Majlis Ramah Mesra YAB MB bersama Anak-anak Kedah
Siri Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman
dan delegasi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
ke Republik Arab Mesir: Hari Pertama

Majlis Ramah Mesra bersama anak-anak Kedah di Republik Arab Mesir telah diadakan di Dataran Kompleks Pelajar Malaysia, Haiyu Asyir, Madinah Nasr, Kaherah pada malam 08 Ogos 2010. Majlis yang dihadiri sekitar 600 orang penuntut Malaysia turut dihadiri En. Shaiful Annuar Mohammad, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan Pegawai-pegawai Kedutaan serta Jabatan Penuntut Malaysia.

Ketika menyampaikan ucaptama, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menasihatkan para pelajar agar menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh dan meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dengan berkomunikasi dengan warga tempatan. YAB Menteri Besar turut menyentuh mengenai perkembangan semasa mengenai pembinaan Kampus Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) Kuala Ketil yang bakal menjadi kampus induk setelah kerja-kerja pembinaannya siap pada tahun 2013.

Pada majlis ramah mesra tersebut, YAB Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman telah sudi untuk menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang dan Tokoh Ilmuan kepada 6 orang pelajar Kedah dari Fakulti Pengajian Islam serta Perubatan yang lulus cemerlang dalam peperiksaan. YAB Menteri Besar turut sudi menyerahkan replika cek peruntukan aktiviti tahunan persatuan anak-anak Kedah di sini iaitu Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) berjumlah RM30,000.00. Wang peruntukan ini merupakan sumbangan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

















Kredit: Mohd Farahi Mohd Jamil
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters