Kunjung Hormat kepada Rektor Universiti Al-Azhar
Siri Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman
dan delegasi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
ke Republik Arab Mesir: Hari Pertama

YAB Menteri Besar telah mengadakan kunjung hormat kepada Rektor Universiti Al-Azhar As-Shariff, Prof. Dr. Abdullah Husaini Hilal dan Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Dr. Ismail Shabayek di Pejabat Rektor Universiti Al-Azhar di Haiyu Sadis, Madinah Nasr, Kaherah dan sempat membincangkan beberapa perkara berkaitan masalah yang dihadapi oleh pelajar Malaysia umumnya, antaranya mengenai masalah komunikasi dalam Bahasa Arab.

Turut serta dalam perjumpaan tersebut 2 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul dan YB Dato’ Hj. Ir. Amiruddin Hj. Hamzah; Dato’ Hj. Bashiruddin bin Hj. Abdul Jamil, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kedah; Prof. Dato’ Dr. Jamil Osman, Rektor Kolej Universiti INSANIAH (KUIN); Dato’ Arfanuddin Dato’ Haji Hussain, Pengerusi Pembinaan Sintok Sdn. Bhd.; Tuan Haji Abdul Rahman Ismail, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK); Tuan Haji Yusof Mat Rejab, Pengarah Urusan Kumpulan YIKED Holding; Tuan Syeikh Ismi Anuar Abdul Halim, Pendaftar Sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah Darul Aman; serta Tuan Syeikh Yusoff Haji Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah.

Kunjung hormat ini disusuli dengan lawatan sekitar kampus Fakulti Perubatan yang terletak di lokasi yang sama.





















Kredit: Mohd Farahi Mohd Jamil
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters