11
Aug 2009
Agenda besaq arini nak pi ke Wisma Darul Aman, nak ke Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman.
"Nta nak jumpak MB dak? Kalau nta nak jumpak, nta mai ikut abah", kata Abah (Syeikh Yusoff) waktu aku call dia. Tak sangka nak dapat peluang camni! Abah baru sampai dari Cairo kemarin (10 Ogos), dia balik atas urusan kerja rasmi.
Sebelum pi Wisma Darul Aman, aku pi Zapple Print dulu. Kena pi pilih model plaque lain, sebab depa kata kalau model yang tempah kemarin lambat sket nak dapat. Pastu aku pi umah Ustaz Aidil sat, pi tengok model jam yang nak buat hadiah kat pensyarah Al-Azhar. Pastu baru ke Wisma.
Aku sampai kat Wisma Darul Aman koi 4.15 petang. Tempat parking awam dia sunyi ja, orang pakat nak keluar kerja dah, sapa nak melawat lagi dah. Abah sampai beberapa minit pas tu dengan Perodua Kancil.

Petang tu YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Negeri Kedah ada meeting dengan board Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK). Lama gak dia mesorat tu. Kami kena tunggu 2 jam lebih tera nak leh ngadap YAB MB.
Lepas park kereta kat ruang parking, aku ngan Abah terus naik lif ke Tingkat 6. Tingkat 6 ni menempatkan Pejabat YAB Menteri Besar, Bilik Mesyuarat YAB Menteri Besar, Bilik Sidang Akhbar, Dewan Jamuan dan Bilik Gerakan Negeri.
Kami tunggu dalam ruang legar yang dikhaskan untuk para pengunjung, kiranya ruang menunggu la nak senang cakap. Kat tepi tu ada Bilik Gerakan Negeri, luas betul bilik tu, bilik tu digunakan untuk mesyuarat yang memerlukan kepada ramai ahli mesyuarat, rupa dia sama cam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pastu kami berpindah ke Dewan Jamuan kat Tingkat 6, kat situ jumpak dengan Tuan Syeikh Zainol Jamal, Pegawai Khas (Agama) kepada YAB Menteri Besar. Tuan Syeikh ni graduan Al-Azhar gak, muda lagi ni. Sambil dok jamu ayaq teh ngan kuih, aku melilau pi tangkap gambaq buat kenangan.
Koi 5.15 petang, kami lalu kot Bilik Sidang Akhbar. Kat situ ada cameraman cina dok tunggu nak tangkap gambaq MB. Ada layer background lawa dalam tu, kaler oren. Lambat lagi la jawabnya tera nak buleh tangkap. Mesorat pun lama lagi ni.
Lepas tu kami terserempak dengan En. Mohd Helmi Mohd Khalid, Setiausaha Akhbar kepada YAB MB. Bab urusan ngan press ni serah kat dia la.
Koi 5.30 petang, kami dijemput menunggu dalam bilik menunggu di sebelah Pejabat YAB MB. Kat situ buleh jumpak dengan En. Helmi Yahya, Setiausaha Sulit kepada YAB MB. Ada jugak kat situ En. Zulkapli Othman selaku Ketua Pembantu Tadbir di Pejabat YAB MB. Kami ambik kesempatan menunggu tu untuk semayang asaq kat surau.
Sebelum ni besa gak dengaq orang kata MB la ni mudah nak jumpak, pi pejabat dia ja mesti ada. Kalau MB sebelum ni payah nak leh tengok muka. Tak tau la betui ke dak. Cakap-cakap orang, besa la.
Tepat jam 6.30 petang, YAB MB melangkah keluar dari Bilik Mesyuarat YAB MB, nampak keletihan ja Dato' Seri. Kemudian nampak kelibat Tuan Haji Zohdi keluaq dari bilik mesyuarat yang sama. Beberapa minit lepas tu, kami dijemput masuk ke Pejabat YAB MB.
Sebelum mula 'slot' dengan kami, YAB MB dok sign dokumen dulu, banyak gak tu. 5 minit pastu baru buleh bertutur dengan YAB MB.
"Ha apa ceghita budak-budak kita kat sana?", tanya YAB Dato' Seri Ustaz Azizan kat Abah.
"Semua ok ja Dato' Seri", jawab Abah secara ringkas.
Pastu perbincangan berkisar mengenai Pengajian Intensif bersama Pensyarah Al-Azhar yang sedang berlangsung di Cairo sekarang ni.
"Hangpa cadang nak bagi hadiah apa kat depa?", tanya YAB MB lagi.
"Cadang tu nak tempah jam harga RM300", jawab Tuan Haji Zohdi.
"Ish beli la yang mahai sikit, cari la yang harga kot lerah RM1,000!", kata YAB MB.
Tu la antara perbincangan kami dengan YAB MB selain daripada hal ehwal pelajar Kedah di Mesir dan menyampaikan salam daripada pelajar-pelajar Kedah di sana.
YAB MB Kedah ni seorang yang peramah sebenarnya, rakyat pun mudah dekat dengan dia.
Koi 6.45 petang, YAB MB ada sesi fotografi kat Bilik Sidang Akhbar tadi. Segak bergaya dengan baju melayu warna hijau, aku rasa gambaq ni mesti nak pakai untuk poster rasmi apa-apa ni. 15 minit pastu YAB MB nak balik rumah dah. Mesti dia letih mesorat panjang arini.
Pas habis tu, Abah belanja makan Char Kuey Teow kat gerai berhampiran.
Koi 10.00 malam, aku bertolak pi rumah Haji Kamal kat Kg. Burhan, ada kenuri kesyukuran untuk Syeikh Nuruddin sebab kelas pengajian Syeikh dekat Masjid Bukhary tamat hari ni. Kat rumah Haji Kamal ramai gak malam tu, ada sekali Ustaz Aminuddin, Bang Bed (Zubair), Tok Ayah, Ustaz Aidil, Pak Long Zainal Asri dan ramai lagi kalau nak sebut. Menu spesel malam tu ikan masam manis.
Tu la aktiviti aku hari ni. Satu pengalaman yang amat bermakna untuk aku. ~Salam

[Antara pejabat-pejabat yang ditempatkan di sini]

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rupa-rupanya gambaq YAB MB yang cina ni ambik la yg dok menghiasi papan-papan iklan kat tepi-tepi jalan la ni