, kita nak ikut cara cakap pun payah gak awai tu.

[Keluaq dah]

[Bersih]

["Ada Hadramout tang ni!" - Dato' Ti Long]

[Tut tut]

5.02 petang – Tiba ti Four Season Resort, kat Darayya, 40 minit dari pusat bandar. Huhu, geng rombongan semua ingat ka hotel Four Season yang 7 bintang tu, rupa-rupanya hotel lain. Hotel ni jauh dari pusat bandar, terpencil dan sunyi serpi, macam ada orang Melayu saja kat sini. Sampai-sampai tu kami disambut oleh Mr. Khaled, Pengurus hotel ni, pastu terus check-in. Aku dok sebilik ngan Tuan Haji Harun, senang nak bincang pasai perjalanan kursus nanti. Bilik kami nomot 261.

[4 Seasons Resort]

[Pintu ke lobi]

[Amacam?]

[Dengan 2 orang kuat INSPIN]

[Bincang waktu makan ngan Mr. Khaled]

5.40 petang – Perbincangan urusetia. Berlaku rombakan jadual program sket, tak la banyak sangat, lari sket-sket ja. Pastu solat jama’ taakhir, Maghrib nak masuk dah satgi.

[Perbincangan urusetia]

[Rooming list]

[Lobi hotel]

7.15 malam – Makan malam kat kafe hotel, depa jamu kuftah (daging kepai) masak sambal tomato ngan ayam, hidang ngan nasi basmathi. Sedap la jugak. Selain tu ada sup adas (kacang parpu).

[Makan malam]

[Kuftah masak tomato]

["Sabaq la sket, sabaq!" - Dato' Ti Long]

8.05 malam – Kami 10 orang ditemani 3 orang kuat KKDS, keluaq jalan-jalan dalam bandar Damascus.

8.42 malam – Sampai kat Bukit Qasyun, tempat berlakunya peristiwa pergaduhan 2 putera Nabi Adam a.s., Qabil dan Habil suatu ketika dahulu. Kat atas bukit ni leh nampak permandangan kota Damascus, tapi nampak lampu je la. Dato’ Syeikh Uzir ngan Dato’ Ti Long kata, kalau nak tengok lampu, baik balik tengok kat hotel, lagi banyak lampu. Hehe. Sebelah bukit ni ada Bukit Golan, sebelah lagi pulak Tel Aviv, Israel. Tapi dah naik bukit malam-malam ni, nak nampak apa sangat, nampak benda ‘lain’ banyak la. Huhu.

[Permandangan Damascus dari puncak Bukit Qasyun]

9.10 malam – Kami sampai kat pusat bandar, elok-elok berenti ja coaster ni, Dato’ Ti Long teruih hilang, cam biasa la. Dato’ Ti Long ni jenih cergas dan cepat. Yang lain-lain kami jalan sekali, tak tau nak pi mana sangat, kedai pun banyak yang dah nak tutup. Faiz kata geng Syria ni memang camni, kedai tutup awai, bukak pulak lambat. Haru tui.

[Ahmad Kamal]

[Tak balik rumah ka?]

9.30 malam - Singgah minum ayaq cappuccino kat kedai kopi tak jauh dari tempat kami turun tadi. Cuaca sejuk ni, kedai caghi ayaq panaih. Tak lama pastu kami bertolak balik ke hotel. Tak buat apa pun la malam ni, sekadar ‘windows shopping’ ja.

[Kat kedai kopi]

[Cappucino]

10.20 malam – Sampai di hotel, pastu tidoq. Esok nak keluaq berjalan, satgi letih pulak.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters