Sidang DUN Kedah
Koi 1.50 petang, aku sampai di rumah Bang Ya dengan kereta Honda ayah aku. Dalam 10 minit lepas tu, Rasydan, Zulhazwan ngan Ustaz Aidil sampai. Kami berlima japgi nak ke Wisma Darul Aman untuk mengikuti Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Yang Ke-12 sempena sesi perbahasan Bajet 2010.

[Ada tanjak jadi ADUN Sidam.
Bleh panggil YB Zakaria Othman pasni... Hehe!]


Kami sampai di Wisma Darul Aman koi 2.20 petang, satgi sidang mula koi 2.30 petang.

[Sembang-sembang sebelum sidang bermula]

Tepat jam 2.30 petang, sidang yang berenti rehat pagi tadi disambung semula dengan YB Dato' Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail (BN - Guar Chempedak) memulakan perbahasan untuk tempoh 40 minit. Koi 3.12 petang, YB Mohd Nasir Mustafa (PAS - Kubang Rotan) pulak berbahas selama 12 minit. YB Nasir ni wakil rakyat kawasan aku. Koi 3.24 petang, YB Suraya Yaacob (BN - Sungai Tiang) memulakan perbahasan selama 16 minit.

[YB Mohd Nasir (ADUN Kubang Rotan)
sedang membahaskan Bajet 2010]


[Barisan pemimpin dan pentadbir
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman]


[Suasana dewan ketika perbahasan Bajet 2010]

Koi 3.41 petang, giliran YB Dato' Syed Sobri Syed Hashim (BN - Kuala Nerang) berbahas. YB ni memang lawak pun, semua orang kenai dia. Ada ka patut projek Sungai Limau Hydrocarbon Hubb (SULIHH) pun dia silap pi sebut SULUH! Hahaha, satu dewan pakat gelak kat YB. Dulu dok dengaq lawak dia dari internet ja, hari ni leh dengaq live. Hehe. YB Dato' Syed Sobri berucap sampai koi 4.05 petang.

Koi 3.52 petang, tugas mengendalikan sidang oleh YB Dato' Dr. Abd Isa Ismail, Speaker DUN Kedah diambil alih sementara oleh YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad (PAS - Ayer Hitam) selaku Timbalan Speaker DUN Kedah.

[YB Timbalan Speaker menggantikan
sementara tugas YB Dato' Speaker]


Koi 4.05 petang, YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (BN - Bakar Bata) memulakan perbahasan sampai koi 4.19 petang. YB Dato' Paduka Ahmad Bashah ni Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan merupakan mantan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah ketika Barisan Nasional memerintah dulu. Koi 4.20 petang, YB Dr. Cheah Soon Hai (BN - Derga) pulak mengambil giliran berbahas selama 5 minit. Last sekali, YB Mohammad Radzhi Salleh (Bebas - Lunas) yang melompat sebagai ADUN Bebas baru-baru ni pulak berucap selama 6 minit dari koi 4.25 petang. YB ni pun buat lawak gak, muqoddimah perbahasan dia, dia sebut "Salam 1Malaysia, Kedah Sejahtera", pastu semua pakat tepuk meja sorak. Hahaha. Apa ceghita ni YB?

Yang aku heran ni, hari ni semua cool ja, geng pembangkang pun pakat dok puji dan ucap tahniah kat YAB Menteri Besar pasal Bajet 2010 yang dikatakan membanggakan. Aku mai teringin nak tengok 'pergaduhan dan perbalahan', tapi harmoni pulak. Haha. Kedah Sejahtera la katakan. Sidang petang ni ditangguhkan koi 4.35 petang.

[Barisan pembangkang setelah sidang ditangguhkan]

Antara yang sempat kami jumpak di luar DUN ialah YB Dato' Seraja Setia Dato' Wira Haji Rasli Basir, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah Darul Aman dan YB Dato' Haji Mohd Puat Mohd Ali, Pegawai Kewangan Negeri (SFO) Kedah Darul Aman.

["Ni saya bawak anak-anak kita di Mesir mai
tengok macam mana orang bersidang" - Bang Ya]


[YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
dan YB Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman]

Sementara dok tunggu Bang Ya pi jumpak YB SUK dan YB SFO, aku, Rasydan ngan Zulhazwan dok melilau kot lobi bawah tu. Sempat la bertegur sapa dan bergambar ngan beberapa YB wakil rakyat. Antaranya YB Lim Soo Nee (PKR - Kulim), YB Ustazah Hajjah Siti Aishah Ghazali (PAS - Merbau Pulas), YB S. Manikumar a/l Subramaniam (PKR - Bukit Selambau), YB Md. Zuki Yusof (PAS - Kuala Ketil), YB Johari Abdullah (PAS - Kupang) dan YB Mohd Rawi Abdul Hamid (BN - Ayer Hangat). YB Rawi ni mantan Ketua Pemuda UMNO Kedah, kenai ngan dia masa dia ikut lawatan kerja YAB Menteri Besar ke Mesir pada tahun 2006.

[Bersama YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Dari kiri: YB Lim Soo Nee, YB Ustazah Hajjah Siti Aishah Ghazali
dan YB S. Manikumar a/l Subramaniam]


[YB Dato' Seri Mahdzir Khalid (ADUN Pedu),
Mantan Menteri Besar Negeri Kedah
dan
YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (ADUN Bakar Bata),

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah]

[Bersama YB Mohd Rawi Abdul Hamid,
mantan Ketua Pemuda UMNO Kedah]

[Pintu masuk DUN Kedah]

[Hehe, terbuka pulak pintu kaca tu]

Boring punya pasai, kami naik pi kat atas balik, waktu tu orang pun dah pakat bersurai. Kami masuk DUN sekali lagi untuk ambik gambaq apa yang patut.

[Merah sungguh dewan ni]

[Tempat duduk barisan pembangkang DUN Kedah]

[Hehe, kerusi YB ADUN Kubang Rotan]

[Tempat duduk barisan Kerajaan Negeri Kedah]

[Identiti negeri Jelapang Padi]

Koi 5.05 petang, kami call Bang Ya, pastu Bang Ya panggil pi makan laksam ngan bubur barli. Sedap oo. Kat situ gak tempat YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman dok menjamu selera ngan YB Dato' Dr. Abd Isa Ismail, Speaker DUN Kedah.

["Hangpa balik buat pa, dok sana la mengaji" - YAB MB
"Yang dah kawin pun ada Dato' Seri" - Bang Ya
"Ha kalau kawin tak pa!" - YAB MB]

Pastu aku, Rasydan ngan Zulhazwan pi dok kira nak balik la pasai Bang Ya ngan Ustaz Aidil nak jumpak Abang Nadzman PSM. Elok-elok reverse keta, Ustaz Aidil call, kata Abang Nadzman nak jumpak semua. Waktu tu dah 5.20 petang. Singgah ofis dia kejap sampai 5.35 petang.

[Abang Nadzman]

[Aku ngan Bang Ya dalam ofis Abang Nadzman]

[Ada tanjak jadi YB dak?]

Koi 5.45 petang, kami balik ke rumah Bang Ya, pastu pakai bersurai la. Aku drive balik umah, sampai kat umah lebih kurang koi 6.45 petang. Lama dah dok teringin nak tengok suasana sidang DUN ni secara live, kali ni baru termakbul hajat aku. Dulu sekolah dok buat, tak berasa nak pi pun. Hehe. Terima kasih gak kat Bang Ya yang tolong berkira ngan Setiausaha DUN, En. Abdul Rashid Othman.

[Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua]
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters