Rumah Terbuka Aidilfitri YINK
Mesej ni sampai kemarin, koi 9.56 pagi: "Salam, djempvt ke mj jamuan Hari Raya Yayasan Islam Kdh dpj Yayasan Jln Tlk Wanjah pd 29 sept jam 12 th hingga 3.00 pm >Zohdi Tq"

Mesej ni aku taip balik sebijik2, mesej jemputan daripada Tuan Haji Mohd Zohdi Saad, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) untuk ke Rumah Terbuka Aidilfitri YINK hari ni.

Aku bertolak pi ke Bangunan YINK kat Teluk Wanjah koi 1.40 tengah hari, lepas solat Zohor. 5 minit lagi nak sampai kat YINK, hujan turun, tak la lebat sangat, tapi dan aku basah kuyup gak la. Sampai kat YINK koi 2.15 petang, pergh, nampak meriah gak sambutan kat YINK ni. 5-6 khemah gak depa pasang. Makanan pun ada macam-macam menu, sedap lak tu. Ada nasi beriani ayam, laksa, mee kari, cucoq udang. Minuman pulak ada sarsaparila (sarsi la tu), ayaq kiwi dengan ais kacang. Memang power la makanan dia, semua cukegeri Kedah (MAIK), Pegawai Kerajaan, Pemimpin Politik, YAB Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman, Yayasan Islam Negeri Kedaup rasa. Hmmm....

Sempat meraya dengan ramai staf YINK, antaranya Tuan Haji Zohdi, Bang Zul Hasan, En. Zul Daud, Mejar Sani, Abg. Fakrol, Abg. Azhar, En. Zamri, Us. Asri, Abg. Mail, Abg. Saipul, Kak Wan, Kak Suria, Kak Som, Kak Norehan, Kak Eenaz, Kak Yuhanis, Kak Zah dan ramai lagi la. Semua segak dengan baju raya, warna-warni. Abg. Zaki ja yang tak dak, sebab dok ada di Mesir lagi, esok baru balik. Dikhabarkan depa dok tunggu ketibaan YAB Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman, dah otw dah katanya. Japgi sampai la tu.

Kat situ, aku jumpak Farahi, Mat Kwang, Faizal dengan Mad. Dok tak lama pastu, Muslim sampai dengan Hj. Kamal, Us. Aidil ngan Hadi Awang. Kak Zah kata tadi dah ada 10 orang siswi Kedah Mesir mai, tapi dah pakat balik dah la.

[Makan ka mengkedarah ni?]

Hampir koi 3.00 petang, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak, MB Kedah pun sampai dengan isteri, Y.A.Bhg. Toh Puan Faekah Syeikh Hamzah dengan diiringi beberapa biji motor polis. Pastu pakat pi nyambut la.

[Jamuan VIP]

[YAB Menteri Besar dan isteri]

Sebelum tu, Sohibus Saadah Dato' Syeikh Uzir Baharom, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) tiba. Ramai la orang kenamaan yang hadir hari ni. Tak lama lepas YAB MB sampai, YB Dato' Mohamed Taulan Mat Rasul, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri Kedah Darul Aman.

[Tetamu VIP dok isi buku tamu]

Lepas makan, YAB MB berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada saudara-saudara baru yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina. Pastu ada sesi bergambar dengan staf YINK.

[Sesi sumbangan kepada saudara baru]

[Melaram la kak-kak Yayasan ni. Hihi]

["Dok lekaih ai, aku ngantuk dah ni" - YAB MB]

[Ha, cantek pun]

[Pengurus Besar YINK dan YAB MB]

[Bergambar bersama saudara-saudara baru]

Koi 3.40 petang, YB Dato' Seraja Setia Dato' Wira Haji Rasli Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pun sampai bersama dengan YB Tuan Anas Ahmad Zakie, Penasihat Undang-undang Negeri Kedah Darul Aman. Waktu tu YAB MB nak balik dah, baru lepas tangkap gambaq dengan staf YINK tadi. YAB MB dan isteri bertolak balik koi 3.45 petang.

["Kamu lama dah balik?" - YB SUK]

Antara kenamaan yang hadir selain daripada yang dah disebut tadi tu, antaranya Sohibul Fadhilah Yang Amat Arif Dato' Wira Syeikh Yahya Jusoh, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Darul Aman; Dato' Syeikh Fadzil Haji Awang, ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Kedah Darul Aman; Dato' Syeikh Ghazali Yaacob, Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman dan Al-Fadhil Ustaz Aminuddin Abd. Rahim.

Aku bertolak balik koi 3.55 petang. Koi 6.15 petang, Jamen mai umah, naik motor, mai ambik sijil yang dia tinggal kat aku aritu. Koi 6.45 petang, dia balik. Dok cadang nak pi umah Farahi petang ni, tapi tengok pokok hujan kelam ja, tak jadi la.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters