Info penerbangan dari syarikat travel
Lepas Zohor, aku pi Razihan Holidays kat Persiaran Sultan Abdul Hamid (dulu Jalan Pegawai), nak kena pi ambik maklumat pasal budak baru nak ke Jordan ngan Mesir. Razihan ni femes di kalangan kakitangan kerajaan.

Sekadar berkongsi maklumat, flight ke Amman, Jordan akan membawa 33 orang pelajar (13 lelaki, 20 perempuan) dan 2 orang pengiring, penerbangan ni akan bertolak dari airport Bagan Lepas, Pulau Pinang dengan menaiki penerbangan Royal Jordanian Airline pada 23 September 2009, koi 10.05 malam. Dijangka tiba di Amman, Jordan pada 24 September 2009, koi 5.15 pagi.

Flight satu lagi akan berlepas ke Kaherah, Mesir dari airport Kepala Batas, Kedah dengan menaiki penerbangan Kuwait Airways pada 24 September 2009 koi 9.20 malam dan akan membawa 69 orang pelajar (48 lelaki, 21 perempuan) dan 6 orang pengiring. Dijangka tiba di Kaherah, Mesir pada 25 September 2009, koi 3.45 petang.

Geng nak menyambut kat sana nanti pakat-pakat sedia la no.

Lepas dapatkan senarai nama tu, aku pi potong rambut kat Medan Kota, Jalan Pegawai. Pastu balik rumah kejap. Rimaih rambut-rambut ni, gatai. Haha.

Pastu Muslim mai ambik aku di rumah, pastu keluaq pi Tesco Mergong, beli sandal pasai aritu sandal aku hilang kat masjid, sedekah kat orang. Huhu. Balik rumah koi 6.45 petang.

Hari ni aku sibuk dengan urusan jemputan majlis bukak posa untuk geng-geng Mesir kat umah Bang Ya hari Khamis ni, talipon ni sampai tak dan nak senyap, kerja bunyi ja. Takat koi 8.00 malam ni, dah 34 orang confirm leh pi. Perghh, ramai gak tu. Mesti meriah majlis tu nanti. Tak sabaq pulak nak jumpak kawan-kawan!
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters