Program Bina Insan II: Hari Kedua
7.30 pagi - Slot Pertama bertajuk Wawasan Kedah Sejahtera, Nikmat untuk Semua dibentangkan oleh Tuan Haji Mat Noh bin Ahmad, Pegawai Daerah Sik.

9.30 pagi – Slot Kedua oleh Dato’ Syeikh Uzir Baharom, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah bertajuk Pemantapan Ilmu ke Arah Sahsiah Diri yang Cemerlang sampai koi 11.30 pagi.

["'Bercambah' tu apadia? Habaq la 'banyak'!"
- Dato' Syeikh Uzir]

[Jo selaku pengerusi slot]

Pastu majlis berhenti rehat untuk makan tengah hari. Tak yah dok habaq la pasai menu tu, memang menu yang sama gak.

1.15 tengah hari – Slot Ketiga oleh Dato’ Haji Khazali Haji Din a.k.a. Dato’ Ti Long, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bertajuk Menjana Kecemerlangan!: Imaginasi vs. Realiti. Slot ni tamat koi 2.45 petang.

[Datuk Bandar MBAS]

["Benda yang saya bagitau ni jangan tuleh,
tapi ingat dalam kepala" - Dato' Ti Long]


3.00 petang – Slot Keempat bertajuk Ketrampilan Diri dan Profesionalisme oleh Dato’ Andika Raja Dato’ Wira Haji Mohd Zin bin Osman, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Kedah. Slot tamat 4.30 petang.

[Dato' Andika Raja]

["Ada yang kita tanya bila keja nanti sapa
nak bayaq gaji, pun tak tau nak jawab..." - Dato' Andika]


[Pengerusi slot]

Pas semayang, semua pakat berkumpul untuk berbengkel.

[Perbincangan bengkel]

7.15 malam – Dinner time, waktu tu baru rasa menu baru sket. Ada daging masak lada hitam. Buleh la tukaq selera sket. Di samping tu, ada sup cendawan.

[Boring]

[Berselera la sket menu malam ni]

8.30 malam – Pembentangan bengkel sampai koi 11.00 malam.

[Sesi pembentangan]

[Mendengar pembentangan dari belakang]

[Persiapan terakhir]

11.00 malam - Dato' Ti Long bagi ulasan mengenai kedua-dua bengkel hari ni ngan semalam.

["Buat pa nak buat Mahatma Ghandi jadi idola?
Bukan segak pun!" - Dato' Ti Long]


11.28 malam - Ulasan oleh Tuan Haji Bukhari Abdullah.

[Ulasan oleh GM INSPIN]

11.37 malam - Ulasan oleh Tuan Haji Mohd Zohdi Haji Saad.

[Ulasan oleh GM YINK]

11.45 malam - Upacara penyampaian sijil penyertaan oleh Dato' Ti Long kepada semua peserta.

[Sijil penyertaan kepada SU KKDS]

[Sijil penyertaan kepada YDP KKDS]

[Sijil penyertaan kepada YDP MPKJ]

Ada peserta yang tak dapat sijil pasai ada berlaku pertukaran peserta di saat-saat akhir, pasni INSPIN buat sijil lain kat depa. Yang mana tak dapat sijil, pakat tuleh nama atas kertas kat meja urusetia.

["Tuleh nama ngan nombor kad pengenalan
bagi betui" - Tuan Haji Harun]


12.00 tengah malam - Sebahagian ahli rombongan bergambaq ngan peserta.

[Peserta laki-laki]

[Peserta pompuan]

[Budak Maahad]

[Dengan Pengurus 4 Seasons Resort]

12.30 tengah malam - Balik ke bilik, tidoq!
Program Bina Insan II: Hari Pertama
8.00 pagi – Pendaftaran peserta selesai. Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Harun Mat Zain. Pastu Abah menyampaikan ucapan alu-aluan. Acara ice-breaking mengambil tempat pastu, dikelola oleh Tuan Haji Harun.

[Awai pagi]

[Ucapan aluan oleh Abah]

[Tumpu perhatian]

[Ice-breaking oleh Tuan Haji Harun]

8.57 pagi – Semua peserta memperkenalkan diri kepada peserta-peserta yang lain.

[Qayyim Abdul Halim, YDP MPKJ]

[Azfar Abdullah, YDP KKDS]

["Saya nak kena taaruf gak ka? - Dato' Syeikh Uzir]

9.10 pagi – Acara perasmian Program Bina Insan untuk Pelajar-pelajar Kedah Darul Aman di Jordan dan Syria. Dato’ Syeikh Uzir, Tuan Haji Mohd Zohdi dan Tuan Haji Bukhari serta Syeikh Yusoff mengambil tempat di depan. Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Haji Bukhari Abdullah, Pengurus Besar Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN).

[Majlis perasmian]

[Ucapan aluan oleh GM INSPIN]

9.27 pagi – Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Mohd Zohdi Haji Saad, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK).

[Ucapan perasmian oleh GM YINK]

[Peserta pompuan]

10.00 pagi – Program berhenti rehat sementara. Ada jamuan ringan disediakan kat belakang.

[Awai pagi]

10.45 pagi – Slot Pertama bertajuk Pelajar Cemerlang Teras Pembangunan Sumber Manusia dibentangkan oleh Abah. Asalnya tajuk ni akan dibentang oleh Sohibus Saadah Dato’ Syeikh Uzir. Slot ni tamat koi 11.45 pagi.

[Abah isi slot pertama]

["Sapa yang tak doa kat mak ayah dia,
maka terangkatlah berkat hidupnya" - Abah]


11.50 pagi – Semua peserta bergambaq ramai-ramai ngan urusetia program.

[Peserta dari Syria]

[Peserta dari Jordan]

12.30 tengah hari – Makan tengah hari dengan menu yang sama dengan kemarin… Huhu. Lan dah aih.

["Nama ni mai dak?" - Abah]

1.00 tengah hari – Slot Kedua bertajuk Motivasi dan Perubahan Sikap dibentangkan oleh Tuan Haji Bukhari Abdullah sampai koi 2.45 petang. Majlis pastu berhenti minum sat.

[Slot kedua oleh Tuan Haji Bukhari]

[Senarai ikut kumpulan]

3.05 petang – Slot Ketiga bertajuk Kepimpinan Diri dan Organisasi oleh Dato’ Haji Khazali Haji Din a.k.a. Dato’ Ti Long. Dato’ Ti Long ni bentang tak pakai slide, ikut cara seniri dan berakhir koi 5.10 petang, sejam lagi nak Maghrib.

["Waktu bentang, saya suka tuleh" - Dato' Ti Long]

7.00 malam – Makan malam, still menu semalam gak, memang cemuih. Ka pasai kafe ni tak dak menu lain, heran tui.

8.00 malam – Perbincangan untuk bengkel sampai koi 9.30 malam.

[Perbincangan bengkel]

[Ambik angin kat luaq]

9.30 malam – Pembentangan bengkel sampai koi 11.15 malam. Huaahhh ngantuk!

[Sesi pembentangan]

["Alhamdulillah" - Tuan Haji Harun]
  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters