Showing posts with label Jabatan Kerja Raya (JKR). Show all posts
Showing posts with label Jabatan Kerja Raya (JKR). Show all posts
10.40 pagi - Aku, Farahi ngan Lee iring Pn. Hayati ngan En. Zaini ke Khan Khalili. Sebelum nak pi tu, dan sembang ngan Ammu Isom jap. Saja borak-borak. Ambik la gambaq dia ngan anak-anak dia 2-3 keping.
[Ahmad. Lawak tui gambaq ni...]Teman Pn. Hayati beli barang sket kat Khan Khalili. Lama gak dok kat situ, pastu cari kain cotton kat kedai Auf, dekat-dekat situ gak. Pastu ke Medan Opera (downtown). Dalam koi 3.00 petang, bertolak ke Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK), singgah semayang dan makan tengah hari kat situ.
Cadang awal tadi nak ke Asfour, tapi rasa cam tak sempat. Terus balik je la, singgah kat kedai Salahuddin jap, beli kacang. Waktu kami sampai kat asrama tu, ada geng Astro dok buat shooting drama kat bawah tu, babak apa ntah, tak dan nak perati pun.
6.45 malam - Packing barang Pn. Hayati. 7.20 malam, bertolak ke restoran El-Borg, sampai kat situ 7.30 malam. Tak lama pastu, Mr. Manyalawi sampai ngan isteri dia, Madam Namia. Madam dia ni tak suka gambaq dan tak suka orang dok ambik gambaq dia, kira aku nak ambik gambaq bunga pun dia macam marah-marah. Hehe. Fobia kot. Kami dinner kat situ sampai dekat koi 9.30 malam, pastu terus ke epot. Farahi balik ambik Faris (anak Pn. Hayati) ngan kawan-kawan dia kat asrama untuk bawak pi ke epot, depa baru sampai dari Tanta.
Sampai di epot koi 10.00 malam. Puan Hayati ngan En. Zaini balik malam ni, flight EgyptAir.
Pagi ni, Farahi ngan Lee pi ke Tanta, jemput Puan Nor Hayati ngan suami balik ke Kaherah. Depa bertolak koi 8.00 pagi. Aku pagi ni ke Al-Azhar, ambik keputusan ujian darah ngan buat kerneh (kad pelajar).
Depa sampai di asrama dekat koi 12.00 tengah hari, aku pun balik dari Al-Azhar waktu tu gak. Angkat beg wak naik tingkat 11, pastu turun makan tengah hari kat kafe.
Pas Asar, Mr. Manyalawi mai ziarah Pn. Hayati kat rumah tamu, tak lama pastu kami bertolak pi pejabat dia kat Tagammu' Khamis, Lee ngan Farahi pun ikut sekali.
Depa sampai di asrama dekat koi 12.00 tengah hari, aku pun balik dari Al-Azhar waktu tu gak. Angkat beg wak naik tingkat 11, pastu turun makan tengah hari kat kafe.
Pas Asar, Mr. Manyalawi mai ziarah Pn. Hayati kat rumah tamu, tak lama pastu kami bertolak pi pejabat dia kat Tagammu' Khamis, Lee ngan Farahi pun ikut sekali.
[Ziarah pejabat Manyalawi]
[Dijamu Turkish Delight]Kami dok kat ofis dia sampai koi 6.00 petang. Pastu kami pi ke kedai karpet Oriental Weavers tu, pastu pi ke kedai perabot Al-Alamia kat Abbas El-Aqqad. Perabot kat situ memang mahai-mahai, tak dak LE50 ribu pakai tak bleh beli apa la kat situ, banyak perabot import.
8.30 malam - Singgah makan malam kat restoran Hadramout kat Akhir Abbas. Pastu balik la.
8.30 malam - Singgah makan malam kat restoran Hadramout kat Akhir Abbas. Pastu balik la.
10.30 pagi - Aku ngan Lee iring geng JKR Kedah dan Bang Ya ke kedai karpet terkemuka di Mesir, Oriental Weavers atau Nasagun Shariyyun. Kedai ni banyak cawangan kat Kaherah ni, yang kami pi ni cawangan Awal Abbas. Kami sampai kat sini koi 10.46 pagi. Puan Nawadzir ja yang beli karpet.
[Kedai karpet terkemuka di Mesir]11.50 pagi - Kami sampai kat City Stars, tempat membeli belah terbesar di benua Afrika. Lama gak dok kat sini, pusing rata tempat, lenguh kaki dah.
3.00 petang - Makan tengah hari di Restoran Al-Borg, restoran makanan laut dekat rumah Kedah lama kat Haiyu Sabiek. Mr. Manyalawi yang belanja makan arini, punya la banyak dia order, sampai tak larat nak makan. Dia makan slamber ja, perut Arab sama kot.
4.45 petang - Kami semua sampai kat pejabat Mr. Manyalawi kat Tagammu' Khamis, New Cairo. Kawasan sini memang kawasan elit, bangunan pun cantik-cantik, rendah-rendah ja. Saja Mr. Manyalawi ajak mai tengok pejabat dia, kemaih gak la.
Tadi ni dah jamu seafood kenyang dah, mai kat pejabat dia, dia jamu lagi, kuih banyak jenih gak, tapi tak peraya nak makan dah, kenyang sangat-sangat dah ni. (tapi rasa gak la 2-3 bijik).
5.25 petang - Kami bertolak balik ke Asrama Darul Aman 3, walaupun jarak perjalanan hanya kot lerah 20km ja, tapi main ngan jalan jem ni, kami terperangkap sejam! Malam ni final Piala Afrika 2010 antara Mesir dengan Ghana, semua pakat nak balik rumah nak tengok bola, tu yang jem gila-gila ni. Kawasan ni tak pernah-pernah jem sampai tera-tera ni. Apa nak buat, kena terima la. Pas Maghrib japgi dah la ada kenuri tahlil sket kat asrama tu, Bang Ya ngan Puan Nawadzir yang anjur, tapi rasanya dah tak dan nak sampai dah ni.
6.30 malam - Sampai di Asrama Darul Aman 3. Naik semayang Maghrib dulu. Makanan yang ditempah pun dah sampai kat lobi asrama tu.
7.30 malam - Majlis tahlil kat Asrama Darul Aman 3 selesai. Jamuan untuk VIP dibuat kat tingkat 1. Antara yang hadir malam ni Pak Tam Shaari, Ustaz Sulaiman JPMK dan En. Yahya Pegawai Wilayah. Ramai jemputan yang tak leh mai malam ni, pasai ada keja kat tempat lain.
Aku dok tolong Lee pack barang kat Puan Nawadzir kat tingkat 11, ada siswi 4-5 orang dok sembang ngan Puan. Mesir menang 1-0 ngan Ghana, muncul juara Piala Afrika untuk kali ketiga berturut-turut, mabruk! Hingaq tui suasana malam ni, rakyat Mesir riuh dok ketuk gendang la, dok cucuh bunga api la, punya seronok. Aku dan la naik sutuh untuk rakam sat suasana yang riuh rendah tu.
8.45 malam - Waktu ni, ramai gak yang mai tolong pack barang kat tingkat 11.
9.05 malam - Rombongan JKR bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Exco MKKK pun ada yang pi antaq gak, naik Avanza. Tengah-tengah jalan ni pun ramai rakyat Mesir dok sambut kemenangan pasukan bola sepak depa, yang fanatik dan agresif pun ada, sampai bakaq tayaq keta. Dahsyat tui... Takut pulak tengok depa ni.
9.36 malam - Kami sampai di epot. Ammu Isom (penjaga asrama) pun mai gak ngan anak laki dia, Ahmad.
[MAS pun turut serta]10.00 malam - Ir. Rosland, Pengarah JKR Kedah; Puan Nawadzir Timbalan SFO; En. Fauzi JKR dan Bang Ya check-in. Flight EgyptAir yang depa naik akan berlepas koi 12.15 tengah malam japgi. Terima kasih dan semoga selamat tiba di Malaysia.
Aku ngan Lee balik naik Avanza, sekali ngan Exco.
Aku ngan Lee balik naik Avanza, sekali ngan Exco.

































































