Openhouse 2 YB, Kunjungan Bang Ya dan Kenduri Kahwin
Pagi ni kami sekeluarga keluaq pi shopping di Tesco Mergong, sekali dengan Mama. Mama saja nak ambik angin kot, dah 10 tahun dah tak keluaq pi pasaraya, sejak-sejak lepas operate tahun 1999 dulu, asyik dok umah ja. Saja bawak jalan-jalan, tengok suasana di luar. Kena gak cahaya matahari.

Kami bertolak pi Tesco koi 10.00 pagi, pi dengan 2 keta. Kat sana beli la barang-barang dapur sket, habuan nak masak tengah hari ni. Balik umah sampai koi 12.00 tengah hari. Pastu rehat jap.

[Kat Tesco, jumpak kawan sekerja Mama dulu]

[Dah lama tak jalan-jalan camni, dah 10 tahun]

[Bergambar kat Tesco. (Awat yang tak tangkap kat umah?)]

Lepas Zohor, aku bertolak pi rumah Bang Ya, kami dok plan nak pi Rumah Terbuka AidilFitri YB Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid, Mantan Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu dan Ketua Pembangkang DUN Kedah Darul Aman. Kami sampai di rumah YB kat Naka koi 3.00 petang. Kami sampai serentak dengan Sohibul Fadhilah Yang Amat Arif Dato' Wira Syeikh Yahya Jusoh, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Darul Aman.

[SF YAA Dato' Wira Syeikh Yahya
dengan YB Dato' Seri Mahdzir]


Ramai jugak pemimpin politik yang ada kat situ, antaranya YB Dato' Syed Sobri Syed Hashim (ADUN Kuala Nerang) dan Dato' Mohd Jamil Idrus (Bekas ADUN Pengkalan Kundor). Ada nasi minyak lauk gulai daging, mee goreng spesial banyak gak la menu dia, memang sedap la, orang kampung pakat-pakat masak pagi tadi katanya. Ramai gak orang kat sini. Kami bertolak balik jam 3.35 petang. Sampai kat umah Bang Ya koi 4.15 petang.

["Apa habaq Ustaz Ya?"]

[YB Dato' Syed Sobri Syed Hashim, ADUN Kuala Nerang]

[Y.Bhg. Datin Seri Nooraini Abdullah]

[Letih la jadi tuan rumah]

Aku pun pederaih motor pi Masjid Aman, sampai kat situ koi 4.30 petang, tunggu Muslim kat situ, satgi nak pi kenduri kawin Firdaus "Tok Wan" dengan Bahiyah kat Simpang 4 Kangkung. Bertolak pi sana koi 4.40 petang. Kami berdua sampai kat umah Bahiyah koi 5.00 petang. Waktu tu jemputan kenduri dah balik dah, meja pun orang kampung pakat lipat dah, memang kami dua ni jemputan terakhir yang sampai la petang ni. Maaf la na, mai lambat sket. Pengantin pun dah tukaq pakai baju kemeja-T dah. Apa-apa pun selamat pengantin baru la buat pasangan Mohd Firdaus Abd. Razak dengan Siti Bahiyah Ayob. Moga bahagia selamanya. Kami bertolak balik koi 5.35 petang.

[Pengantin pun dah tukaq baju dah. Rugi tul.]

[Yang tinggal hanya keluarga pengantin pompuan ja]

Koi 6.20 petang, Bang Ya call aku, kata nak mai raya di rumah. Ahlan wasahlan ya akhi. Koi 7.00 malam, Bang Ya sampai dengan Kak Mah ngan Hana' naik Toyota Vios. Ni kali pertama Bang Ya sampai kat umah aku, tadi pun dah tersilap masuk lorong, haha, mungkin pasai instruction tak kena sama kot. Bang Ya sekeluarga balik koi 7.30 malam.

[Mama baru percaya yang muka Kak Mah
ada iras muka Mama waktu muda-muda. Hehe.]


[Terima kasih kerana sudi berkunjung]

[Jamuan ala kadar ja]

[Bang Ya pun pi rata dah arini]

Lepas Maghrib, kot lerah koi 8.00 malam, aku bertolak pi umah Muslim, pastu aku bonceng motor dia pi Rumah Terbuka Aidilfitri YB Mohd Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan kat Taman Inang, Jalan Putra, Alor Setar. YB kawasan DUN kami la ni. Kami sampai kat sana koi 8.20 malam, PUNYA LA RAMAI ORANG! Aku dok pikiaq kawasan DUN memang tak buleh kat orang lain dah pasni. Melayu, Cina, India semua ada ni. Sesak tui. Berapa ribu orang yang mai aku tak tau la, kalau wartawan buleh gak nak pandai agak. YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad, ADUN Ayer Hitam merangkap Timbalan Speaker DUN Kedah Darul Aman pun ada. Waktu kami sampai tu YB Mohd Nasir dengan Cikgu Zaiton tengah dok edar sampul duit raya kat budak-budak. Cikgu Zaiton ni pernah ngajaq kami di Maktab Mahmud dulu ni, la dah tukaq ngajaq kat sekolah lain.

[Sampul duit raya pun ada gambaq YB! Hebat!]

["Mai ambik, dapat dak gi ni?"]

[Cikgu Ton pun dok edar sampul duit raya gak]

["Hangpa besaq dah, tak yah ambik duit raya la kot?"]

[Agak-agak berapa ribu orang ha?]

[Ni orang kata ramai kan?]

[Bihun sup ni la yang kami makan. Power gak]

[Ni gu yang baru sampai, tak tau la bila nak buleh makan]

Difahamkan terdapat 20 menu malam ni, aku dengan Muslim makan bihun sup ja. Menu lain tu ada sate, nasi, laksa, laksam, sup, mee goreng, bihun goreng... Waah tak larat nak sebut. Tengok orang pun dah rasa kenyang! Jalan raya pun dah sesak dah ni. Kami bertolak balik koi 8.40 malam, dok sana sat ja pasai sesak sangat, susah nak bernapaih.

[Aku pun letih dah ni, berpeluh dah muka pun]

[Kesesakan lalu lintas]

Kami balik kot Kubang Rotan, tembuih kot Kuala Kedah sana nu, naik Jambatan Tok Pasai, pastu terus ke umah Muslim, motor aku parking kat sana, sampai rumah dia koi 9.05 malam. Aku sampai rumah koi 9.10 malam. Tu ja aktiviti aku arini.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters