Salam 1Malaysia
[Salam Kemerdekaan yang ke-52!]

Ada orang kata, dulu ni kita bagi salam sebut "assalamualaikum". La ni kalau bukak berita pun, depa rajin dok sebut Salam 1Malaysia. Dulu leh gak jawab salam, yang la ni nak jawab camna? Hehe sekadar selingan. Pakat-pakat jawab seniri nak jawab camna...
Shoppin
Tengah hari ni keluaq ngan Kak Lynn, Nazrin ngan Shathir, pi jalan-jalan kot Kedah Shopping Centre, aku drive keta abah. Lama dah tak bawak. Kat Kedah SC tu Kak Lynn beli barang baby dia. Aku ada gak beli baju sehelai, tngok lawa ja, dah la baru ambik duit, huhu. Pas Kedah SC tu tak singgah makan pun... (posa la!), terus pi Alor Star Mall (Pacific) kat Tandop koi 4.00 petang.

Kat situ jumpak Along Azmina (adik angkat kak aku), dia nak bagi hadiah apa ntah kak aku menang masuk kuiz Felda, dapat kemeja-t sehelai. Kat Pacific tu teringin nak beli Saidina (hangpa tau kan benda apa?), lama dah tak main, gian. Tapi awat yang mahai sangat? Tak kan sampai RM40 kot? Isk isk tak padan aih nak beli. Tengok saja ja la.

Pastu anak menakan nak main game racing plak dah, pi tunggu dia kat tempat game tu la. Nazrin kecik ni pun nak main gak? Emm, tak payah la...

[Eh eh adik, kena beli token dulu dik]

Balik rumah koi 5.00 lebih dah, abah nak keluaq pi beli lauk pulak ni. K, chow!
Ziarah Bang Ya
Lepas semayang Jumaat kat Masjid Telok Kechai, aku ngan abah bertolak pi Mentaloon, nak pi ziarah Bang Ya ngan Kak Mah. Waktu aku sampai tu Bang Ya tak sampai balik dari masjid lagi, iktikaf kot. Dok 15 minit pastu baru Bang Ya balik. Saja pi ja, ada nak bincang sket. Hujan gak tengah hari tu. Dok sana sampai 3.45 petang, pastu balik umah. Tu jer.
Labels: 0 comments | edit post
Hepi besday!
Selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke-37 buat Kak Atie (kak sulung). Hepi besday gak kat Kak Long Hanis (anak menakan) kali yang ke-16 yang disambut 24 Ogos lepas.

[2004 - Gambar famili waktu aku nak pi Mesir dulu.
Kak Atie yang baju merah tudung putih, Hanis pulak
yang tudung kuning kat depan]
Labels: 0 comments | edit post
Bukak posa di Ayaq Hitam
Petang ni nak pi bukak posa kat Ayaq Hitam, umah Abang Jamal. Aku bertolak pi sana koi 6.00 petang, sampai koi 6.30 petang. Malam ni tidoq kat cni.

[Dia ni makan apa? Ada kesan kat mulut]

* Hari ni tarikh pengundian pilihan raya kecil N11 Permatang Pasir, pilihan raya kecil ke-8 tahun ni! Kerusi ni berpihak kepada PAS. Mabruk.
Ramadhan dan balik kampung
{1 Ramadhan 1430 H}

Hari ni hari pertama posa, hari ni gak nak balik Kedah ngan Kak Lynn. Awal tu cadang nak balik awal pagi, tapi ada problem sket, akhirnya petang baru bertolak. Sian kat mama ngan abah buka posa berdua ja. Koi 5.15 petang baru bertolak, malam satgi la nak sampai ni ceghita dia.

Singgah bukak posa kat perhentian Bukit Gantang, beli roti ja. Sampai kat Aloq Setaq lebih kurang koi 10.00 lebih. Balik buat terawih kat umah ja, musafir arini. Sebelum sampai umah tu, singgah makan nasi kandaq kat Mergong, dekat Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman. Beli lauk sesiap la untuk soq satgi. Sampai kat Telok Chengai koi 11 dah.

[Haha tomei!]

[Macam pharaoh ja ni?]

Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak!
Selamat ulang tahun perkahwinan
Hari ni ulang tahun perkahwinan Abang Firdaus ngan Kak CT Hajar, setahun dah depa kawin. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama!

[18 Ogos 2008 - Kenduri kawin tanpa kehadiranku]
Labels: 0 comments | edit post
Lost World of Tambun
Pagi ni dah bersiap awal, Kak Lynn nak ajak pi Lost World of Tambun kat Tambun. Tempat ni merupakan taman tema air kat Perak. Sunway yang kelola tempat ni.

Kami sampai kat sana koi 10.00 pagi. Pi naik Honda Accord Abang Jamal. Sebelum tu singgah sarapan kat gerai, makan mee rebus (pagi-pagi ni?). Sedap...

[Tak sabaq nak mandi dah ka? Ni Wuzir Jamal, anak menakan aku]

[Shathir Jamal ngan Kak Lynn. Haha lawak!]

Lost World of Tambun ni nak masuk kena bayaq duit tiket, pastu dia akan bagi satu gelang tangan kertas sorang satu, kena pakai sentiasa bila dok dalam tu, kira tiket la ni. Budak-budak yang tinggi tak sampai 90 cm tak gaduh bayaq duit, tapi dapat gelang tadi gak la.

[Signboard tempat ni]

[Depan pintu masuk LWoT]

[Beli tiket dulu]

[Adik mai ukur tinggi kat sini dik]

[Tag tangan yang dimaksudkan]

Masuk-masuk tu tak mandi terus, jalan-jalan keliling dulu, tengok ada apa. Aku nak 'kapal lanun' besaq ni dengan Syafiq (anak menakan), tengok cam takut ja, tapi tak dak apa pun. Haha. Tapi ada gak gu dok jerit kuat, rimaih rimaih. Tepi tu sket ada buaian pusing, yang ni best gak la, dia hayun sampai tinggi. Hehe.

[Nampak cam takut ka?]

[Lorr, dan dok bancuh susu lagi?]

[Map of the site]

Pastu jalan sket lagi jumpak kandang 3 ekor harimau, sekor tu harimau putih. Harimau putih ni yang berlakon filem Waris Jari Hantu, hangpa perasan dak? Huhu tak pa la, buat tak gheti dah la.

[Tak gheja ka?]

[Lorr, orang tak bagi mandi ka?]

Lepas pusing-pusing tu, teruih mandi la. Banyak gak lokasi untuk membasahkan diri tu, ada kolam luas utama, kolam ayaq panaih (panaih sungguh!), lungsur tube, kolam pusing berombak (best), kolam kanak-kanak, banyak la tarikan dia.

[Kolam pusing, luas gak tera nak pusing abih]

[Kolam mandi utama]

[Letih ka? Baru main sat ja]

Jenuh la nak ceghita semua, mai seniri la mudah (mudah?). Kami keluaq balik koi 3.30 petang. Kak Lynn balik awal sket tadi, sebab ada eksiden sket, sian kat dia.
Trip to Ipoh, Perak
Kemarin dah beli tiket bas untuk ke Ipoh, saja je beli sesiap, alang-alang dah lalu kot Shahab Perdana kemarin. Nak bertolak ke sana petang ni, koi 3.30 petang dengan bas Transnasional.

Sebelum nak pi tu, saja pusing-pusing Aloq Setaq jap. Beli komik Detektif Conan, habuan nak baca atas bas. Gi City Points, Billions ada wat sale sebab diorang nak perabih stok, barang murah-murah la waktu tu. Tapi tak beli apa pun.

Pastu singgah jap kat Pusat Dakwah sebab kat situ Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) buat taklimat untuk pelajar yang nak ke Mesir dan Jordan tajaan depa. Tuan Haji Zohdi ngan Abah pun ada sekali. Makan tengah hari kat situ. Ada nak serah surat sket kat Bang Zul Hasan. Ada berita gembira untuk aku arini, alhamdulillah. (Confidential)

Balik bersiap beg nak pi Ipoh, rumah Kak Lynn, nak gi dok sana seminggu, jalan-jalan kot sana pulak sambil-sambil rehat n release tension. Keluaq umah koi 2.45 petang, bas satgi koi 3.30 petang, takut tak dan. Pi ngan motor ja pasai beg kecik ja. Ayah aku tlong antaq kat Shahab.

Bas bertolak tepat jam 3.30 petang, ramai orang pakai topeng arini. Aku ni pun batuk gak sket-sket, seriau gak, tapi doktor kata batuk biasa ja.

Dipendekkan ceghita, aku sampai kat Hentian Medan Gopeng koi 7.15 malam, lapaq plak, beli pau ayam kat situ tapi... tak sedap. Huhu. Abang Firdaus (abang aku) tunggu kat situ, dia pi naik motor. Pastu pederaih pi umah dia, semayang Maghrib kat situ. Pastu keluaq pi pasar malam, jumpak Kak Lynn ngan Abang Jamal (abang ipaq) kat situ, beli barang-barang nak masak esok. Pastu singgah makan kat kedai Tom Yam Rini kat Jalan Tanjung Rambutan. Malam ni aku tidoq kat Taman Kinta Jaya, rumah Kak Lynn.

[Kak Lynn ngan Nazrin kat kedai tom yam]

[Ni la rupa plaque ngan jam tangan yang nak dihadiahkan
kat pensyarah Al-Azhar di Cairo 18 Ogos nanti. Aku tak sempat tengok
pun hadiah ni, pasai baru siap petang td] Kredit: Cik Li

*Hari ni Malaysia dikejutkan dengan pemergian Ustaz Asri Rabbani ke rahmatillah. Semoga roh almarhum dicucuri rahmat-Nya. Al-Fatihah.
Mesyuarat di YINK
Hari ni ada Mesyuarat Kursus Kepimpinan di Timur Tengah yang akan dikelola oleh Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN). Mesyuarat dijadualkan mula jam 10.00 pagi.

Sebelum mesyuarat mula, pekena nasi lemak ngan teh o panas dulu, ada kuih sket.

[Dok habaq apa tu?]

Antara ahli mesyuarat pagi tu ialah:
  1. Tuan Haji Mohd Zohdi selaku Pengerusi
  2. Tuan Haji Bukhari Abdullah (Pengurus Besar INSPIN)
  3. Tuan Haji Harun Mat Isa (Pengurus Bahagian Integriti INSPIN)
  4. Bang Zul Hasan YINK (Pengurus Pendidikan dan Dakwah, Bahagian Operasi YINK)
  5. En. Zulkifli Daud (Pengurus Kewangan YINK)
  6. Syeikh Yusoff (Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir)
  7. Abang Fakhrul Razi Mihat (Eksekutif Operasi, Bahagian Pentadbiran dan Korporat YINK)
  8. Ustaz Aidil
  9. Muslim
  10. Aku
Kami bertiga dijemput secara tak langsung untuk hadir.

[Perbincangan]

Kursus tu dicadangkan untuk dibuat pada Februari 2010, lepas periksa kat Mesir. Beberapa hari lepas kursus di Cairo, kursus ni akan diteruskan di Damascus, Syria pulak. Kursus ni kesinambungan daripada Kursus Kepimpinan Mahasiswa Timur Tengah yang buat di Cairo November tahun lepas.

[Yang ni Muslim yang capture]

Pas habis mesorat, aku ada buat kerja sket, bantu Abah nak present kertas kerja ngan surat kat GM. Petang baru balik. (Cuti tanpa gaji pun kena buat kerja? Dahsyat. Hehe)

Sebelum balik tu singgah kat Shahab Perdana beli tiket bas untuk esok pastu pi Bangunan Wan Mat Saman jap, nak pi jumpak Dato' Khairudin ngan Syeikh Ismi, ada maklumat terbaru pasal urusan budak baru nak ke Mesir dan Jordan. Then terus balik rumah.
Pejabat YAB Menteri Besar
Agenda besaq arini nak pi ke Wisma Darul Aman, nak ke Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman.

[Pintu masuk Wisma Darul Aman]

"Nta nak jumpak MB dak? Kalau nta nak jumpak, nta mai ikut abah", kata Abah (Syeikh Yusoff) waktu aku call dia. Tak sangka nak dapat peluang camni! Abah baru sampai dari Cairo kemarin (10 Ogos), dia balik atas urusan kerja rasmi.

Sebelum pi Wisma Darul Aman, aku pi Zapple Print dulu. Kena pi pilih model plaque lain, sebab depa kata kalau model yang tempah kemarin lambat sket nak dapat. Pastu aku pi umah Ustaz Aidil sat, pi tengok model jam yang nak buat hadiah kat pensyarah Al-Azhar. Pastu baru ke Wisma.

Aku sampai kat Wisma Darul Aman koi 4.15 petang. Tempat parking awam dia sunyi ja, orang pakat nak keluar kerja dah, sapa nak melawat lagi dah. Abah sampai beberapa minit pas tu dengan Perodua Kancil.

[Antara pejabat-pejabat yang ditempatkan di sini]

Petang tu YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Negeri Kedah ada meeting dengan board Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK). Lama gak dia mesorat tu. Kami kena tunggu 2 jam lebih tera nak leh ngadap YAB MB.

Lepas park kereta kat ruang parking, aku ngan Abah terus naik lif ke Tingkat 6. Tingkat 6 ni menempatkan Pejabat YAB Menteri Besar, Bilik Mesyuarat YAB Menteri Besar, Bilik Sidang Akhbar, Dewan Jamuan dan Bilik Gerakan Negeri.

Kami tunggu dalam ruang legar yang dikhaskan untuk para pengunjung, kiranya ruang menunggu la nak senang cakap. Kat tepi tu ada Bilik Gerakan Negeri, luas betul bilik tu, bilik tu digunakan untuk mesyuarat yang memerlukan kepada ramai ahli mesyuarat, rupa dia sama cam Dewan Undangan Negeri (DUN).

[Ruang legar untuk menunggu]

[Bilik Gerakan Negeri]

Pastu kami berpindah ke Dewan Jamuan kat Tingkat 6, kat situ jumpak dengan Tuan Syeikh Zainol Jamal, Pegawai Khas (Agama) kepada YAB Menteri Besar. Tuan Syeikh ni graduan Al-Azhar gak, muda lagi ni. Sambil dok jamu ayaq teh ngan kuih, aku melilau pi tangkap gambaq buat kenangan.

Koi 5.15 petang, kami lalu kot Bilik Sidang Akhbar. Kat situ ada cameraman cina dok tunggu nak tangkap gambaq MB. Ada layer background lawa dalam tu, kaler oren. Lambat lagi la jawabnya tera nak buleh tangkap. Mesorat pun lama lagi ni.

[Bilik Sidang Akhbar]

[Ni la background yang dimaksudkan]

Lepas tu kami terserempak dengan En. Mohd Helmi Mohd Khalid, Setiausaha Akhbar kepada YAB MB. Bab urusan ngan press ni serah kat dia la.

[Dari kiri: En. Helmi Setiausaha Akhbar,
Tuan Syeikh Zainol Jamal dan Syeikh Yusoff]

Koi 5.30 petang, kami dijemput menunggu dalam bilik menunggu di sebelah Pejabat YAB MB. Kat situ buleh jumpak dengan En. Helmi Yahya, Setiausaha Sulit kepada YAB MB. Ada jugak kat situ En. Zulkapli Othman selaku Ketua Pembantu Tadbir di Pejabat YAB MB. Kami ambik kesempatan menunggu tu untuk semayang asaq kat surau.

[Signboard Pejabat YAB Menteri Besar]

[Meja Setiausaha Sulit kepada YAB MB]

Sebelum ni besa gak dengaq orang kata MB la ni mudah nak jumpak, pi pejabat dia ja mesti ada. Kalau MB sebelum ni payah nak leh tengok muka. Tak tau la betui ke dak. Cakap-cakap orang, besa la.

Tepat jam 6.30 petang, YAB MB melangkah keluar dari Bilik Mesyuarat YAB MB, nampak keletihan ja Dato' Seri. Kemudian nampak kelibat Tuan Haji Zohdi keluaq dari bilik mesyuarat yang sama. Beberapa minit lepas tu, kami dijemput masuk ke Pejabat YAB MB.

["Hang bila balik mai?", tanya YAB MB kat Abah]

Sebelum mula 'slot' dengan kami, YAB MB dok sign dokumen dulu, banyak gak tu. 5 minit pastu baru buleh bertutur dengan YAB MB.

[Semak dokumen sebelum tanda tangan]

"Ha apa ceghita budak-budak kita kat sana?", tanya YAB Dato' Seri Ustaz Azizan kat Abah.

"Semua ok ja Dato' Seri", jawab Abah secara ringkas.

["Apa ceghita budak-budak?"]

Pastu perbincangan berkisar mengenai Pengajian Intensif bersama Pensyarah Al-Azhar yang sedang berlangsung di Cairo sekarang ni.

["Plaque ni tak payah bagi la,
arab bukan minat pun, perabih duit..."]


"Hangpa cadang nak bagi hadiah apa kat depa?", tanya YAB MB lagi.

"Cadang tu nak tempah jam harga RM300", jawab Tuan Haji Zohdi.

"Ish beli la yang mahai sikit, cari la yang harga kot lerah RM1,000!", kata YAB MB.

Tu la antara perbincangan kami dengan YAB MB selain daripada hal ehwal pelajar Kedah di Mesir dan menyampaikan salam daripada pelajar-pelajar Kedah di sana.

YAB MB Kedah ni seorang yang peramah sebenarnya, rakyat pun mudah dekat dengan dia.

Koi 6.45 petang, YAB MB ada sesi fotografi kat Bilik Sidang Akhbar tadi. Segak bergaya dengan baju melayu warna hijau, aku rasa gambaq ni mesti nak pakai untuk poster rasmi apa-apa ni. 15 minit pastu YAB MB nak balik rumah dah. Mesti dia letih mesorat panjang arini.

[Senyuman seorang pemimpin]

[Sesi fotografi]

Pas habis tu, Abah belanja makan Char Kuey Teow kat gerai berhampiran.

Koi 10.00 malam, aku bertolak pi rumah Haji Kamal kat Kg. Burhan, ada kenuri kesyukuran untuk Syeikh Nuruddin sebab kelas pengajian Syeikh dekat Masjid Bukhary tamat hari ni. Kat rumah Haji Kamal ramai gak malam tu, ada sekali Ustaz Aminuddin, Bang Bed (Zubair), Tok Ayah, Ustaz Aidil, Pak Long Zainal Asri dan ramai lagi kalau nak sebut. Menu spesel malam tu ikan masam manis.

Tu la aktiviti aku hari ni. Satu pengalaman yang amat bermakna untuk aku. ~Salam
Plaque, jam, Mr. Manyalawi
Pagi ni pi Bank Simpanan Nasional (BSN) kat Taman Sultan Badlishah (TSB), pi bukak akaun, spare kot HSBC kemarin ni buat hal lagi kat Kaherah nanti.

Sekali lagi pi Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK), kali ni dengan Ustaz Aidil. Bincang pasal hadiah ngan cenderahati dengan Haji Zohdi. Dalam perbincangan tu diputuskan untuk buat cenderamata plaque kat doktor sorang satu, kemudian nak hadiahkan jam tangan sorang satu di samping saguhati wang ringgit (err sana pakai genih la). Ustaz Aidil ada sekali dalam perbincangan tu, dia in-charge bab jam tangan, aku kena urus bab plaque.

Pas bincang tu, aku pi Kompleks Peruda ngan Ustaz Aidil, pi tempah plaque kat Zapple Print. Depa kata leh siap hari Sabtu (15 Ogos) leh mai ambik. Kedai suruh buat LO dengan YINK.

Petang tu Bang Ya call, dia tanya aku nak jumpak Manyalawi dak. Manyalawi ni kontraktor Asrama Darul Aman Kaherah, kiranya antara kontraktor yang femes kat Mesir di kalangan warga Malaysia. Bang Ya kata kalau nak jumpak dia, buleh mai antaq di airport Kepala Batas, dia nak balik Mesir dah.

Mr. Manyalawi ni sampai Malaysia dekat seminggu dah, dia urusan di Negeri Sembilan, kemudian baru turun mai Kedah. Kat Kedah ni dia ada meeting dengan JKR, YB SFO (Pegawai Kewangan Negeri) dan last sekali ada meeting dan minum petang dengan YAB Menteri Besaq kat Hotel Regency. Dia ni tiap-tiap kali mai Malaysia mesti tak lepaskan peluang jumpak ngan MB. Kemaih.

Aku pederaih motor pi airport Kepala Batas lepas Maghrib, smpai sana koi 8.30 malam. Sempat gak jumpak dia, time tu dia dok tunggu waktu nak check-in dah. Budak-budak Kedah ni rapat ngan Mr. Manyalawi ni. Dia pun senyum ja, ada pasai la kot, mesti ada apa-apa berita gembira yang dapat dalam lawatan kerja kali ni. Maas salamah! Moga selamat sampai ke Cairo. Pastu aku terus balik rumah.

[Bang Ya ngan Mr. Manyalawi]

*Esok ni ada agenda besaq...
Kenduri kat Derga
Arini ada kenduri kawin kat Derga, kat Taman Derga Jaya. Kawan kami Jiman ngan Baishatun kat Cairo buat kenuri kawin arini, depa nikah di sana, balik wat kenuri kat sini. Antara geng yang buleh jumpak aritu Ustaz Aziz (balik Malaysia Julai aritu) dengan isteri dia, buleh jumpak gak Mat Kwang (Ikhwan), Mat Shahfarey, Faizal, Mad, Muslim, Farahi, Us. On, Us. Syakir.

[Pasangan pengantin. Merah no!]

Sebelum pi tu kami kumpul kat Pusat Dakwah, kat situ tayar motor pancit pulak dah, tumpang Farahi ja la pi kenuri. Balik satgi nak kena pikiaq pasai motor tu pulak.

Kenuri ni menu depa sedap gak, ada gulai batang pisang, sambal ayam, gulai daging, acar, daging masak hitam, pastu ada bubur kacang sebagai pencuci mulut. Ayaq besa la, sirap ais, bandung pun ada.

Pas balik kenuri, pi perbaik motor kat depan Peruda. Kemudian patah balik pi Pusat Dakwah jumpak Mat Kwang ngan Mat Shahfarey kat situ. Kat situ jumpak Lah Rashid, kawan sekelas kat Maahad dulu, dia baru pas interview PTD. Pastu depa pakat lajak pi rumah aku, saja ziarah, depa tak pernah mai lagi, singgah sat ja, pasai malam satgi nak pi Masjid Bukhary, ada pengajian Syeikh Nuruddin kat sana.

[Mat ngan Kwang]

[Mat ngan Lah Rashid]

[Letih ka?]

Sebelum Maghrib dah bertolak pi sana, lepas maghrib start kelas, rehat, pastu sambung sampai koi 10.15 malam. Pastu kami singgah makan kat kedai Mama kat Jalan Sultanah, sedap menu-menu dia.
Pi Yayasan Islam lagi
Pagi ni aku pi Hong Kong Shanghai Bank of Commerce (HSBC) ngan ayah aku, nak pi bukak akaun baru, akaun lama aku tu ada masalah sket. Kami buat urusan ngan En. Ahmad Ramiz. Pastu balik rumah.

[Ni la yang terjadi bila boring]

Pastu pi Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) sekali lagi, ada urusan nak kena bincang ngan Pengurus Besar, Tuan Haji Mohd Zohdi pasal nak sediakan cenderamata ngan hadiah kat pensyarah-pensyarah yang dok ngajaq di Asrama Darul Aman Kaherah sana nu. Untuk pengetahuan, start Jun 2009 aritu sampai 18 Ogos ni ada Pengajian Intensif Musim Panas bersama Pensyarah-pensyarah Universiti Al-Azhar. Dok ada 5 doktor tetap yang dok bagi kuliah tu. Seminggu dua kali, Sabtu sampai Rabu.

Aku pi ngan Muslim, dia nak pi tngok server Al-Muttaqin, kena adjust apa ntah. Sementara dia dok perosah yang tu, aku masuk jumpak Hj.Zohdi la. Sebelum tu terserempak ngan Rasydan, Zulhazwan, Zubair, Rushdi ngan Syamrie, depa ada perbincangan ngan Haji Zohdi gak. Depa masuk dulu, pastu baru turn aku pulak.

[Besaq kan server?]

[Ooo Haji Zohdi ada]

Muslim posa arini, hehe posa sunat. Aku awal-awal pagi tadi dah kedarah nasi lemak dah. Pas dia siap ngan urusan server tu, kami pi ke Maahad, jumpak ngan Bang Bad Hisham kat sana. Bang Bad ni senior kami, la ni dok ngajaq di Maahad. Dia belanja makan mee tom yam kat kantin, sedap oo. Sembang sat ja pasai dia nak balik rumah, sekolah abih lama dah, kami ja sampai terlewat sikit. Sian kat Bang Bad nak kena tunggu.

Pastu aku jumpak Esyad kat koperasi, dia dok niaga kat situ. Tak lama pastu, aku pi rumah Ustaz Aidil, satgi nak pi umah Bang Ya. Muslim balik umah dia dulu, satgi keluaq lain. Aku singgah semayang Asaq kat umah Ustaz Aidil. Pas tu terus pi rumah Bang Ya, pi jumpak Abg. Nadzman kat sana. Hehe makan murtabak, sedapp. Sian kat Muslim ngan Ustaz Aidil, dok telan ayaq liuq saja pasai posa.

Pastu Ustaz Aidil ajak bukak posa kat umah dia. Aku yang tak posa ni pun dijemput sekali, pi je la. Makan nasi ayam ngan ayaq milo ais kesukaan Muslim. Pastu semayang Maghrib, pastu balik umah. Malam-malam ni tak leh keluaq lama-lama.

[Juadah nasi ayam]
  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters