KUIN, Windows 7
Pagi ni aku dikejutkan dengan khabar berita dari Kaherah. Suspen betui. Tak yah cerita la. Huhu. Tak best pun.

Lepas selesai sarapan pagi ngan Abah ngan Mama, aku bertolak pi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) lebih kurang koi 9.30 pagi. Cik Li la kemarin ajak aku pi pagi ni, saja nak pi ziarah Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi, Dekan Fakulti Syariah KUIN. Secara kebetulan pagi ni Cik Li turun Aloq Setaq, tumpang kawan dia, dia boring sorang-sorang la tu, tu ajak aku pi sekali tu. Aku sampai kat KUIN koi 10.00 pagi, singgah boh minyak motor apa dulu. Huhu.

Kat Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Dewan KUIN) tu ada Majlis Pelancaran Persatuan Eksekutif Muamalat (PERTEMU), ada ucapan Dekan Fakulti Muamalat, pastu ucapan sapa lagi tak tau, pastu ada gimik pelancaran, sesi taaruf barisan exco baru dan persembahan nasyid. Kalau persatuan warga Malaysia di Mesir tengok majlis ni, mesti depa kondem macam-macam, dahsyat sambutan depa ni, nak tau kena mai tanya aku dengan Cik Li apa yang dahsyatnya, mustahil benda-benda tu berlaku kat Mesir. Hehe. Kami dok dalam dewan tu asyik sembang ja la. Macam-macam topik gak la.

[Suasana dalam dewan]

Pastu koi 11.15 pagi, kami call Dr. Aziz, pastu Dr. Aziz jemput pi pejabat dia kat Fakulti Syariah kat Bangunan A. Waktu tu kami nampak signboard P ja... (parking la!), huh, jauh lagi nak sampai kat A ni. Hehe.

Kat pejabat Dr. Aziz, kami jumpak dengan Ummi dengan anak lelaki Dr. Aziz, lupa dah nama. Hmm. Mesra Dr. Aziz dok rai kedatangan kami, sambil jamu maruku. Dr. Aziz cadang nak pi ke Mesir bulan April nanti. Kami dok kat pejabat tu sampai koi 12.30 tengah hari. Seronok leh jumpak Baba ngan Ummi.

[Bangunan Fakulti Syariah]

[Dekan Fakulti Syariah]

[Ummi dan Baba]

Pastu Cik Li pun balik Jeneri, aku terus balik rumah.

Petang, koi 6.00 petang, aku keluaq pi Plaza Putra Sentosa, pi cari installer Windows 7 Enterprise x64. Pastu singgah kat umah Muslim jap. Koi 6.45 petang, aku sampai balik rumah.

Pergh! Lawa gila Windows ni! Ringan pulak tu, rasa selesa ja buat keja. Dia punya sound theme pun comey! Best best!
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters