Semayang Raya kat Masjid Al-Azhar
Hari Jumaat, 1 Syawal 1431 H bersamaan 10 September 2010 M

6.30 pagi - Bertolak pi Masjid Al-Azhar ngan Che Li, Us. Man, Fahmi Yahya, Faizal ngan Hafifi, kami sewa keta. Booking keta awai lagi, tapi tuan keta terlewat sket. Koi 6.30 pagi ni dah kira lewat dah ni, takut kena semayang kot luaq ja satgi pasai semayang raya koi 7.08 pagi.

7.00 pagi - Sampai kat Masjid Al-Azhar, parking keta kat Hospital Husein, pastu jalan kaki pi Masjid Al-Azhar. Punya la ramai manusia! Elok-elok kami masuk masjid ja jemaah pakat bangun nak semayang dah. Nasib baik ada ruang lagi kot dalam masjid, ramai Arab yang dok kot luaq (senang nak balik satgi kot)...

Imam Besar Masjid Al-Azhar, Syeikh Solah mengimamkan solat sunat hari raya Aidilfitri pagi ni, Syeikh Ashraf pulak jadi bilal.

7.15 pagi - Elok-elok habih bagi salam, hingaq teruih satu masjid, riuh rendah, ramai yang pakat bangun nak balik, tak tunggu dengaq khutbah dah.

[Ada yang tunggu, ada yang balik]

[Comey budak ni ngan jubah putih]

Khutbah pun semangat, Syeikh menyeru pemimpin negara-negara Islam untuk bersatu membela sahabat kita di Palestin. Kalau khutbah kita kat Malaysia mesti cerita pasai suruh berhati-hati di jalan raya, kan? Hehe.

[Imam Besar Al-Azhar, Syeikh Solah]

[Imam Besar Al-Azhar sedang menyampaikan khutbah]

[Ramai gak yang dok rakam khutbah]

[Syeikh Ashraf]

[Sidang jemaah di bahagian dalam]

[Selepas habih khutbah]

Lepas habih khutbah, kami terpa pi kat Syeikh Ashraf yang dok ada kat depan, nak pi salam-salam. Pastu sempat la bergambaq sat ramai-ramai. Syeikh baru balik dari Malaysia sepuluh hari lepaih.

[Imam Besar Al-Azhar sedang menyampaikan khutbah]

[Bergambaq ngan Syeikh Ashraf]

Punya la ramai kat dalam masjid ni, bahagian luaq pun ramai. Jenuh manusia! Pakat meneru meneram nak keluaq masjid.

[Perkarangan masjid, ramai kan?]

[Bergambaq kenangan]

[Ada yang tak kena ni...]

[Menara Al-Azhar]

[Berpusu-pusu nak keluaq]

[Camni la Arab time raya-raya ni]

[Nak balik]

8.00 pagi - Aku drive balik ke Haiyu Sabiek, antaq Cik Li ngan Us. Man. Pastu teruih ke Haiyu Asyir, nak pi ambik motor aku.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters