Balik Kedah
Koi 7.40 pagi, antaq Wuzir pi tadika, dekat ja ngan umah. Pastu singgah beli nasi lemak kat simpang taman tu. Koi 8.00 pagi, aku, Kak Lynn, Abg. Jamal ngan Shathir sarapan sama-sama. Satgi aku nak bertolak balik ke Kedah dah. Kak Lynn ada goreng keropok lekor gak.

Koi 8.35 pagi, aku keluaq ngan Abg. Jamal pi ke Terminal Bas Ekspres Medan Gopeng, Ipoh sebab aku nak balik Kedah pagi ni. Dah 6 hari 5 malam aku kat Ipoh ni. Bas aku dijangka bertolak koi 9.00 pagi. Kami sampai kat Medan Gopeng koi 8.55 pagi, bas pun dah jengoi dok tang tu lama dah. Lepas salam, aku terus naik bas la.

Bas Transnasional yang aku naik ni bertolak koi 9.05 pagi, penumpang ada 10 orang termasuk aku. Selesa la dalam bas tu, aku dok kerusi belakang, baris ke 8. Bas ni nak kata bawak laju, rasanya biasa ja, tapi yang best tu, koi 12.05 tengah hari dah sampai kat Shahab Perdana, 3 jam ja perjalanan dia dari Ipoh ke Alor Setar ni. Koi 12.25 tengah hari, Abah sampai kat Shahab, naik motor.

Koi 3.30 petang, aku keluaq pi ke Shahab sekali lagi, nak pi jumpak Hadi Awang, ada perbincangan sikit. Kami jumpak kat Radix Fried Chicken (RFC). First time aku masuk sini, saja nak try rasa sedap ke dak ayam goreng RFC ni. Emm, buleh tahan, sedap gak. Dok kat RFC sampai koi 5.00 petang, Pak Arab (Faizul Azmi) pun ada sekali, baru lepas exam kat Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Asalnya aku dengan Hadi ada perjumpaan dengan Tuan Haji Md. Nordin Yahya arini kat Wisma Darul Aman, tapi dah cancel sebab Hj. Nordin tak dapat hadir. Tunda pi hari Isnin ni pulak.

Pastu aku singgah kedai Sony jap, dengan pejabat Astro kat Persiaran Sultan Abdul Hamid, pastu balik umah la.

Koi 7.00 malam, Muslim sampai kat umah aku, ada keja sket nak kena buat. Pastu sembang-sembang dalam bilik aku, minum ayaq teh apa sikit, pastu dia balik koi 9.20 malam.
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters