Pendang Lake Resort I
Hari ni dijadualkan Taklimat Persediaan ke Timur Tengah bagi budak-baru yang nak Mesir dan Jordan. Taklimat ni buat kat Pendang Lake Resort, Pendang sampai hari Rabu, 4 Ogos 2009. Aku pi sana ngan Farahi, awal tu dah ajak orang lain, tapi depa pakat ada keja belaka, last sekali ajak Farahi la, dia free ja aritu. Pi tidoq di sana malam ni.

[Lagi 1km]

Dari rumah aku ni, rasanya antara 15 hingga 20km perjalanan. Pendaftaran koi 5.00 petang, kami sampai kat sana koi 5.30 petang. Tak pa, kami tak payah daftar pun, saja pi jenguk-jenguk ja. Hehe dah penganjur panggil suruh pi.

Tempat dia ni ok, tenang ja, ada tasik buatan sebagai faktor penarik untuk orang berkunjung ke sini. Tempat dia pun selesa, berpatutan la. Ada penginapan banyak gak.

[Geng urusetia sedang berbincang. Dari kiri: Cikgu Ismail,
wakil pengurusan challet, Cikgu Azizan ngan Ustaz Waleed]

Taklimat kali ni lebih tertumpu kepada modul Bahasa Arab dan persediaan nak ke Mesir dan Jordan, maksudnya benda apa nak kena bawak, benda apa nak kena bersiap, nak prepare duit banyak mana nak wak pi dan yang lain-lain.

Petang tu just ada taklimat ringkas, kemudian budak-budak pakat check-in, kami pun sekali la, depa bagi bilik khas kat kami, maksudnya tak dok sekali ngan peserta lain la, pasai dorm depa tu pun tak celuih. Bilik kami ni ada 2 orang peserta menginap sekali. Pas check-in tu, keluaq pi pekan Pendang sat, cari prepaid ngan makanan ringan. Pastu balik ambik gambaq tepi tasik. Nasib baik ada cameraman hehe.

[Lorr, khusyu' tui dengan kamera dia]

[Lighting dia ni cam pakai Photoshop ja...]

Koi 7 malam depa dah start jamu makan malam dah, pasai satgi nak semayang Maghrib lagi, pastu terus ada majlis perasmian oleh Dato' Pengarah JHEAIK koi 8 malam.

Sementara dok tunggu perasmi mai, Cikgu Ismail, Nazir Sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah merangkap urusetia taklimat tu 'persila' aku suruh bagi penerangan kat budak-budak sikit. (Oops!) Pi tu saja-saja ja, tak sangka nak kena bagi penerangan. Ceghita ja la apa yang terlintas kat pikiran, besa la tak dak persiapan apa, ceghita ikut teredaih ja la. Tak tau la audience tu paham ke dak. Paham kot no?

[Dok tuleh pa tu dik oi?]

Dato' Khairudin sampai dengan Syeikh Ismi (Pendaftar) koi 9.00 malam. Majlis perasmian tamat sekitar koi 10.30 malam. Pastu masuk rehat la. Ada la 2-3 peserta mai sembang-sembang, tanya sket2.

[Majlis perasmian. Dari kiri: Cikgu Zan, Syeikh Ismi,
Dato' Khairudin dan Cikgu Ismail]


Pagi Selasa tu (3 Ogos) lepas sarapan pagi, bertolak balik Aloq Setaq. Farahi dia nak pi Pesta Konvo KUIN, aku nak balik rehat ja la. Pasai pagi esok (Rabu) nak pi lain ke Pendang tu.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters