Dinner with Tuan Haji Nordin
6.15 petang aku park motor kat Kolej Universiti Insaniah (KUIN), janji ngan Bang Ya dan Ustaz Aidil nak bertolak ke Sungai Petani koi 6.30 petang, ada makan malam di Hotel Sungai Petani Inn ngan Tuan Haji Md. Nordin Yahya, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Kanan (Sumber Manusia), Pejabat Pengurusan Sumber Manusia dan Abang Nadzman Mustafa, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Pembangunan Sumber Manusia.

Waktu makan malam ni dijadualkan koi 7.30 malam. Kami 7.15 malam baru bertolak ke Sungai Petani dari Aloq Setaq. Haha, mau tak mau dekat koi 8.30 malam satgi baru nak sampai. Bang Ya ada keja tadi, ada sesi training bola geng KUIN kat Sekolah Kebangsaan Mergong, tu yang terlewat tu. Naik highway Alor Setar Utara.

Koi 8.00 malam, singgah semayang Maghrib di Hentian Rehat Gurun. Hujan time ni. Koi 8.20 malam baru kami bertiga sampai kat Hotel SP Inn.

[Hotel SP Inn, Sungai Petani]

Lepas tanya kat receptionist, dia bawak kami ke dewan Mahkota 4. Elok-elok masuk tu Abg. Nadzman dok start mempengerusikan majlis dah. Kami tak dan nak duduk lagi Abg. Nadzman bubuh teruih pasai sampai lewat! Haha! Dok agak dah tadi mesti nak kena punya satgi.

["Punca masalah hari ni semua Ustaz Ya" - Abg. Nadzman]

5 minit pastu Tuan Haji Md. Nordin Yahya dipersilakan untuk menyampaikan amanat kat kami semua. Antara kandungan ucapan Tuan Haji ialah harapan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman terhadap lepasan Al-Azhar dan turut menyentuh mengenai usaha Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) untuk menganjurkan seminar Syiah dengan kerjasama Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) dan Insitut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) yang dijadualkan pada bulan Januari 2010. Tuan Haji berucap selama 20 minit.

[Tuan Haji Nordin sedang menyampaikan amanat]

Kemudian Abg. Nadzman persila wakil pelajar untuk berikan ucapan ringkas, kami pakat tolak Ustaz Aidil la. Sesi ucapan ni tamat jam 8.50 malam.

[Ucapan wakil mahasiswa oleh Ustaz Aidil]

[Tuan Haji Nordin, warga Sungai Petani]

[Sembang apa tu?]

Geng-geng Mesir yang join dinner malam ni ada 10 orang. Selain aku ngan Ustaz Aidil, ada Rasydan, Zulhazwan, Hadi Awang, Zamri, Wahab, Shidi, Zulkifly ngan Kie.

[Para hadirin]

Menu dinner malam ni nasi goreng, steamboat ngan tomyam seafood. Sedapppp! Selain tu ada krim karamel sebagai pencuci mulut.

[Sedap ka Zul?]

[Bot wap... steamboat la! Sedap gila!]

[Cedok cedok]

[Krim karamel]

Terkejut gak waktu sampai tadi, rupa-rupanya tempahan hotel ni dibuat atas nama Pejabat SUK Negeri Kedah. Ingat ka besa-besa ja. Dahsyat...

[Reservation signboard]

Kami pakat bersurai koi 10.20 malam. Sebelum tu ambik gambaq sebagai kenang-kenangan.

[Bergambar kenangan sebelum balik]

Sampai di KUIN koi 11.15 malam pastu ambik motor, sampai di rumah koi 11.35 malam. Terima kasih yang tak terhingga buat Tuan Haji Md. Nordin Yahya dan Abg. Nadzman Mustafa di atas kesudian menaja makan malam untuk kami semua malam ni. Terima kasih!
1 Response

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters