Ziarah Bang Ya
Khutbah Jumaat hari ni dibaca oleh khatib jemputan, Pak Long Zainal Asri. Aku semayang kat Masjid Telok Kechai, Jalan Kuala Kedah. Khutbah berkisar mengenai jenayah masa kini dan perjuangan ke arah menentang perkara-perkara mungkar. Antara ayat yang menarik perhatian aku "jangan biarkan air mata penyesalan yang mengalir, tapi biarkan darah dan peluh perjuangan yang membasahi disebabkan perjuangan kita menentang perkara yang batil". Lebih kurang macam tu la ayatnya. Pakat-pakat berjuang la na.

Koi 5.30 petang, aku keluaq pi rumah Muslim, plan ngan dia nak pi ziarah Bang Ya petang ni sebab Bang Ya nak berangkat ke Mesir tengah hari esok, mengiringi YB Dato' Haji Mohd Puat Mohd Ali, Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman dan isteri, Y.Bhg. Datin Hajjah Che Barni Mohd Noor, Pegawai Daerah Kubang Pasu untuk mengadakan lawatan kerja rasmi ke Mesir dan Syria.

Dok call Muslim tak angkat-angkat, last-last aku pi sorang la. Pi tunggu Hadi Chef kat Masjid Alor Merah, pastu kami terus ke rumah Bang Ya, sampai situ koi 6.00 petang. Waktu kami sampai tu, Bang Zul Yayasan dengan Ustaz Aidil dah ada.

[Sofa import dari Dumyat, Mesir]

[Bang Zul YINK]

Tak lama pastu, Kak Mah jamu pulut kuning dengan gulai ayam dan rendang daging, pastu ada sardin roll dengan ayaq teh o panas. Menjamu selera sambil-sambil sembang. Aku mai tadi bawak bungkusan sket, nak kirim kat Fahmi kat Mesir, nanti dia jumpak Bang Ya kat sana, dia ambik la nanti.

[Nak berjalan jauh esok, moga semua selamat]

[Pulut kuning 'majlis bertunang'?]

Koi 6.40 petang, Muslim antaq mesej, haha dia terlena rupanya, letih baru balik dari Kulim ziarah orang sakit. Patut la aku panggil di rumah tak keluaq-keluaq. Hihi. Koi 7.00 malam, Muslim sampai kat rumah Bang Ya.

Kami semua balik koi 7.20 malam, aku terus balik rumah la, Hadi nak balik umah tok wan dia kat Pendang. Sampai rumah koi 7.45 malam.

Malam ni nak bersiap beg, esok nak bertolak ke Ipoh. Hehe. Jalan-jalan kot sana sekali lagi.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters