Selamat pengantin baru buat 2 pasangan
Lepas Subuh, kami bersiap diri sebab satgi nak tolong geng kenduri Muzamil. Kenduri ni buat di Kuarters Bomba Serdang, lebih kurang 140km dari Aloq Setaq. Tolong pasang meja, susun meja, pasang alas meja pastu rehat sat, ada sarapan pagi kuey teow goreng pagi ni, sekali ngan ayaq kopi o dengan teh o panas. Geng kenuri yang lain buat keja depa la, ada yang dok mula masak, ada yang dok berhias meja makan pengantin, ada yang dok pasang PA system, ada yang dok deko halaman dan macam-macam lagi la. Pakat dapat hadiah lebai dengan kain tuala kecik sorang satu.

Kami pakat ambik tempat kat tempat basuh pinggan, kira kami konker kawasan basuh pinggan la satgi. Yang ada pagi ni aku, Cik Li, Hadi, Jamen, Kie, Dosse, Suhaimi dengan Farahi. Dosse, Suhaimi dengan Farahi ni baru sampai ja. Muzamil ajak kami pi nyambut pengantin pompuan, tapi agak-agak la kami ni dah la pakai baju serupa apa lagi, memang mai nak tlong wat keja pun. Hehe.

Mula koi 12.00 tengah hari tu, dah ada jemputan yang mula hadir. Kami makan awai sebab satgi nak kena stand-by dekat tempat basuh pinggan nu. Menu utama kenuri hari ni gulai daging rebung, acar cuka. Memang best la tukang masak, sedap tui.

[Geng Mesir tolong basuh pinggan]

Kami dok basuh pinggan sambil-sambil dok nyembang la, sambil dok gelak-gelak. Haha. Koi 1 tengah hari dah ni, pengantin tak sampai lagi, kami ni nak kena bersiap nak bertolak balik Aloq Setaq dah, satgi tak dan nak pi kenuri Abg. Wan Rabean pulak.

Lebih kurang koi 2.00 petang, baru pasangan pengantin segak berbaju pengantin kaler oren sampai. Pastu geng pengiring pengantin kedua-dua belah pihak pakat makan jamuan yang dah tersedia. Selamat pengantin baru dari El-Ittihad buat pasangan mempelai Mohd Muzamil Mohd Sobri dan Zaidatul Naziah Othman. Moga bahagia sepanjang hayat. Aamin.

[Sama-sama segak]

["Ai mai ambik gambaq dekat sikit"]

["Buleh makan dak gi ni?"]

Kami bertolak balik ke Aloq Setaq koi 2.15 petang. Dalam keta tu pakat terkedang lena, letih sungguh la kot. Berhenti mandi ngan solat jama' Zohor ngan Asaq kat Hentian Gurun koi 3.30 petang.

Kalau ikut dalam kad jemputan kenuri, kenuri Bang Wan ni akan tamat koi 4.00 petang, kami dok ada di Gurun lagi ni, rasa macam tak dan ja ni. Tapi alhamdulillah, kami sampai kat Dewan Koperasi Guru, depan Maktab Mahmud Alor Setar koi 4.15 petang, waktu tu ramai lagi yang baru sampai. Kat situ kami jumpak Bang Ya, Us. Zia, Us. Wahid, Us. Zakuan, Abg. Pit Omar, Bang Shah Razif, Kak Nada, Jiman, Mamu dan ramai lagi la. Us. Zia ni la kali pertama kami jumpak dia lepas dia balik setahun lalu tanpa khabar berita. Hehe akhirnya jumpak kat sini.

[Bersalaman di luar Dewan Koperasi Guru]

Sampai-sampai ja, terus makan sebab takut kenuri nak habih dah. Lauk sama cam kenuri Men tadi, gulai daging rebung. Hehe. Sama sedap. Dok kat situ tak lama, sebab Us. Zia dok ajak pi raya rumah Muslim, Us. On dok tunggu kat sana dah. Selamat pengantin baru buat Muhammad Ikhwan Rabean dan Majdah Hussein, moga bahagia hingga ke anak cucu. Aamin.

[Gaya seorang pengantin. Eh, kak mana?]

Kami pi raya rumah Muslim pastu. Abg. Mizi pun ada situ. Kesian kat Hadi ngan Us. Wahid, depa dah la tak tau umah kat mana, pastu line Celcom arini ada masalah apa tak tau, depa tak mai meraya umah Muslim pun la. Depa pi tunggu di rumah Kie kot. Us. Zia, Cik Li, Jamen dengan Kie bertolak pi umah Kie, aku tinggai kat sini, satgi Muslim nak pi meraya kat umah aku.

Lebih kurang koi 6.30 petang, Kak Azizah (sepupu) mai dengan Bang Mat dengan dik Wan. Depa balik lebih kurang koi 7.00 malam.

Lepas Maghrib, aku dok bersiap nak pi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, nak pi antaq budak-budak ke Mesir. Aku bertolak naik motor koi 7.30 malam, sampai di epot tepat jam 8.00 malam, jumpak Farahi kat situ. Jumpak jugak dengan Rushdi, Najib, Shazril dengan Nawwar. Ramai sungguh waris kat epot malam ni, penuh! Adik beradik pakat nak pi antaq belaka.

Kat epot, aku jumpak dengan Abg. Zaki YINK ngan Abg. Fakrul YINK. Abg. Zaki ni kali kedua ke Mesir, dulu dah pernah pi sekali tahun 2007. Dia jadi pengiring untuk pelajar YINK kali ni. Jumpak jugak dengan Syeikh Ismi Anuar, Timbalan Pendaftar Sekolah Agama Negeri Kedah. Tuan Syeikh ni pernah berjiran dengan aku dulu, kali ni pi jadi pengiring gak dengan Cikgu Ismail JHEAIK. Kali ni 69 orang pelajar baru pi ke Mesir, termasuk 5 orang pelajar tajaan YINK, 4 orang pelajar tajaan Jabatan Zakat dan 2 orang pelajar persendirian.

[Bergambar dengan staf YINK. Di kanan aku tu Abg. Zaki]

[Tuan Syeikh Ismi Anuar]

Kat airport ni ramai sungguh orang. Dato' Syeikh Abdul Hamid Tahir dengan Prof. Dr. Abdul Aziz Hanafi pun ada sekali. Sempat pi salam dengan depa dua.

[Prof. Dr. Abdul Aziz dengan Dato' Syeikh Abdul Hamid]

Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang bersemangat, tak kurang ada yang mengalirkan air mata. Rasa sayu ja aku waktu tengok depa nak berpisah ngan keluarga masing-masing, pelukan erat seorang ayah dan ibu, syahdu. Isk isk. Aku dah lalui benda ni 5 tahun yang lalu.

[Ramai kan? Sesak!]

["Abang pi la ngaji elok-elok di sana, jaga diri baik-baik..."]

[Adik ni pun sedih, tapi comei]

Kat sini jugak aku jumpak dengan Pak Su Mad Isa Haji Man, bekas Guru Besar Sekolah Rendah Islam Alor Setar, Jalan Dato' Kumbar (dulu dikenali sebagai SRI ABIM, sekolah aku dulu). Pak Su sekarang ni jadi penyelia di tempat yang sama. Sempat bertanya khabar dan sembang-sembang, dah lama dah tak jumpak Pak Su. Pak Su pi antaq 3-4 anak murid dia.

[Bergambar kenangan dengan Pak Su]

Buat semua adik-adik baru yang ke Mesir kali ni, moga antum semua selamat sampai di Kaherah, Mesir. Depa dijangka tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah jam 12.00 tengah hari (waktu Mesir), hari Jumaat dengan flight Kuwait Airways KU1541. Buat yang nak menyambut di sana pulak, terima kasih di atas pertolongan anda semua.

Jam 9.15 malam, aku bertolak balik ke rumah, sampai di rumah jam 9.45 malam.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters