Souq El-Hamidiah
5.00 pagi – Jaga awai pagi ni, tak tau pasai pa. Kat luaq pun dekat nak cerah dah. Subuh masuk koi 4.00 pagi tadi, koi 5.30 pagi dah habih Subuh.







7.30 pagi – Breakfast kat kafe. Menu dia lanshun (kepingan daging sosej), tohinah, yogurt, roti, jem, timun ngan tomato. Pastu ada teluq rebuih sebijik.




9.15 pagi – Coaster kami bergerak menuju ke Souq Hamidiah, kat tengah-tengah pekan. Souq Hamidiah dia kira cam Khan Khalili la kalau di Cairo, kalau mai Syria tak mai souq ni, memang tak sah.



9.50 pagi – Sampai kat Souq Hamidiah. Tapi aku, Tuan Haji Bukhari, Tuan Haji Mat Noh, Tuan Haji Harun ngan Abang Zamri tak turun, pasai kami nak ke Maqam Sayyidatina Zainab binti Sayyidina Ali r.a., dok ada 15 km dari sini. Geng rombongan yang lain semua dah pernah pi maqam ni, tu yang depa terus nak shopping kat Souq Hamidiah tu.

10.15 pagi – Kami tiba di Maqam Sayyidatina Zainab. Kat sini semua puak Syiah, punya la ramai. Ada yang dok meratid, dok meratap, dok teriak, dok jilat maqam, kebanyakannya berpakaian hitam. Maqam ni lawa tui dan memang dijaga rapi, tempat dia pun bersih. Pakat ambik gambaq. Kami dok di sini sampai koi 10.45 pagi. Tak syok la travel agent ni, apa benda pun dia tak ceghita, semua nak kena tanya baru nak habaq, leceh tui, senyap ja.














Kat luaq maqam tu ada kedai cenderahati, ada juai poster macam-macam. Aku tertarik ngan poster gambaq 12 Imam, termasuk gambaq Sayyidina Ali r.a., Imam Hassan bin Ali r.a., Imam Hussein bin Ali r.a. serta Imam Mahdi. Poster Hassan Nasrullah ngan Ahmadenijad pun ada. Macam-macam la depa ni.



10.55 pagi – Kami bertolak balik ke Souq Hamidiah. Huhu mai nak tengok maqam ni je ka, ingat ka nak pi tempat lain lagi. Sampai kat Souq Hamidiah koi 11.30 pagi.

Souq Al-Hamidiah ni punya la panjang, jenuh berjalan tera nak sampai hujung. Kat hujung souq ni ada Masjid Umawi.








11.50 pagi – Aku singgah kat sebuah kedai juai jubah, nak beli jubah kawan-kawan pesan. Geng rombongan lain pakat berpecah, masing-masing shopping. Pekerja kedai ni nama Abdul Rahman ngan Fadi. Jubah yang aku nak beli ni depa panggil rahif, jubah nipis yang dipakai di luaq jubah, macam pembesar-pembesar Arab dok pakai tu. Harga tu cam besa la, ada yang mahai, ada yang murah, ikut jenih kain dia la.

Ada sehelai tu harga dia 2500 Lira, sama ngan USD55, kain dia memang nipih betui, sama ngan kain kelambu kita, memang selesa la kalau pakai musim-musim panaih ni. Tapi mahai sangat, depa suruh cari yang harga USD10 ja. Last sekali aku ambik yang harga USD20 sehelai (sama dengan 913 Lira Syria), kain dia tebai sket, yang ni ja yang paling murah pun, tapi elok la. Aku ambik 4 helai, kaler lain-lain, bayaq kat dia 3,600 Lira. Pastu berkenan pulak ngan alas meja, punya la lawa, sapu gak sehelai!



12.35 tengah hari – Dah lewat dah ni, depa janji tadi nak makan tengah hari koi 1 tengah hari. Aku dok ada kat pintu masuk souq ni lagi, nak berjalan pi sampai Masjid Umawi nu, jauh gak la. Pederaih gak la, satgi depa pakat dok tunggu pulak. Sepanjang jalan tu macam-macam benda yang dijuai, tapi harga tu buleh tahan la, mahai gak. Tak beli apa pun la, duit bukan dok ada sangat pun, buleh tengok je la.

12.50 tengah hari – 15 minit berjalan, baru sampat kat Masjid Umawi, di penghujung Souq Hamidiah. Masjid ni dibina pada tahun 705 M bersamaan 86 H oleh Khalifah Al-Walid bin Abdil Malik, salah seorang khalifah di zaman pemerintahan Umawiyyah.






Waktu aku sampai tu, tak dak sapa lagi pun geng rombongan yang dok tunggu kat situ, kecuali Dato’ Ti Long ngan agen tu ja. Dato’ Ti Long dok merungut mana dia geng rombongan yang lain, kata tadi nak makan, orang dah lapaq dah ni. Tak lama pastu baru yang lain sampai.

1.10 tengah hari – Kami sampai kat Restoran Old Damascus, tak jauh dari Masjid Umawi. Tadi Arab tu kata dah order dah makan, tapi sebenaqnya baru nak order ja. Lama gak dok tunggu tu, setengah jam baru dia wak mai makanan yang ditempah tu, nasi basmathi ngan ayam masak apa ntah, siap ada keju lagi dalam ayam tu, tak tau apa nama makanan tu, sedap gak la. Ada sorang tok syeikh tu mai ajak Dato’ Ti Long menari, hehe.










2.30 petang – Kami pakat patah balik pi Masjid Umawi, ada yang nak semayang, ada yang nak shopping kat Souq Hamidiah, pakat berpecah la, satgi nak kena kumpui kat pintu masuk Souq Hamidiah koi 5.00 petang. Dok ada 2 jam setengah lagi. Barang-barang yang depa dah beli tadi pun dah banyak, kumpul kat dalam Masjid Umawi, ada gu student Kedah kita dok jaga. Aku semayang jama’ taqdim dulu ngan Dato’ Syeikh Uzir ngan Tuan Haji Zohdi. Pastu Dato’ Syeikh Uzir rehat, Tuan Haji Zohdi plak keluaq pi shopping lagi.

3.00 petang – Dalam masjid ni ditempatkan Maqam Nabi Yahya a.s. putera Nabi Zakaria a.s. Masjid ni luas. Perkarangan masjid ni dilantaikan dengan batu marmar, luas, nampak macam perkarangan Masjid Al-Azhar pulak.




3.15 petang – Aku dok melilau luaq Masjid Umawi. Ada ramai pelancong kat luaq ni, kat dalam pun sama. Kat satu sudut tu ada banyak burung merpati, depa pakat dok jamu burung tu. Ramai sungguh. Elok-elok azan Asaq, burung-burung tadi semua pakat terbang keliling masjid, ajaib sungguh.











4.10 petang – Aku ngan Dato’ Syeikh Uzir ditemani Zahir a.k.a. Jo, pi ziarah Maqam An-Naasir Salahuddin Al-Ayubi, sebelah Masjid Umawi. Dalam maqam tu ada 2 maqam, satu maqam yang asal, yang satu lagi pulak maqam yang dihadiahkan oleh Raja Jerman.







4.30 petang – Aku jalan-jalan sekitar perkarangan Masjid Umawi tadi. Kat tengah-tengah perkarangan tu ada satu menara yang tinggi, dikatakan tempat An-Naasir Salahuddin Al-Ayubi menyampaikan arahan kepada bala tentera suatu ketika dahulu.


Kat penjuru masjid tu pulak ada Menara Putih, dikhabarkan menara ni akan menjadi tempat Nabi Isa a.s. akan turun penghujung zaman nanti.


Masjid ni dulu asai dia gereja, pastu ditukaq jadi masjid. Seni bina gereja tu buleh nampak sampai arini.




5.00 petang – Kami bergerak dari Masjid Umawi menuju ke pintu masuk Souq Hamidiah, barang-barang punya la banyak, berat lak tu, pakat bawak sorang sikit. Sambil-sambil dok kilek barang-barang tu, aku singgah beli ais krim coklat 50 Lira kat sebuah kedai tu, tengok cam sedap ja.

5.17 petang – Sampai kat pintu masuk Souq Hamidiah. Cam biasa la, Dato’ Ti Long dah tercegat lama kat situ. Geng-geng lain sapa pun tak dak lagi. 10 minit pastu baru semua pakat sampai.

5.33 petang – Kami bertolak pulang ke hotel.


5.40 petang – Berhenti singgah kat SyriaTel, syarikat telekomunikasi Syria, Abah nak activate GPRS. Tapi nak kena tunggu lama pulak, cancel la, terus balik.



7.20 malam – Makan malam… tapi menu sama macam semalam! Huhu.



8.05 malam – Pi tinjau dewan ngan Tuan Haji Harun. Dewan tu dekat ja, dok bangunan sebelah hotel. Dewan dia luas, buleh muat 200 orang pa. Selesa la. Prasarana dia pun lengkap.



8.33 malam – Aku ngan Tuan Haji Harun ngan Faiz bincang pasai waktu makan ngan Mr. Khaled, Pengurus kafe hotel, Pengurus Hotel pun ada sekali. Anak Pengurus Hotel tu nama Majid, comei. Pas habih bincang tu, kami naik tidoq, esok nak start majlis awai.



Tapi malam ni aku ditugaskan untuk sambut rombongan peserta dari Jordan, depa baru bertolak ja. Tapi… aku terlena, depa pun sampai lewat sangat, koi 1 pagi lebih baru sampai. Tapi semua urusan check-in depa tu selesai ok ja.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters