Pejabat Pengurusan Sumber Manusia
Koi 3.05 petang, Muslim call aku, ajak pi Wisma Darul Aman, dia ajak pi teman dia bincang pasal e-log dengan En. Badrulhisham Sulaiman, Penolong Setiausaha Kerajaan (Latihan), Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Dia mai ambik aku koi 3.30 petang, kami pi sekali sebab ayah aku nak pakai motor satgi. Kami sampai sana koi 4.00 petang, simpan kad pengenalan kat pengawal keselamatan dan dapatkan pas pelawat.

Waktu dok tunggu lif nak bukak, terserempak dengan Tuan Haji Mohamad Che Nai, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian II (Pendaftaran dan Hasil), sebelum ni pernah memegang jawatan Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Kenai ngan Tuan Haji Mohamad ni masa kat Cairo aritu, dia antara penceramah Kursus Pengurusan Mahasiswa Timur Tengah bulan November tahun lepas. Dia pun ingat lagi kat kami sebab waktu kursus tu kami jadi anak buah LDK dia.

[Gambaq depan lif? Huh? Tapi awat yang blur?]

Sampai kat Aras 2, Pejabat Pengurusan Sumber Manusia, kena tunggu jap sebab En. Badrul ada mesorat tak habih lagi.

[Signboard lagi...]

Koi 4.15 petang, jumpak lagi dengan Tuan Haji Mohamad, kali ni Tuan Haji Md. Nordin Yahya pun ada sekali. Tuan Haji Md. Nordin ni sekarang Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Sumber Manusia), sebelum ni pernah jadi Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) ngan Pentadbir Tanah Kuala Muda, orang panggil jawatan ni Raja Tanah. Tersenyum luas Haji Nordin, lama dah tak jumpak dia, sejak-sejak kena tukaq pi Sungai Petani.

[Segak tul Tuan Haji Nordin, macam biasa]

Pastu masuk dalam bilik En. Badrul, Muslim ja la yang bincang, aku diam ja, tapi aku paham la benda apa yang depa bincang dua tu. En. Azran pun ada sekali, pembantu En. Badrul.

[Bincang la bincang]

Tak lama pastu kami masuk bilik Abg. Nadzman (KPSU Pembangunan), sebelah tu ja. Abg. Nadzman ni pagi tadi jadi Pengerusi Majlis Angkat Sumpah Pelantikan YB Lim Soo Nee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman menggantikan YB Radzhi Salleh, ADUN Lunas yang disingkirkan selepas isytihar diri jadi ADUN Bebas 25 Ogos lepas. Majlis ni buat kat Balai Penghadapan Istana Anak Bukit.

[Letih jadi MC pagi tadi]

Borak kejap ja, pastu terus balik koi 4.40 petang. Hujan sket waktu balik tu, singgah umah Muslim dulu la. Tengok ceghita Geng, mantap la katun ni, real betul. Tahniah kat Les Copaque. Hujan seriat dah, Muslim antaq aku balik koi 5.30 petang.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters