Showing posts with label Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Show all posts
Showing posts with label Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Show all posts
Return to Cairo: DAM-CAI MS722
Pagi ni kemaih-kemaih beg, nak bertolak ke epot koi 12.30 tengah hari japgi. Petang ni flight balik ke Kaherah dijangka terbang koi 4.05 petang.

11.30 pagi - Makan tengah hari dengan lauk yang sama buat kali terakhir kat kafe hotel. Pada tui hotel ni.

[Menu cam biasa]

12.45 tengah hari - Wak beg turun bawah, kumpul kat lobi. Urusan check-out. Bas ke epot dah ada dah kat luaq tu, sekali ngan bas peserta Jordan, depa pun balik Jordan tengah hari ni gak. Bas untuk geng Syria balik ja tak mai lagi.

[Dengan Qayyim, YDP MPKJ]

[Ngan Tuan Haji Harun INSPIN]

[Tak lokek dengan nasihat dan amanat]

[Azfar YDP KKDS, aku dan Faiz SU KKDS]

[Delegasi]

1.00 tengah hari - Punggah beg masuk dalam perut bas. Ada yang tak celuih, kena wak naik dalam bas sama. Pastu ambik gambaq ramai-ramai sebelum salam-salam.

["Zohdi beli apa plak dah ni..." - Dato' Ti Long]

[Abah beli bola dari Syria]

[Bergambaq sebelum berpisah]

[Babai]

1.12 tengah hari - Bas bergerak menuju ke epot Damascus. Dreba ni kata jarak epot ngan hotel ni jauh, dok ada 45 minit perjalanan, tu pun kena ikut ring road, kalau dak jem tengah pekan. Azfar ngan Faiz ikut sekali.

[Bas luas]

[Terus ke epot]

1.53 tengah hari - Bas ni selamat sampai kat Lapangan Terbang Antarabangsa Damascus. Memang dekat 45 minit sungguh. Kami bergerak ke Terminal 1.

[Sampai dah]

[Terminal 1]

2.12 petang - Kena beratuq untuk masuk dalam. Nak masuk check-in pun kena beratuq, heran tui sistem depa ni. Kalau kat Cairo tu senang ja, tak macam ni. Salam sesiap ngan Azfar ngan Faiz, pasai dan masuk satgi, pakai tak leh keluaq dah. Terima kasih atas segala bantuan yang diberi.

2.24 petang - Dah lepas dah beratuq untuk nak masuk check-in (baru nak masuk ja ni, bukan check-in lagi). Masuk dalam tu, kena beratuq pulak untuk scan barang.

2.30 petang - Selesai scan barang. Pastu aku ngan Abah ke kaunter 11, kaunter untuk check-in flight ke Cairo, seriau kot lambat pasai flight kami koi 4.05 petang satgi, tak sampai dua jam dah. Beg kami dua berat 37.1kg. Dapat boarding pass, seat 38B gak, cam aritu.

[Check-in kat kaunter 11]

[37.1kg]

[38B lagi]

2.50 petang - Tolong geng delegasi untuk urusan check-in depa. Ada yang naik First Class, ada yang naik kelas biasa. Dato' Ti Long cam biasa la, awai-awai lagi dah hilang, cepat sungguh, tak dan aku nak salam ngan Dato' Ti Long.

[Kaunter check-in untuk First Class]

Waktu kami dok beratuq nak masuk tadi, ada terserempak dengan sorang minah Indon, tengok kat beg dia ada tuleh "Niti", nama dia kot. Awai tu kami dok tanya dia, dia tak berapa nak jawab, malu ka takut ka tak tau la. Dia ni sebenaqnya nak naik flight ke Abu Dhabi untuk balik Jakarta, rupa-rupanya dia dah terlewat, tak leh nak check-in dah, kaunter dah tutup. Kesian kat dia. Flight dia koi 3.40 petang, dia sampai epot dah koi 2.30 petang, memang tak sempat la. Pastu Abah call Kedutaan Indonesia di Syria, untuk panggil mai ambik kawan ni balik. Minah ni tak pandai cakap Arab, duit pun tak dak. Simpati tui kat dia. Tapi apa buleh buat, kami pun bantu takat termampu dah. Geng rombongan pun ada yang sedekah duit kat dia. Minah Indon ni punya takut sampai teriak-teriak, sedih tengok dia. Kami pun dah kesuntukan masa, nak kena masuk cop pasport pulak, satgi takut tak dan. Tak tau la apa jadi kat minah tu, harap-harap dia selamat.

3.20 petang - Beratuq untuk cop pasport. Pasport aku dicop koi 3.30 petang.

[Macam anak patung]

[Dato' Ti Long dah 'hilang' awai lagi]

3.30 petang - Pas selesai urusan, jalan pi depan sket, terus jumpak Gate 2, pintu masuk untuk flight ke Cairo. Kat sini la aku ngan Abah berpisah ngan delegasi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, nomot gate depa tak dimaklumkan lagi. Bergambaq buat kali terakhir kat sini, pastu salam-salam.

[Signboard dia macam signboard KLIA kan?]

[Boarding board]

[Semua dah selesai cop pasport]

[Gambaq terakhir]

3.47 petang - Nak masuk kapai pun kena beratuq lagi.

3.50 petang - Sampai kat shuttle bus. Kena naik bas ni untuk ke pesawat.

3.56 petang - Bas ni berenti kat pesawat EgyptAir MS722. Tak macam selalu, kali ni kena ragaih tangga untuk masuk flight, best la leh ambik gambaq kapai.

[Flight Qatar]

[Shuttle bus]

[Flight Emirates]

[Flight Syria, Emirates ngan Saudi Arabia]

[Epot Damascus]

[Depan kapai]

[Kipaih kapai]

[Kapai ni kecik ja]

4.03 petang - Masuk kapai, kena jalan pi belakang sket, seat 38B ni kat bahagian belakang.

4.30 petang - Kapai ni selamat terbang, delay setengah jam.

5.55 petang - Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Walaupun delay setengah jam, tapi pilot dia pederaih kot, sampai betui-betui time dia.

6.30 malam - Selesai urusan cop pasport.

6.37 malam - Kutip beg kat belt B, pastu teruih bergerak ke Avanza yang dok tunggu di luaq. Farahi ngan Jidin yang mai sambut. Tunggu Abah semayang Maghrib sat, pastu terus balik ke asrama.
Program Bina Insan II: Hari Kedua
7.30 pagi - Slot Pertama bertajuk Wawasan Kedah Sejahtera, Nikmat untuk Semua dibentangkan oleh Tuan Haji Mat Noh bin Ahmad, Pegawai Daerah Sik.

9.30 pagi – Slot Kedua oleh Dato’ Syeikh Uzir Baharom, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah bertajuk Pemantapan Ilmu ke Arah Sahsiah Diri yang Cemerlang sampai koi 11.30 pagi.

["'Bercambah' tu apadia? Habaq la 'banyak'!"
- Dato' Syeikh Uzir]

[Jo selaku pengerusi slot]

Pastu majlis berhenti rehat untuk makan tengah hari. Tak yah dok habaq la pasai menu tu, memang menu yang sama gak.

1.15 tengah hari – Slot Ketiga oleh Dato’ Haji Khazali Haji Din a.k.a. Dato’ Ti Long, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bertajuk Menjana Kecemerlangan!: Imaginasi vs. Realiti. Slot ni tamat koi 2.45 petang.

[Datuk Bandar MBAS]

["Benda yang saya bagitau ni jangan tuleh,
tapi ingat dalam kepala" - Dato' Ti Long]


3.00 petang – Slot Keempat bertajuk Ketrampilan Diri dan Profesionalisme oleh Dato’ Andika Raja Dato’ Wira Haji Mohd Zin bin Osman, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Kedah. Slot tamat 4.30 petang.

[Dato' Andika Raja]

["Ada yang kita tanya bila keja nanti sapa
nak bayaq gaji, pun tak tau nak jawab..." - Dato' Andika]


[Pengerusi slot]

Pas semayang, semua pakat berkumpul untuk berbengkel.

[Perbincangan bengkel]

7.15 malam – Dinner time, waktu tu baru rasa menu baru sket. Ada daging masak lada hitam. Buleh la tukaq selera sket. Di samping tu, ada sup cendawan.

[Boring]

[Berselera la sket menu malam ni]

8.30 malam – Pembentangan bengkel sampai koi 11.00 malam.

[Sesi pembentangan]

[Mendengar pembentangan dari belakang]

[Persiapan terakhir]

11.00 malam - Dato' Ti Long bagi ulasan mengenai kedua-dua bengkel hari ni ngan semalam.

["Buat pa nak buat Mahatma Ghandi jadi idola?
Bukan segak pun!" - Dato' Ti Long]


11.28 malam - Ulasan oleh Tuan Haji Bukhari Abdullah.

[Ulasan oleh GM INSPIN]

11.37 malam - Ulasan oleh Tuan Haji Mohd Zohdi Haji Saad.

[Ulasan oleh GM YINK]

11.45 malam - Upacara penyampaian sijil penyertaan oleh Dato' Ti Long kepada semua peserta.

[Sijil penyertaan kepada SU KKDS]

[Sijil penyertaan kepada YDP KKDS]

[Sijil penyertaan kepada YDP MPKJ]

Ada peserta yang tak dapat sijil pasai ada berlaku pertukaran peserta di saat-saat akhir, pasni INSPIN buat sijil lain kat depa. Yang mana tak dapat sijil, pakat tuleh nama atas kertas kat meja urusetia.

["Tuleh nama ngan nombor kad pengenalan
bagi betui" - Tuan Haji Harun]


12.00 tengah malam - Sebahagian ahli rombongan bergambaq ngan peserta.

[Peserta laki-laki]

[Peserta pompuan]

[Budak Maahad]

[Dengan Pengurus 4 Seasons Resort]

12.30 tengah malam - Balik ke bilik, tidoq!
  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters