Hari Kedua AidilFitri 1430H
Pagi ni Kak Pah (kakak sebapa) mai raya ngan suami dia, Abg. Ibrahim dan anak depa 2 orang, anak menakan aku la tu, tapi tak pernah kenal pun. Aku ni dah berapa tahun dah tak jumpak dengan Kak Pah, rasa-rasanya dah belas-belas tahun dah. Aku tak cam pun. Huhu.

[Kak Pah, 2 orang anak perempuan dia
bersama Mama dan Abah]

Kalau dikira keluarga seibu sebapa, aku ni anak bongsu dari 4 adik beradik. Tapi kalau kira keluarga sebapa, aku anak bongsu dari 7 orang adik beradik. Kak Pah ni anak kedua Abah, kak tiri aku la.

[Gambar kenangan. Haha, si kecik tu tak pakai baju]

Depa sampai umah koi 9.45 pagi, biasa la pastu sembang-sembang sambil jamu apa yang ada. Jamu teh arab la, apa lagi. Hehe. Depa balik koi 10.45 pagi, nak ke tempat lain pulak kot. Ni la kali 'pertama' aku jumpak kak aku yang sorang ni, baru nak kenal je la. Hehe. Alhamdulillah.

Koi 12.30 tengah hari, Bang Chik Afifi (sepupu aku) yang mengaji dan la ni dok kerja di Tokyo, Jepun mai dengan tok ngan mak menakan dia. Sepupu aku ni balik cuti seminggu ja ni, Jumaat ni nak berlepas ke Tokyo balik, cuti tak banyak. Depa dok meraya kat umah sampai koi 1.05 tengah hari.

[Seronok dengaq mak cik dengan
Abah sembang bahasa Siam]

Tengah hari ni nak buat laksa, boring dah dok makan Laksa Telok Kechai tu, haha. Pakat-pakat dok perisi ikan rebus dengan Kak Lynn dan Abg. Firdaus.

[Jaga-jaga tulang tu]

Lebih kurang koi 2.30 petang, ramai tetamu mai waktu tu. Mak Su Mahya (adik ipar Kak Lynn) mai dengan Bang Badrul ngan anak lelaki depa, Muhammad Wafi. Tak lama lepas tu, Along (adik angkat Kak Lynn) mai dengan adik ngan mak dia. Selang beberapa minit pastu Abg. Jamal pulak sampai dari Ayaq Hitam, dengan Syafiq ngan Wuzir. 5-6 minit pastu Abg. Idris (kawan sekolah Kak Lynn) pulak mai, ramai tul la waktu tu. Pakat-pakat makan laksa, baru je siap.

Koi 4.00 petang, aku ikut Abg. Jamal ngan Kak Lynn pi beraya di Tanjung Bendahara, umah saudara mara kat situ. Aku dok kat situ sampai 5.30 petang, pastu cadang nak singgah umah mak cik kat Taman Sri Tanjung, tapi tak dak orang pulak. Terus balik je la.

Hampir koi 6.00 petang, Hadi Chef mai raya di umah, dia mai sorang ja. Katanya tadi ni dah melawat rumah 'saudara' kat Alor Melintang. Jamu laksa ngan ketupat sket. Hadi balik koi 6.50 petang.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters