Plaque, jam, Mr. Manyalawi
Pagi ni pi Bank Simpanan Nasional (BSN) kat Taman Sultan Badlishah (TSB), pi bukak akaun, spare kot HSBC kemarin ni buat hal lagi kat Kaherah nanti.

Sekali lagi pi Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK), kali ni dengan Ustaz Aidil. Bincang pasal hadiah ngan cenderahati dengan Haji Zohdi. Dalam perbincangan tu diputuskan untuk buat cenderamata plaque kat doktor sorang satu, kemudian nak hadiahkan jam tangan sorang satu di samping saguhati wang ringgit (err sana pakai genih la). Ustaz Aidil ada sekali dalam perbincangan tu, dia in-charge bab jam tangan, aku kena urus bab plaque.

Pas bincang tu, aku pi Kompleks Peruda ngan Ustaz Aidil, pi tempah plaque kat Zapple Print. Depa kata leh siap hari Sabtu (15 Ogos) leh mai ambik. Kedai suruh buat LO dengan YINK.

Petang tu Bang Ya call, dia tanya aku nak jumpak Manyalawi dak. Manyalawi ni kontraktor Asrama Darul Aman Kaherah, kiranya antara kontraktor yang femes kat Mesir di kalangan warga Malaysia. Bang Ya kata kalau nak jumpak dia, buleh mai antaq di airport Kepala Batas, dia nak balik Mesir dah.

Mr. Manyalawi ni sampai Malaysia dekat seminggu dah, dia urusan di Negeri Sembilan, kemudian baru turun mai Kedah. Kat Kedah ni dia ada meeting dengan JKR, YB SFO (Pegawai Kewangan Negeri) dan last sekali ada meeting dan minum petang dengan YAB Menteri Besaq kat Hotel Regency. Dia ni tiap-tiap kali mai Malaysia mesti tak lepaskan peluang jumpak ngan MB. Kemaih.

Aku pederaih motor pi airport Kepala Batas lepas Maghrib, smpai sana koi 8.30 malam. Sempat gak jumpak dia, time tu dia dok tunggu waktu nak check-in dah. Budak-budak Kedah ni rapat ngan Mr. Manyalawi ni. Dia pun senyum ja, ada pasai la kot, mesti ada apa-apa berita gembira yang dapat dalam lawatan kerja kali ni. Maas salamah! Moga selamat sampai ke Cairo. Pastu aku terus balik rumah.

[Bang Ya ngan Mr. Manyalawi]

*Esok ni ada agenda besaq...
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters