Kunjung hormat ke Pejabat YAB Menteri Besar
Koi 12.50 tengah hari, Syeikh Yusoff a.k.a Abah call aku, ajak pi ngadap YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar (MB) Negeri Kedah Darul Aman satgi koi 5.00 petang di Wisma Darul Aman. Petang satgi Abah suruh jumpak dia di Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK). Kali ni Abah balik antaq pelajar Kedah yang eksiden kat Zaqaziq, Mesir baru-baru ni.

Lepas Zohor tu, aku pi Sentosa jap, cari barang Nik pesan mintak tolong belikan. Waktu nak balik tu, tayar motor pecah pulak dah, nasib baik ada kedai pomen tepi tu. Pastu aku balik rumah la.

Koi 4.05 petang, aku bertolak ke YINK, sampai kat Bangunan YINK koi 4.20 petang. Dan masuk sua muka kat Tuan Haji Zohdi, Pengurus Besar YINK sat, pastu semayang Asar di tingkat atas. Koi 4.50 petang, aku ngan Abah bertolak ke Wisma Darul Aman, sampai di situ tepat koi 5.00 petang. Terus parking keta Volvo YINK dan bergegas ke Aras 6 Blok A.

YAB MB ada mesorat Exco Kerajaan Negeri Darul Aman, tak habih-habih lagi. Kami tunggu kat ruang menunggu Pejabat YAB Menteri Besar, kat situ ada pegawai-pegawai khas YAB MB, semua pakat dok tunggu YAB Dato' Seri selesai mesorat. Lambat lagi gaya ni. Yang ada dalam bilik ni En. Helmi Yahya, Setiausaha Sulit Kanan YAB Menteri Besar, Tuan Syeikh Zainol Jamal, Pegawai Khas (Agama) YAB Menteri Besar dengan En. Kamaruzaman, pemandu YAB Menteri Besar. Depa ni sporting, dok nyembang ngan depa la dalam bilik tu. Pastu pekena ayaq teh panas dalam Bilik Mesyuarat YAB Menteri Besar kat sebelah bilik tu. Ayaq tu memang depa sedia selalu.

[Staf Pejabat YAB Menteri Besar]

Koi 5.45 petang, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan melangkah masuk ke pejabat dia, baru habis mesorat. Aku dengan Abah pun dipersilakan masuk terus la, tak tunggu lama, kesian kot YAB Dato' Seri letih nak balik rumah. Kedatangan kami ni sekadar melakukan kunjung hormat dan menyampaikan salam anak-anak Kedah di Mesir di samping melaporkan analisa keputusan peperiksaan sesi lepas. Buah tangan pun ada wak balik gak dari sana untuk YAB Dato' Seri.

["Ada apa nak kena sign? Bagi la lembu 2 ekoq
kat depa ni buat korban kat sana" - YAB MB]

["Saya dok cadang nak pi Mesir bulan 3 ni,
nak pi tengok ladang
pelam ngan sawah padi kat sana,
nak bawak geng pertanian pi" - YAB MB]


["Cawangan 'Sales' ni kat mana?
Bukan Shibin El-Kom ka?" - YAB MB]

["Yang merah ni apadia?
Awat yang gagal banyak sangat ni?
Habaq kat depa suruh pulun sikit!" - YAB MB]

[Interframe... alamak, kalih kot lain pulak...]

Tepat koi 6.00 petang, kami keluaq dari Pejabat YAB Menteri Besar. Banyak benda yang dibincangkan, antaranya YAB Dato' Seri gitau dia nak ke Mesir bulan Mac nanti, katanya nak gi tengok teknologi pertanian di sana, nak bawak geng pertanian pi sekali, pastu terus ke Makkah untuk kerjakan umrah. Dalam perbincangan tu jugak, YAB Dato' Seri bermurah hati menyumbankan dua ekor lembu sempena Hari Raya Aidiladha 1430 H untuk anak-anak Kedah di Mesir. Terima kasih YAB Dato' Seri!

Tapi yang syok sket tu, YAB Dato' Seri tadi kata nak pi sana bulan 3, tapi Setiausaha Sulit dia kata kemungkinan besaq tu bulan 1, hehe. Tak pa, tunggu ja nanti bulan berapa pun.

Koi 6.10 petang, kami singgah di Aras 5 jap, Abah nak ke tandas. Aras 5 ni menempatkan pejabat beberapa orang YB Exco Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, antara YB Dato' Ir. Haji Phahrolrazi Haji Mohd Zawawi, YB Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul, YB Dato' Ir. Haji Amiruddin Hamzah, YB Ustazah Hajjah Siti Aishah Haji Ghazali dan YB Encik Tan Wei Shu.

Sementara dok tunggu Abah tu, aku dok melewaq kot Aras 5 tu la, pastu terserempak dengan YB Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul dok usung beg nak balik, sempat bertegur sapa dengan YB Dato', ramah orangnya.

Lepas aku ngan Abah turun ke bawah, sekali lagi terserempak dengan YB Dato' Haji Mohamed Taulan. Abah pun cerita la sebab kepulangan dia ke Malaysia kali ni. Kemudian ada YB Dato' cerita sket perkembangan politik di Kedah sekarang ni. Nak sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tak lama dah ni, lagi 6 hari ja.

["Tunggu tengok la 17hb ni depa nak bersilat camna
pulak
kat sidang DUN tu" - YB Dato' Taulan]

Koi 6.20 petang, aku dengan Abah bertolak ke Maktab Mahmud Pokok Sena, nak pi ambik Saiful YINK kat situ, Abah nak ambik laptop yang ada kat dia. Cuaca pun kelam dah ni, hujan pun koi turun dah. Pastu kami bertiga singgah semayang Maghrib di Masjid An-Nur, Pokok Sena. Terserempak dengan Ustaz Pon Shoubra kat situ, dia terkandas dalam hujan dan nak balik ke Kola Nerang, dok tunggu hujan seriat la tu.

Lepas semayang, aku, Abah ngan Saiful singgah pekena bihun sup kat Bihun Sup Pertama, Pokok Sena. Hujan lebat-lebat ni sedap la pekena bihun sup. Lepas makan, pi hantaq Saiful kat umah dia di Lepai, pastu abah antaq aku kat Bangunan YINK, aku ambik motor kat situ, pastu pederaih balik la, letih. Sampai rumah dalam koi 10.00 malam.

* Posting ni diedit pada 15/11/2009, koi 1.55 tengah hari.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters