Ziarah Maqam Auliya
Aku, Che Li, Hadi, Fadhil, Nik ngan Lee keluaq pagi-pagi koi 8 pi ziarah maqam auliya sekitar Kaherah. Sewa Avanza sebijik.

Sampai kat Masjid Soleh Al-Jaafari koi 8.15 pagi, sejuk time ni, aku pun dah la rasa cam demam sket. Kat masjid ni ditempatkan Maqam Syeikh Soleh Al-Jaafari r.a., pengasas tareqat Al-Jaafariah.

[1. Maqam Syeikh Soleh Al-Jaafari r.a.]

Tak jauh dari Masjid Soleh Al-Jaafari, terletak maqam pengasas ilmu Nahu, al-Aarif Billah Sayyid Abu Muhammad Abdullah Jamaluddin bin Hisham r.a.

[2. Maqam Sayyid Abu Muhammad
Abdullah Jamaluddin bin Hisham r.a.]

Dekat koi 9.00 pagi, kami sampai kat Masjid Sayyid Shihabuddin Ar-Ramli Al-Ansari. Di sini terletaknya maqam Sayyid Shihabuddin Ar-Ramli Al-Ansari r.a. dan Syeikh Muhammad As-Sutuuhi r.a.

[3. Maqam Sayyid Shihabuddin Ar-Ramli Al-Ansari r.a.]

[4. Maqam Syeikh Muhammad As-Sutuuhi r.a.]

Koi 9.10 pagi, tiba di maqam Sultan Hanafi dalam Masjid Sultan Hanafi. Antara keistimewaan masjid ini, kat dalam dia ada telaga ayaq zam-zam, pelik tapi benar. Jangan dok heran, tengah-tengah bandaraya Kaherah ni leh ada telaga zam-zam. Anugerah Tuhan yang boleh dikurniakan kepada sapa saja yang Dia kehendaki.

[Pintu masuk Masjid Sultan Hanafi]

[5. Maqam Sultan Hanafi]

[Keterangan mengenai Sultan Hanafi]

[Pak ngah ni yang dok tolong cebuk ayaq zam-zam kat kami]

[Telaga zam-zam di Masjid Sultan Hanafi]

Perjalan diteruskan ke Masjid Sayyidah Zainab, kami sampai di situ koi 9.35 pagi. Masjid ni menempatkan maqam Sayyidah Zainab At-Taahirah r.a., cucu baginda Nabi Muhammad s.a.w.

[Depan Masjid Sayyidah Zainab]

[6. Maqam Sayyidah Zainab At-Taahirah r.a.]

[Tok syeikh ni semawa ambik gambaq kucing dia]

[Comei dan jinak]

Tepat koi 10.00 pagi, kami sampai kat Masjid Sayyidah Nafisah. Maqam Sayyidah Nafisah r.a., cicit baginda Nabi Muhammad s.a.w. ditempatkan di sini.

[Masjid Sayyidah Nafisah]

[7. Maqam Sayyidah Nafisah r.a.]

Koi 10.30 pagi, perjalanan kami singgah di Masjid Imam Syafie r.a. Di sini ditempatkan maqam Syeikh Zakaria Al-Ansari r.a. dan maqam Imam Syafie r.a. Dalam masjid ni ada kesan tapak kaki Nabi Muhammad s.a.w.

[Papan tanda Masjid Imam Syafie]

[8. Maqam Syeikh Zakaria Al-Ansori r.a.]

[9. Maqam Imam Syafie r.a.]

[Kesan tapak kaki baginda nabi s.a.w.]

Koi 10.50 pagi, kami teruskan perjalanan ke Sayyidi Ahmad ibn Atoillah As-Sakandari, tak jauh dari situ. Sampai kat situ koi 11.10 pagi. Berhampiran masjid ni ada tempat khalwah Sayyidah Nafisah r.a., tapi tak leh nak masuk dalam, sebab gate dia berkunci, bleh tengok kot luaq ja.

[Tempat khalwah Sayyidah Nafisah r.a.]

[10. Maqam Sayyidi Ahmad ibn Atoillah As-Sakandari r.a.]

Di sebelah masjid ni, terdapat maqam Syeikhil Islam Ibn Daqiqil Aid.

[11. Maqam Syeikhil Islam Ibn Daqiqil Aid r.a.]

Takat tu ja, pastu pakat-pakat tak larat, badan aku pun dah semakin panas dah, rasa nak demam dah ni. Makan apa pun dak lagi ni. Koi 11.25 pagi, kami menuju ke El-Manial, Fadhil kata ada restoran makanan Yaman kat situ.

[El-Manial di depan]

[Masjid Muhammad Ali Basha]

[Terusan air suatu ketika dahulu, dahsyat kan?
Punya la tinggi]


Sampai kat Restoran Al-Yaman As-Saeid koi 11.45 pagi. Pakat order nasi Hadramout ayam ngan kambing, perut memang kosong. Ada gak order mulukhia semangkuk.

[Restoran Al-Yaman As-Saeid]

[Sat nak tengok]

[Order la apa pun, kami bukan tau ada apa]

[Nasi kambing]

[Yang ni plak lauk ayam]

Tengah-tengah dok makan tu, ada warga Yaman dua orang mai dok sebelah kami. Depa dua ni nama Abdullah ngan Muin. Depa tanya kami ni orang Malaysia ka (ya la!), depa leh kenai orang Malaysia pasai depa ni besa ngaji kat Universiti Lim Kok Wing kat Cyberjaya, jurusan pengurusan perniagaan. Buleh gak la cakap Melayu sket-sket. Ngaji kat Malaysia 5 tahun.

[Abdullah Al-Yamani]

[Muin dan Abdullah, graduan Universiti Lim Kok Wing]

Pastu kami balik, sampai rumah dekat koi 1.00 tengah hari.
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters