Kg. Ulu Chepor, Chemor
Koi 8.25 pagi, kami bertolak ke Chepor, tak la jauh sangat pun, rasanya antara 20-30 kilometer ja dari Ulu Kinta ni (betui dak aku ukuq ni?), setengah jam perjalanan gak la. Kami sampai kat Kawasan Perkelahan Kampung Ulu Chepor, Chemor koi 8.55 pagi. Nyaman suasana kat sini, rasa sejuk ja. Hehe, cuaca pun elok ja pagi ni, tak nampak cam nak hujan pun, dok risau gak pasai petang kemarin hujan lebat, kot tak sesuai nak mandi pagi ni.

[Signboard kat tempat sewa pondok]

[Peta kawasan]

[Sejuknyaaaa!]

Kat sini kena bayaq sewa pondok, pondok yang kami ambik ni tak jauh pun dari pintu masuk. Parking keta tepi pondok tu ja, mudah la kat sini, ada banyak prasarana yang diperlukan oleh pengunjung, kawasan pun cantik. Huhu, tak sabaq nak 'terjun' dah ni (perak sungguh la, besa la lama dah tak mandi ayaq sungai camni...). Wak keluaq barang dari bonet keta dulu, pastu kedarah karipap beli kat tepi jalan tadi, pergh sedap gila karipap ni, yum yum. Kak Lynn masak rendang ayam kampung (pergh liat) dengan gulai tulang ngan rebung. Sedap oo. (Mesti ada orang jeles pasai aku makan banyak). Kak CT goreng mee untuk makan pagi.

[3 beradik kat pondok]

[Kak Lynn ngan Abg. Jamal]

[Sat lagi la makan nasi tu...]

Koi 9.15 pagi, jari jemari kaki aku dah menggigil pijak ayaq sejuk. Hihi, sejuknya! Dah la awai pagi lagi ni... Pastu mandi je la ngan anak-anak menakan aku ni. Hingaq sungguh depa ni, diam la sikit (haha, kata kat orang!) Tempat kami mandi ni kira bahagian bawah je la, sebab kalau nak naik kat atas tu buleh gak, tapi jauh sikit la. Tapi atas ka bawah ka sama ja, ayaq tu gak la. Tapi kalau naik kat atas sana, leh la nampak ayaq terjun. Hehe.

[Wuzir ni la paling semangat sekali]

[Oi Syafiq, lemaih ka?]

[Nak mandi dak?]

[Waaaaa, sejuk! Sian...]

Koi 11.15 pagi, berenti jap, nak makan nasi. Pastu sambung balik koi 12.00 tengah hari (haha, ntah apa2). Koi 1.00 tengah hari tu, kami dah pakat bersiap nak balik dah la. Letih dah main ayaq. Bertolak balik koi 1.10 tengah hari, sampai umah kak koi 1.40 tengah hari. Hehe tu je la aktiviti aku arini. Lepas balik tu rehat je la.

[Ntah sapa-sapa ntah]

Koi 8.05 malam, Buletin Utama umum keputusan pilihanraya kecil N31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan, menang kat bekas MB N9, majoriti pun bertambah (hmm?), dulu 2,333 ja, kali ni majoriti 5,435 undi, rekod PRK pun dah jadi 7-2. Saja ja tuleh ni, pasai malam ni tak dak keja lain, asyik ngadap tv ja sampai tengah malam.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters