Makan tengah hari kat rumah Che Li
Arini memang plan dua tiga hari lepas cadang ngan Irsyad nak pi umah Che Li kat Sik, tapi kemarin Irsyad terpaksa cancel, dia ada hal. Kiranya arini aku tak dak aktiviti apa la.

Tup tup, koi 11.45 pagi, Muslim call ajak pi umah Che Li ngan Ustaz Usamah ngan Ustaz Syakir. Aku pun bersiap la dalam keadaan yang singkat tu. Memang dah ditakdirkan arini aku ke Sik jugak.

Koi 12.00 tengah hari, Muslim ngan Ustaz Syakir sampai kat umah aku ngan keta Kancil, memandangkan waktu pun dah lewat, kami terus pederaih pi umah Ustaz Usamah kat Taman Bersatu, Simpang Empat, pastu kami berempat teruskan perjalanan ke Sik, lalu kot Jalan Gurun. Kalu naik highway, pakai tak jumpak masjid la jawab dia.

Koi 1.00 tengah hari, kami berenti semayang Jumaat kat Masjid Gurun. Sekali sekala tergelak dalam hati, pasai tok khatib ni cakap Kedah piau (pekat) gila. Teks khutbah tu memang ada, tapi diselang seli ngan ulasan tok khatib. Kejap ja khutbah dia, 15 minit ja.

Koi 1.45 tengah hari, kami teruskan perjalanan ke Jeneri, Sik. Lepas lalu kot Gurun ngan Jeniang, sampai la kat umah Che Li kat Kampung Tala, Jeneri koi 2.30 petang. Kami terus sembang-sembang kat dangau depan umah dia, nyaman sikit dok kat dangau ni, langit pun kelam dah nu, pokok hujan dok mai dah, kejap lagi hujan la ni.

[Ayahanda Che Li]

[En. Syakiro dengan tuan rumah yang simple]

[En. Usamah dengan kemeja Maybank]

Dok tak lama pastu, Che Li pun usung wak mai 'sharbat' kat kami (sirap la). Koi 3.00 petang, hidangan tengah hari pun dipersembahkan. Nyam nyam, lauk sedap oo. Ada ayam masak kicap, sayur lemak, ikan goreng, puyu (mengai seniri) masak asam, ulam (timun, petai, kacang kelisa) ngan cabai tumbuk. Selera betui, tambahan pulak kami sampai ni pun agak lewat dah.

['Sharbat' yang menghilangkan lapaq ayaq (dahaga la!)]

[Menu santapan tengah hari]

Tengah-tengah dok makan, titisan hujan pun turun menderu, lebat la jugak, tapi best la, nyaman tul. Kat Mesir pun tengah dok hujan la ni, nak sejuk dah la kat sana tu.

[Titisan ayaq hujan cam kristal]

Lepas makan tu, borak la apa lagi. Lama gak dok sembang tu, sampai koi 4.30 petang.

[Ya ka aku koi berisi ni?]

[Antara item yang wajib dibawak ke Mesir nanti...
(Tak pasai-pasai ja gambaq ni ada kat sini)]


Koi 4.45 petang, kami bertolak balik Aloq Setaq. Kali ni naik highway Gurun, pastu singgah semayang Asar kat hentian Gurun. Pastu teruskan perjalanan, keluaq kat persimpangan Alor Setar Selatan, antaq Ustaz Usamah, pastu depa antaq aku kat umah. Sampai kat umah hampir koi 7.00 malam.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters