3 jam bersama GM YINK
Lepas sarapan pagi dengan Mama ngan Abah, aku keluaq pi Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) koi 8.40 pagi sebab ada temujanji dengan Tuan Haji Mohd Zohdi Saad, Pengurus Besar YINK koi 9.00 pagi.

Sampai sana koi 8.55 pagi. Kebetulan pulak Tuan Haji Zohdi ada mesyuarat tergempar di Wisma Darul Aman dengan YB SUK dan YB SFO, kena tunggu dia pulak la, koi 10.15 pagi baru dia sampai pejabat. Muslim dah sampai dah, dok perosah apa tak tau kat server Al-Muttaqin tu. Aku tak kacau pun la, dah boring sangat, main game dalam tipon ni je la. Tak lama pastu Ustaz Aidil sampai.

Kami dipersilakan masuk ke pejabat beliau koi 10.20 pagi dan bermulalah perbincangan. Perbincangan tertumpu kepada gerak kerja, perkembangan dan pengurusan Al-Muttaqin. Ofis dia sikit la punya sejuk, aku dah la pakai kemeja tangan pendek ja, hihi menggigil sakan.

[Meja bertugas Pengurus Besar YINK]

[Lokasi perbincangan]

[Tuan Haji Zohdi dok semak dokumen Al-Muttaqin]

Sambil-sambil dok bincang, Kak Eenaz dok usung wak mai nasi bungkus dengan ayaq teh o panas kat kami. Panjang sungguh perbincangan tu, sampai dekat 3 jam! Koi 1.10 tengah hari, baru selesai semua. Bang Wan Rabean dengan Ustaz Hamdi pun ada sekali.

[Orang kuat Al-Muttaqin]

[Pendengar setia perbincangan. Huhu]

Koi 1.20 tengah hari, aku, Muslim ngan Ustaz Aidil singgah solat Zohor dekat Masjid Sultanah Bahiyah. Kami dua tumpang keta Ustaz Aidil, japgi nak pi jumpak Pak Su, ada kerja sket.

Lepas semayang, singgah makan tengah hari dekat Restoran Mama kat Jalan Sultanah. Sekali order ayaq milo ais gelas saiz XXL! Minum sampai sengkak-sengkak! Tak caya try tengok gambaq kat bawah ni. Harga segelas pun dah RM4.50.

[Milo ais XXL 3 gelas, harga RM13.50!]

["Saiz gelaih besaq dari saiz paha aku!" - Muslim]

Pastu kami terus pi rumah Haji Kamal sebab Pak Su ada kat situ. Sampai situ lebih kurang koi 2.10 petang. Dok tak lama pastu, Abang Fikri Ishak sampai. Haji Kamal jamu ayaq teh krisantimum dengan biji goji ataupun wolfberry. Rasa dia tu lain macam sikit, tapi pasai ada khasiat untuk tubuh badan, aku langgah gak la, lama-lama jadi sedap pulak. Kami dok kat situ sampai koi 3.30 petang. Pastu Ustaz Aidil antaq kami pi balik kat YINK, pastu berpisah kat situ la, aku terus balik.

Koi 8.45 malam, aku keluaq pi Medan Selera Teratai, kat Taman Sultan Badlishah, dekat dengan Masjid Ghufran, nak pi dinner dengan Mad ngan Faizal, dah depa nak belanja, aku ni dah la gheja makan ja arini, maghrib tadi pun makan dah, ni keluaq makan lagi. Alang-alang melantak, lantak je la. Tunggu depa koi 9.15 malam baru sampai.

Kami order menu yang sama, Kuey Teow Th'ng kat kedai Abang dotTh'ng, haha, lawak nama kedai dia. Aku memang suka makan Kuey Teow Th'ng kedai ni, dulu pun selalu gak dok makan, power! Sampai la ni aku dok heran awat yang nama dia Th'ng? Apa yang Th'ng? Th'ng tang mana? Selain tu, order gak sate 20 cucuk. Tu je la. Sambil-sambil tu dok nyembang la ngan depa dua. Mad nak balik Mesir hari Ahad ni, koi 8.00 pagi. Semoga selamat sampai kat sana nanti.

[Kedai Abang dotTh'ng. Haha!]

[Th'ng kegemaran]

[Sate Kajang yang tak kajang]

Balik umah koi 10.30 malam.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters