Pi Yayasan Islam lagi
Pagi ni aku pi Hong Kong Shanghai Bank of Commerce (HSBC) ngan ayah aku, nak pi bukak akaun baru, akaun lama aku tu ada masalah sket. Kami buat urusan ngan En. Ahmad Ramiz. Pastu balik rumah.

[Ni la yang terjadi bila boring]

Pastu pi Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) sekali lagi, ada urusan nak kena bincang ngan Pengurus Besar, Tuan Haji Mohd Zohdi pasal nak sediakan cenderamata ngan hadiah kat pensyarah-pensyarah yang dok ngajaq di Asrama Darul Aman Kaherah sana nu. Untuk pengetahuan, start Jun 2009 aritu sampai 18 Ogos ni ada Pengajian Intensif Musim Panas bersama Pensyarah-pensyarah Universiti Al-Azhar. Dok ada 5 doktor tetap yang dok bagi kuliah tu. Seminggu dua kali, Sabtu sampai Rabu.

Aku pi ngan Muslim, dia nak pi tngok server Al-Muttaqin, kena adjust apa ntah. Sementara dia dok perosah yang tu, aku masuk jumpak Hj.Zohdi la. Sebelum tu terserempak ngan Rasydan, Zulhazwan, Zubair, Rushdi ngan Syamrie, depa ada perbincangan ngan Haji Zohdi gak. Depa masuk dulu, pastu baru turn aku pulak.

[Besaq kan server?]

[Ooo Haji Zohdi ada]

Muslim posa arini, hehe posa sunat. Aku awal-awal pagi tadi dah kedarah nasi lemak dah. Pas dia siap ngan urusan server tu, kami pi ke Maahad, jumpak ngan Bang Bad Hisham kat sana. Bang Bad ni senior kami, la ni dok ngajaq di Maahad. Dia belanja makan mee tom yam kat kantin, sedap oo. Sembang sat ja pasai dia nak balik rumah, sekolah abih lama dah, kami ja sampai terlewat sikit. Sian kat Bang Bad nak kena tunggu.

Pastu aku jumpak Esyad kat koperasi, dia dok niaga kat situ. Tak lama pastu, aku pi rumah Ustaz Aidil, satgi nak pi umah Bang Ya. Muslim balik umah dia dulu, satgi keluaq lain. Aku singgah semayang Asaq kat umah Ustaz Aidil. Pas tu terus pi rumah Bang Ya, pi jumpak Abg. Nadzman kat sana. Hehe makan murtabak, sedapp. Sian kat Muslim ngan Ustaz Aidil, dok telan ayaq liuq saja pasai posa.

Pastu Ustaz Aidil ajak bukak posa kat umah dia. Aku yang tak posa ni pun dijemput sekali, pi je la. Makan nasi ayam ngan ayaq milo ais kesukaan Muslim. Pastu semayang Maghrib, pastu balik umah. Malam-malam ni tak leh keluaq lama-lama.

[Juadah nasi ayam]
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters