Rombongan JKR Kedah: Hari Terakhir
10.30 pagi - Aku ngan Lee iring geng JKR Kedah dan Bang Ya ke kedai karpet terkemuka di Mesir, Oriental Weavers atau Nasagun Shariyyun. Kedai ni banyak cawangan kat Kaherah ni, yang kami pi ni cawangan Awal Abbas. Kami sampai kat sini koi 10.46 pagi. Puan Nawadzir ja yang beli karpet.

[Kedai karpet terkemuka di Mesir]

["Semua cantik-cantik" - Pn. Nawadzir]

[Memang berkualiti tinggi]

11.50 pagi - Kami sampai kat City Stars, tempat membeli belah terbesar di benua Afrika. Lama gak dok kat sini, pusing rata tempat, lenguh kaki dah.

[City Stars]

3.00 petang - Makan tengah hari di Restoran Al-Borg, restoran makanan laut dekat rumah Kedah lama kat Haiyu Sabiek. Mr. Manyalawi yang belanja makan arini, punya la banyak dia order, sampai tak larat nak makan. Dia makan slamber ja, perut Arab sama kot.

[Restoran El-Borg]

[Tunggu order sampai]

[Salamon berpayung...]

[Banyak tui Manyalawi ni order]

[Tak tau la apa nama makanan dalam talam tu]

4.45 petang - Kami semua sampai kat pejabat Mr. Manyalawi kat Tagammu' Khamis, New Cairo. Kawasan sini memang kawasan elit, bangunan pun cantik-cantik, rendah-rendah ja. Saja Mr. Manyalawi ajak mai tengok pejabat dia, kemaih gak la.

[Bangunan pejabat Manyalawi]

Tadi ni dah jamu seafood kenyang dah, mai kat pejabat dia, dia jamu lagi, kuih banyak jenih gak, tapi tak peraya nak makan dah, kenyang sangat-sangat dah ni. (tapi rasa gak la 2-3 bijik).

[Kuih-kuih Arab, sedap]

[Manyalawi dok tunjuk proposal]

[Muhandis Yasir ngan Bang Ya]

["I am the second person to buy
this computer in Malaysia" - Mr. Manyalawi]


5.25 petang - Kami bertolak balik ke Asrama Darul Aman 3, walaupun jarak perjalanan hanya kot lerah 20km ja, tapi main ngan jalan jem ni, kami terperangkap sejam! Malam ni final Piala Afrika 2010 antara Mesir dengan Ghana, semua pakat nak balik rumah nak tengok bola, tu yang jem gila-gila ni. Kawasan ni tak pernah-pernah jem sampai tera-tera ni. Apa nak buat, kena terima la. Pas Maghrib japgi dah la ada kenuri tahlil sket kat asrama tu, Bang Ya ngan Puan Nawadzir yang anjur, tapi rasanya dah tak dan nak sampai dah ni.

[Matahari pun dok jatuh dah, kami tak sampai rumah lagi]

[Kesian kat puak ni tak leh tengok final bola]

6.30 malam - Sampai di Asrama Darul Aman 3. Naik semayang Maghrib dulu. Makanan yang ditempah pun dah sampai kat lobi asrama tu.

7.30 malam - Majlis tahlil kat Asrama Darul Aman 3 selesai. Jamuan untuk VIP dibuat kat tingkat 1. Antara yang hadir malam ni Pak Tam Shaari, Ustaz Sulaiman JPMK dan En. Yahya Pegawai Wilayah. Ramai jemputan yang tak leh mai malam ni, pasai ada keja kat tempat lain.

["Izaka Ustaz Sulaiman" - Bang Ya]

[Antara jemputan yang hadir]

[Siswi pun tak lepas peluang berkunjung]

Aku dok tolong Lee pack barang kat Puan Nawadzir kat tingkat 11, ada siswi 4-5 orang dok sembang ngan Puan. Mesir menang 1-0 ngan Ghana, muncul juara Piala Afrika untuk kali ketiga berturut-turut, mabruk! Hingaq tui suasana malam ni, rakyat Mesir riuh dok ketuk gendang la, dok cucuh bunga api la, punya seronok. Aku dan la naik sutuh untuk rakam sat suasana yang riuh rendah tu.

[Saat Mesir dinobat Juara Piala Afrika]

8.45 malam - Waktu ni, ramai gak yang mai tolong pack barang kat tingkat 11.

[Kawan-kawan dok tolong bungkuih barang]

9.05 malam - Rombongan JKR bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Exco MKKK pun ada yang pi antaq gak, naik Avanza. Tengah-tengah jalan ni pun ramai rakyat Mesir dok sambut kemenangan pasukan bola sepak depa, yang fanatik dan agresif pun ada, sampai bakaq tayaq keta. Dahsyat tui... Takut pulak tengok depa ni.

9.36 malam - Kami sampai di epot. Ammu Isom (penjaga asrama) pun mai gak ngan anak laki dia, Ahmad.

[Cairo Airport]

[Ammu Isom pun ikut pi epot gak]

[MAS pun turut serta]

10.00 malam - Ir. Rosland, Pengarah JKR Kedah; Puan Nawadzir Timbalan SFO; En. Fauzi JKR dan Bang Ya check-in. Flight EgyptAir yang depa naik akan berlepas koi 12.15 tengah malam japgi. Terima kasih dan semoga selamat tiba di Malaysia.

Aku ngan Lee balik naik Avanza, sekali ngan Exco.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters