Pendang Lake Resort II
Pagi ni koi 6.30 pagi aku dah keluaq rumah, janji ngan Bang Ya nak sampai umah dia koi 7.00 pagi. Pagi ni Bang Ya ada taklimat kat Pendang, bagi kat budak-budak baru. Slot Bang Ya start koi 8.00 pagi.

Isk isk, aku terlewat seminit ja nak sampai rumah Bang Ya, dia terpaksa keluaq dah, takut tak dan nak hantaq Hana' pi sekolah. Pastu Bang Ya suruh tunggu kat kepala highway Aloq Setaq Utara, aku pi park motor kat tol dia tu la. Pastu naik Honda Odyssey pi Pendang naik highway. Dalam keta tu sembang macam-macam gak la. Hehe confidential.

Sampai kat Pendang sekitar jam 7.40 pagi. Sarapan dulu pastu terus masuk dewan. Bang Ya start ceramah tepat jam 8.00 pagi. Sebelum nak mula apa-apa, dia sound dulu geng peserta ni, nampak tak berdisiplin sangat, ramai yang pakai selipar jepun ja masuk taklimat rasmi. Padah la. Lama gak dok sound tu, tak sangka pulak Bang Ya garang hari ni. Takut aku.

[Serius...!]

[Peserta lelaki]

[Peserta pompuan]

Aku jadi pembantu ja pagi tu, tolong prepare presentation nak bentang. Antara benda-benda yang diterangkan tu besa la, bab-bab protokol dan prosedur, pengenalan kepada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), apa itu Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK), Universiti Al-Azhar dan cawangan-cawangannya dan macam-macam lagi. Jenuh salin la peserta tu.

[Pengenalan ringkas]

Slot Bang Ya tamat jam 10.00 pagi. Pastu rehat jap, satgi ada perjumpaan dengan waris pulak koi 10.30 pagi.

Sesi taklimat ngan waris ni biasa ja, cuma waktu soal jawab tu yang best sikit tu. Pelbagai ragam dan kerenah waris buleh tengok. Ada sorang mak cik tu tanya, dekat Mesir ngan Jordan sana nu ada nasi dak? Mak cik tu risau anak dia nanti tak kan pi nak makan roti ja. Ada gak yang tanya pasal tilam bantal ada dak. Hehe macam-macam kan? Sayang kat anak, biasa la, naluri seorang ibu. Tamat taklimat ni koi 12.30 tengah hari. Pastu ada jamuan tengah hari untuk semua hadirin. Majlis bersurai lepas tu.

[Ramai gak]

Pastu aku balik la. Sambil dok dalam perjalanan tu, dok sembang balik bab soal jawab tadi tu, lawak tui. Bang Ya antaq aku balik kat tol Utara tadi tu, aku ambik motor, terus bonceng balik.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters