Lawatan ke Ladang Kementerian Pertanian
Siri Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman
dan Delegasi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
ke Republik Arab Mesir: Hari Kedua

YAB Menteri Besar dan delegasi telah melawat ladang seliaan Kementerian Pertanian dan Pembangunan Tanah Republik Arab Mesir iaitu El-Shorouk Farm dan Dina Farm yang terletak di Iskandariah, kira-kira 150km dari Kaherah. Lawatan ini dibuat bagi mendapat penerangan serta pendedahan mengenai kaedah serta teknologi yang digunakan oleh Kementerian Pertanian Mesir dalam industri pertanian khususnya bagi tanaman mangga dan delima.

Turut serta dalam lawatan tersebut Dato’ Hj. Muhamad Noor Hj. Rofie, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah; Dato’ Shahabudin Shafie, Pengarah Urusan Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah; En. Ismail Salleh, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah; Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Agro Holding Bhd.; dan Tuan Haji Md. Zuki Hj. Shiru, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian I Negeri Kedah.

































Kredit: Mohd Farahi Mohd Jamil
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters