Showing posts with label YTM Tunku Bendahara Kedah. Show all posts
Showing posts with label YTM Tunku Bendahara Kedah. Show all posts
Aku, Farahi Fadhil, Fahmi Yahya ngan Fakrol bertolak pi Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) koi 6.00 malam, pas Maghrib. Majlis Ramah Mesra Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Annuar Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah Darul Aman dan Yang Amat Berbahagia Dato' Hajjah Nor Suzana binti Abdullah, Toh Puan Bendahara Kedah Darul Aman bersama rakyat negeri Kedah Darul Aman dijadualkan bermula koi 7.00 malam. Kami sampai kat DMAK koi 6.40 malam.
[Backdrop]Tetamu VIP dan YTM Tunku Bendahara serta YABhg. Toh Puan Bendahara tiba di DMAK sekitar koi 7.10 malam. Majlis mengambil tempat koi 7.15 malam dengan dipengerusikan oleh Ustaz Harun Mat Zain, Warden DMAK. Hadirin yang ada dalam dewan malam ni dianggarkan mencecah 350 orang.

[Tetamu VVIP]Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran, kemudian ucapan aluan oleh Syeikh Yusoff Haji Ahmad a.k.a. Abah. YTM Tunku Bendahara berkenan mencemar duli menyampaikan titah ucapan jam 7.35 malam.
Majlis tamat koi 7.50 malam. Encik Saiful Annuar Mohamad, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) mengiringi YTM Tunku Bendahara, YABhg. Toh Puan Bendahara dan tetamu VVIP ke majlis santapan di kafe DMAK. Tetamu VVIP dihidangkan dengan makanan Arab antaranya kabab, kuftah dan merpati sumbat (hamam masywi).
Sesudah selesai majlis santapan, YTM Tunku Bendahara dan YABhg. Toh Puan Bendahara berkenan mencemar duli bagi menandatangani buku pelawat DMAK seterusnya bergambar kenangan bersama kakitangan KBMK dan pimpinan persatuan serta pelajar.
[YTM Tunku Bendahara, YABhg. Toh Puan Bendahara,YM Tunku Harunnarasheed Putra dan
Pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah
serta Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah]
[YTM Tunku Bendahara, YABhg. Toh Puan Bendahara,YM Tunku Harunnarasheed Putra dan
barisan pimpinan MKKK dan pelajar]
Koi 8.30 malam, YTM Tunku Bendahara dan YABhg. Toh Puan Bendahara berangkat pulang meninggalkan majlis.
Kesian kat kawan-kawan pasai makanan yang kami tempah sampai lambat, tak tau la masalah apa. Lama gak depa dok tunggu dalam dewan tu tera makanan nak sampai.
Aku, Farahi, Fadhil, Fahmi Yahya ngan Fakrol pecut pi epot dekat koi 9.00 malam, nak pi antaq Fahmi balik Malaysia.
Kredit gambar: PaParaHi
Koi 9.00 pagi, aku ngan Nik turun sarapan pagi kat rumah Abah. Pagi ni pi sambut keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Dato' Seri Tunku Annuar Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan Yang Amat Berbahagia, Dato' Hajjah Nor Suzana binti Abdullah, Toh Puan Bendahara Kedah serta ahli rombongan di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.
Waktu aku, Abah, Mama ngan Nik keluaq rumah tu, ada Arab sebelah dok angkut pindah barang pakai kren, gaya tu kira mudah gila la, tak gaduh penat-penat angkut, cuma penat wak keluaq duit ja la kot. Waktu tu koi 9.40 pagi.
Waktu aku, Abah, Mama ngan Nik keluaq rumah tu, ada Arab sebelah dok angkut pindah barang pakai kren, gaya tu kira mudah gila la, tak gaduh penat-penat angkut, cuma penat wak keluaq duit ja la kot. Waktu tu koi 9.40 pagi.
[Pindah barang cara baru]Kami sampai kat epot koi dekat koi 10.00 pagi. Kalau ikut apa yang terpapar kat skrin epot tu, flight YTM Tunku Bendahara akan mendarat koi 10.46 pagi, kira awal lagi la ni.
Koi 10.45 pagi, pimpinan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) iaitu Us. Nazrul, Us. Zahran, Bakaq, Shohib ngan 3 orang HEWI pun sampai.
YTM Tunku Bendahara, YABhg. Toh Puan Bendahara selamat mendarat koi 10.46 pagi. Lama gak tera nak urus beg semua tu, koi 11.45 pagi baru semua ahli rombongan keluar dari Balai Ketibaan. Tetamu VVIP dibawa ke Hotel Sofitel di Zamalek dengan bas Royal Way Tours.
Aku, Abah, Mama ngan Nik pecut pi ke hotel dulu, takut satgi terlepas Jumaat! Sampai kat Hotel Sofitel koi 12.20 tengah hari, nasib baik kat Hotel Sofitel tu ada masjid, alhamdulillah. Kami punya la dok tunggu tetamu VVIP kat ruang lobi hotel, rupa-rupanya depa dah sampai melalui pintu belakang. Puan Marduwati Dato' Abdullah, Pembantu Peribadi YABhg. Toh Puan Bendahara mai keloi kami kat lobi, jemput makan tengah hari sekali kat kafe hotel.
Lepas habis makan, jalan-jalan kat luaq kafe, lawa pemandangan dia, tepi Sungai Nil, tenang ja. Ada Arab dok main lagu Arab kat luaq tu, lagu Maghribi kot, pasai kafe ni kafe Maghribi.
Sambil-sambil tu, Abah dok buat last check berkaitan protokol dan majlis dengan Puan Marduwati dan Encik Sabri. Koi 2.30 petang, kami ke Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK), Abah nak pi jumpak Ustaz Harun, Warden DMAK. Pastu aku balik asrama ngan Nik, tinggal Abah kat DMAK ngan Mama.































