Min zaman
Lamanya blog ni berserawang... 😅😅
Ahlan 2014
Assalamualaikum,

Hihi, syok jugak dok 'update' blog SETAHUN SEKALI!

Tahun lepas aku gheja sebagai Setiausaha Kerja di Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia kat Petaling Jaya, Selangor, start bulan 2 sampai bulan 11. Sebelum tu keja jadi designer sat sebulan kat MSR Grafik kat Mergong. Start bulan 12, aku pindah balik Kedah negeri tercinta, bertugas di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman, best dok Loqsetaq!

Bulan 10 baru ni, terima kelahiran orang baru dalam hidup, Muhammad Adam. Time bersalin 3kg ja, la ni dah 6kg. Moga jadi anak yang soleh naa! Lagi 10 hari dah masuk 3 bulan. Bila nak buleh berlari nii?

Jom aku nak buat imbasan sket apa yg aku buat dalam 2013:

1 Januari - Dapat jemputan makan malam dengan YB Dato' Wira Puat, Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman (la ni dah ketuai KCS sebagai YB SUK) di Hotel New Regent, Alor Setar.

5 Januari - Manyalawi (Engineer Rumah Kedah kat Mesir) mai Kedah. Malam tu dinner dengan dia kat Restoran Sala Classic, Alor Mengkudu.

9 Januari - Temuduga sebagai Setiausaha Kerja Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar kat Restoran Arabian House, Kajang. Panel temuduga Dato' Wan Mohamad (Bekas KP JAKIM merangkap Setiausaha Rabitah) dengan Dr. Yamin (Bendahari Rabitah). Keputusan: dapat kerja. Alhamdulillah.

25 Januari - Haflah Maulidir Rasul anjuran Sahah El-Jaafariyah kat Masjid Pelubang, Jitra.

29 Januari - Abah Safari (pak mertua) masuk wad Hospital Sultanah Bahiyah.

31 Januari - Hari terakhir bertugas di MSR Grafik.

3 Februari - Kehidupan baru di ibu kota. Tumpang rumah Pak Tam kat Bandar Kinrara, Puchong tera nak dapat rumah/bilik sewa.

4 Februari - Lapor diri bertugas di Rabitah.

1 Mac - Ke Ipoh, ambik keta Proton Wira aeroback yang Abg. Jamal (abang ipaq) punya, sambung bayaq ja.

8 Mac - Teman Duta Besar Malaysia ke Mesir, TYT Dato' Dr. Fakhrudin ke Majlis Pelancaran Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) kat Hotel Intercontinental, KL. Dato' baru sampai balik dari Mesir ja petang tu.

10 Mac - Sekali lagi teman Dato' Dr. Fakhrudin ke Istana Hinggap, Seremban, Negeri Sembilan, menghadap Tuanku.

11 Mac - Besday aku, sambut sorang2 ja, seniri makan seniri bayaq.

13 Mac - Makan malam Rabitah bersama KP JAKIM, Dato' Haji Othman Mustapha.

17 Mac - Abah masuk KMC, wad 208. Nak kena bedah perut.

19 Mac - Balik Kedah. Daripada nak pi ke ofis, terus ja balik Kedah, angkut apa yang dan. Abah operate tengah hari satgi, sebab kena Hepatitis C (ada lebam bawah hati). Singgah ambik Kak Lynn kat Ipoh. Sampai kat KMC, Abah dah dibedah, buang habih hati (tinggai sket ja), lemak ngan limpa. Ditempatkan di wad ICU, alhamdulillah pembedahan berjaya.

24 Mac - Balik ke KL. Abah tak keluaq KMC lagi.

25 Mac - Abah discaj KMC. Tuan Guru Ustaz Ali Haji Ahmad meninggal dunia jam 5 petang.

2 April - Majlis makan malam dengan delegasi Thailand, anjuran Rabitah di Restoran Al-Rawsha, Kg. Pandan, KL.

3 April - Parlimen dibubar, DUN Kedah bubar 5 April.

21 April - Balik Kedah dengan TYT Dato' Dr. Fakhrudin.

4 Mei - Balik Kedah.

5 Mei - Pilihanraya Umum Ke-13. Mengundi first time P10 Kuala Kedah, N16 Kubang Rotan.

25 Mei - Jalan-jalan Pantai Merdeka ngan Tanjung Dawai dengan Abg. J ngan Kak Lynn.

26 Mei - Jalan-jalan Gua Kelam, Perlis.

4 Jun - Hantaq zaujah pi kursus kat EDC Hotel, UUM, Sintok.

5 Jun - Shathir (anak menakan) temuduga di UNISEL Kampus Shah Alam, alhamdulillah diterima masuk. Dia mai dengan Kak Lynn semalam. Malam tu depa dah balik Ipoh dah.

7 Jun - Perlantikan SUK dan SFO baru negeri Kedah. Abg. J ngan Kak Lynn sefamili mai KL, bersempit-sempit kat bilik sewa kat Damansara Utama ni.

8 Jun - Shathir daftar masuk UNISEL. Malam jalan-jalan kat KLCC. Bermalam di KL International Hotel (KLIH) kat Kg. Baru, KL.

9 Jun - Jalan-jalan KL (padahal pi Pusat Sains Negara ja pon). Kak Lynn balik Ipoh.

28 Jun - Teman Dato' Wan Mohamad balik Kedah.

2 Julai - Sambut kepulangan Dato' Dr. Fakhrudin ngan Datin Zaharah di KLIA. Tamat perkhidmatan sebagai Duta Besar Malaysia di Mesir.

5 Julai - Sesi taklimat kepada urusetia Multaqa Kebangsaan Alumni Al-Azhar Malaysia anjuran Rabitah di Hotel Seri Pacific, KL. Zaujah sampai KL dari Kedah.

6 Julai - Multaqa Kebangsaan Alumni Al-Azhar Malaysia anjuran Rabitah di Hotel Seri Pacific, KL. Malam hadir ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-55 di PWTC.

7 Julai - Multaqa bersambung. Mama dah 14 tahun dibedah.

8 Julai - Antaq zaujah pi Puduraya, balik Kedah.

10 Julai - 1 Ramadhan. Posa sorang-sorang, seb baik jaga soq jugak.

11 Julai - Iring Dato' Dr. Fakhrudin ke IKIM, ada sesi temubual IKIM FM.

12 Julai - Balik Kedah dengan Irsyad.

13 Julai - Ulang tahun pertama perkahwinan.

18 Julai - Mesyuarat Agung Rabitah kali pertama.

19 Julai - Majlis berbuka puasa di rumah Dato' Yahya Jalil (Naib Presiden Rabitah).

21 Julai - Renew roadtax Wira. Pastu mesyuarat dengan Dato' Dr. Fakhrudin, Datin Zaharah, Abgn Sani (AJK Rabitah), Bang Ya ngan Fadhil kat Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah PTG kat Wisma Negeri, Alor Setar.

22 Julai - Ke UUM Sintok dengan Radhi Murur. Ada ceramah tajuk "What is Happening Now in Egypt?" kat Pusat Islam UUM.

23 Julai - Majlif Ifthor dengan warga Turki di Turkish House, KL bersama Dato' Wan Mohamad.

25 Julai - Sambut ketibaan Syeikh Ashraf Hamed Hassanin di KLIA, program ziarah ke Malaysia sempena Ramadhan anjuran Rabitah.

26 Julai - Iring Syeikh Ashraf ke Pulau Pinang, solat Jumaat di Masjid Negeri Pulau Pinang. Pastu ziarah ayahanda YB Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Hospital Pulau Pinang. Majlis Ifthor di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas. Bermalam di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar.

27 Julai - Syeikh Ashraf menyampaikan tazkirah di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar. Majlis Ifthor di Surau Maktab Mahmud Puteri.

28 Julai - Booking Nissan Almera. Syeikh Ashraf berbuka puasa di Masjid Kg. Pauh, Yan bersama YAB Dato' Paduka Mukhriz Tun Mahathir, MB Kedah.

29 Julai - Balik ke KL. Syeikh Ashraf ifthor di Restoran Sawarbina, Jalan Semarak, KL bersama Dato' Wan Mohamad. Solat tarawih di Masjid El-Toiyyibin, Taman Bidara, Selayang.

30 Julai - Ke Seremban, Negeri Sembilan. Ifthor di Sahah Shaikh Soleh al-Ja'fari di Seremban. Solat tarawih di Masjid Sikamat, Seremban.

31 Julai - Syeikh Ashraf ziarah SS Mufti Negeri Sembilan. Pastu ziarah bekas Mufti, Dato' Syeikh Murtadza. Pastu balik ke KL. Majlis ifthor di Surau El-Ittihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam.

1 Ogos - Syeikh Ashraf ditemubual radio IKIM FM. Majlis ifhor bersama YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Seri Perdana, Putrajaya.

2 Ogos - Majlis Ifthor anjuran IBEX-Rabitah di Bangunan IBEX, Petaling Jaya.

3 Ogos - Ifthor dengan Syeikh Ashraf di Sama-Sama Hotel, KLIA. Syeikh Ashraf berlepas pulang ke Mesir. Malam tu aku drive Wira balik Kedah.

6 Ogos - Bawak Abah renew lesen memandu kat JPJ. Malam ifthor dengan Dato' Dr. Fakhrudin di Restoran Citarasa Titi Gajah, dekat epot.

8 Ogos - 1 Syawal 1434 H.

11 Ogos - Rumah Terbuka Aidilfitri Rabitah-PBMITT Kedah/Perlis di Maktab Mahmud Alor Setar.

14 Ogos - Kenuri kawin Che Li kat Jeneri, Sik.

16 Ogos - Terima Almera.

22 Ogos - Sambut kawan-kawan sampai balik di KLIA dari Mesir. Evakuasi kali kedua.

23 Ogos - Pi KLIA sekali lagi sambut kawan-kawan.

27 Ogos - Pi KLIA sekali lagi sambut kawan-kawan.

30 Ogos - Kenduri kesyukuran rumah Bang Ya di Taman Damai, Mentaloon.

1 September - Berlepas ke Jakarta, Indonesia bersama AJK Rabitah, lawatan kerja 3 hari.

2 September - Kunjung hormat ke kantor Rabitah Indonesia di Ciputat, Jakarta. Pastu kunjung hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Malam dinner di Hotel Le Meridien anjuran Rabitah Indonesia.

3 September - Kunjung hormat ke kantor Majelis Ulama Indonesia di Menteng, Jakarta. Malam berlepas balik ke KL.

4 September - Mengiringi Dato' Dr. Fakhrudin dan Dato' Wan Mohamad ke Kedutaan Mesir di Malaysia, pertemuan bersama Duta Mesir di Malaysia.

9 September - Berlepas ke Kaherah, Mesir dengan flight Etihad.

12 September - Pertemuan bersama Dr. Hassan Ewad, Mudir Markaz Lughah Al-Azhar di Haiyu Sadis, Kaherah. Pastu kunjung hormat ke pejabat Rabitah induk di Kaherah.

15 September - Periksa. Ziarah Pak Tam Shaari di Haiyu Ashir.

17 September - Ziarah Syeikh Ashraf di Darrasah.

18 September - Makan malam dengan En. Izwan, Pegawai KBMK di Birdcage Cafe, Hotel Semiramis Intercontinental, Kaherah.

19 September - Berlepas pulang ke Malaysia.

22 September - Kenduri kesyukuran dan majlis wada' Habib Zein Semith di rumah Dato' Yahya di Petaling Jaya, Selangor.

26 September - Bekas MB Kedah, ayahanda YB Tan Sri Ustaz Azizan meninggal dunia. Moga ayahanda damai di sana.

27 September - Mesyuarat Rabitah bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, JAKIM, Majlis Agama Islam negeri, Jabatan Agama Islam negeri dan Yayasan Islam negeri berkaitan Ujian Kelayakan Bahasa Arab (UKBA) di Bangunan IBEX, Petaling Jaya. Petang balik Kedah.

28 September - Hadiri majlis tahlil untuk ayahanda Tan Sri Ustaz Azizan kat Masjid Zahir, Alor Setar.

1 Oktober - Survey dewan untuk UKBA.

8 Oktober - Zaujah turun tanda, admit Wad Kenanga 4D, Hospital Sultanah Bahiyah.

11 Oktober - Kelahiran putera sulungku Muhammad Adam jam 3.50 petang di Wad Bersalin Hospital Sultanah Bahiyah. Indahnya hidup. Adam kena tahan di wad NICU sebab kuning sket.

13 Oktober - Zaujah discaj wad. Daftar kelahiran Adam kat JPN di HSB.

14 Oktober - Adam discaj wad.

15 Oktober - Hari Raya Aidiladha. Petang balik KL.

17 Oktober - Adam cukur rambut.

18 Oktober - Balik Kedah pulak.

25 Oktober - Teman Dato' Dr. Fakhrudin ngan Tuan Haji Ahmad Fazil melawat kilang CAB di Segambut, KL.

27 Oktober - Temuduga di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

2 November - Kenduri akad nikah Adik Muna (adik ipaq) di Padang Sera

3 November - Balik KL. Kenuri kahwin anak Dato' Wan Mohamad di Kg. Sungai Ramal, Kajang.

5 November - Awal Muharram 1435H. Balik Kedah pulak. Dok pi mai pi mai KL-Kedah.

6 November - Iring pelajar baru Kedah dari Aloq Setaq ke KLIA. Flight depa pi Mesir malam ni.

7 November - Sertai Konvensyen Pendakwah Negara 2013 di Hotel Grand Seasons, KL.

9 November - Jumpa Che Li ngan Ustaz Shahrun di Kem PLKN, Mantin, Negeri Sembilan.

10 November - Pi Port Dickson ngan Che Li dan Ustaz Shahrun.

16 November - Ziarah Kak CT (kak ipaq) di KMC.

19 dan 20 November - Sertai Simposium Serantau: Ahli Sunnah Wal Jamaah 2013 di Dewan Seri Saujana, UNITEN, Kajang.

22 November - Majlis akad nikah Irsyad-Syabinar kat Masjid Alor Semela.

23 November - Kenuri kahwin Syabinar kat Jalan Datuk Kumbar.

24 November - Kenuri kahwin Irsyad kat Jabi.

27 November - Majlis makan malam meraikan delegasi Forsimas di Restoran Al-Rawsha, KL.

29 November - Hari terakhir bertugas di Rabitah. Rabitah anjur program lawatan "Sehari di Putrajaya".

30 November - Kenuri kahwin Ibtisam-Bang Man Hajar kat Langgar.

1 Disember - Lapor diri bertugas sebagai Pegawai Sumber Bahagian Pendidikan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

10 Disember - Ziarah Bang Ya kat Paya Pahlawan, Jitra. Pi ngan Syeikh Fadhil.

16 Disember - Check-up Adam kat Hospital Sultanah Bahiyah.

18 Disember - Majlis menandatangani MoU SABK kat Wisma Darul Aman, Alor Setar.

19 Disember - Sesi taklimat pendaftaran SABK oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di JHEAIK.

21 Disember - Kenuri kahwin Syahid-Wan Nasyitoh ngan Tarmizi-Husna kat Kg. Sungai Limau, Baling.

22 Disember - Kenuri kahwin Syazwan-Yusniza kat Bukit Payong, Pokok Sena.

24 Disember - Kenuri kahwin Bang Man Hajar-Ibtisam kat Pondok Pak Ya.

25 Disember - Dato' Wan Mohamad ziarah di rumah Jalan Kola. Malam Dato' Dr. Fakhrudin pulak mai ziarah.

26 Disember - Majlis Hi-Tea Geng Mesir di Paya Pahlawan, Jitra. Meriah.

27 Disember - Abah follow-up KMC.

28 Disember - Abah kena tahan wad di KMC, pagi tadi rebah dalam bilik. Moga cepat sembuh.

31 Disember - Abah discaj KMC, alhamdulillah.

Ni la catatan sepanjang tahun yang aku ingat pon. Lama-lama sekali update blog. Nah ambik, rangkum satu tahun dalam satu entry.

2014, tahun baru harapan baru. Mudah-mudahan.
Budak-budak masuk sekolah
Hari ni sekolah-sekolah kat Kedah dah mula bukak, depan pintu pagaq sekolah penuh ngan keta, motor, budak-budak sekolah dengan waris-waris sekali. Teringat plak zaman sekolah dulu...

Hari pertama bukak sekolah memang hari yang sibuk, tak kira pelajar ka, cikgu ka, tambah-tambah waris, mesti ramai yang ambik cuti pasai nak antaq anak masuk sekolah.

Budak-budak sibuk dengan nak cari kelaih, seronok leh jumpak kawan yang sebulan lebih tak jumpak. Bila dah jumpak kelaih, mula nak kena sapu sampah, kemaih apa yang patut, susun meja, tu tak kira yang silap kelaih lagi! Kalau sekolah rendah lagi syok, mesti jumpa budak-budak darjah 1 yang teriak takut mak ayah tinggai, yang excited nak belajaq pun ada.

Dah la dulu takat tu, ada gheja nak buat ni... :P

Via Blogger for iOS
Testing antaq entri guna app Blogger for iOS :)

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters