Hari Raya Korban - Hari Pertama
Koi 8.25 pagi, kami sekeluarga solat sunat Aidiladha kat rumah, sebab kalau nak bawak Mama pi masjid takut susah pulak. Kak Lynn, Abang Jamal, Abang Firdaus ngan Kak CT sampai dari Ipoh semalam.

[(Gambaq malam tadi) Apa ghenyih-ghenyih?
Tak tido lagi tu dari pagi!]


["Betui dah la kiblat tu" - Abah]

[Pagi raya baca komik?!]

Pas semayang, kami pun sarapan ramai-ramai, makan ketupat jagung Abah dengan gulai ayam. Koi 9.45 pagi, Kak Lynn ngan famili dia bertolak ke Hutan Kampung, rumah Kak Adilah (kak Abang Jamal), ada kenuri kat sana satgi.

[Dah siap direbuih]

[Lepaih dikupas]

[Gulai ayam]

[Famili Kak Lynn]

[Satu lagi gambaq bersejarah]

Koi 10.10 pagi, aku, Abah ngan Abang Firdaus pi ke Alor Setar Mall (Pacific) kat Tandop, ada PC Fair kat situ. (Hehe dan lagi pagi-pagi raya ni). Pastu cari barang nak masak petang esok. Kak CT tak ikut sebab jaga Mama kat rumah.

Koi 2.10 petang, aku, Abah ngan Abang Firdaus bertolak ke rumah Kak Adilah kat Hutan Kampung, sampai situ koi 2.30 petang. Lauk kenuri kalau time korban-korban ni besa la kan, ada sup daging dengan daging goreng kunyit. Sedap oo! Ada daging rebuih cicah ayaq asam lagi!

[Kat rumah Kak Adilah]

[Aloh aloh. Cap ibu dan anak!]

[Mereka berbesan]

[Suap lagi!]

[Rebuih perut]

[Ngerinya...]

[Tengok kat sana la...]

Koi 3.15 petang, kami bertiga dengan Shathir pi raya rumah Ngah kat Bukit Pinang, dekat ja ngan rumah Kak Adilah tu. Sampai-sampai kat rumah Ngah, melantak lagi! Adoi la, perut ni macam nak pecah dah ni. Tapi tak pa, cover raya haji yang 5 tahun lepaih. Huhu! Kat rumah Ngah ni makan nasi lauk sup daging, daging masak kicap, kerabu dengan ayaq asam. Pergh!! Koi 4.10 petang, kami balik la.

[Ngah Besaq]

[Kerabu... sedap oo!]

[Daging masak kicap]

[Riuh riuh]

Tengah jalan tu, singgah beli laksa Kak Sam (Sam?!) kat Jalan Hutan Kampung, beli 2kg, satgi nak jamu orang nak mai rumah. Sampai rumah lebih kurang koi 5.00 petang.

[Kak Sam?]

Koi 5.10 petang, Kak Ekin (anak angkat Abah) mai ngan suami dia. Tak lama pastu, Pak Lang (jiran aku) mai ziarah gak. Kami jamu laksa tadi tu la. Depa dok sampai 6.15 petang.

[Kami sekeluarga ngan Kak Ekin]

Pastu time malam, aku, Abang Firdaus ngan Shathir main Saidina ngan Sahibba, lama gila tak main mainan ni. Kempunan nih.

[Plasma? Terang? Badan? Haha apa-apa ja la]

Ini je la aktiviti hari pertama raya haji aku. Seronok tui hari ni, famili semua ada, meriah gak la rumah ni. 11 hari lagi baki cuti aku kat Malaysia ni, mesti dimanfaatkan sepenuhnya ni, sat ja dah 4 bulan setengah. Hmm, cepat tui masa berlalu.

Selamat hari raya Aidiladha untuk semua umat Islam. Maaf zahir dan batin!
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters